Posts

Showing posts from June, 2015

Menantu masak Kerabu Suhun

Image
Al kisahnya, bila MIL datang, menu kami pun berubah ikut citarasa MIL dan PIL. Pagi-pagi lagi MIL ajak saya ke pasar tani nak beli bahan masak. Diambilnya ikan jenahak untuk buat asam pedas dan terung untuk buat pajeri terung. Maka menantu ni duk fikir apa lagi saya nak masak untuk regukan dengan menu MIL ni. Maka saya pun beli udang, hasilnya petang tadi saya buat kerabu suhun. Masak orang berpuasa kan, agak-agak je  bahannya sebab tak boleh rasa. Alhamdulillah agak menjadi, walaupun pada pendapat saya lagi sedap kalau sedikit garam lagi saya letak. MIL dah cakap sedap je. Kalau ratah saja ok dah tapi dengan nasi lagi sedap lebih berperisa. Rasanya sejak berpuasa ni, ini baru kali kedua saya masak resepi yang kena google. Huhu, maknanya menu yang 2 tahun sekali buat. Hari tu buat ayam lemon madu dan hari ni kerabu ni. Memang masak apa yang mudah-mudah je sebenarnya. Ok, dah alang-alang bergoogle bagai, meh tepek resepi gabungan yang saya buat tadi. Bahan: 1. Suhun ...

Diari ramadan : Puasa Abang Naim

Image
Kena catat dalam blog ni, boleh anggap penting juga tarikh 9 Ramadan 1436 H, bersamaan 26 Jun 2015. Hari ni anakanda sulung saya hampir puasa penuh dengan kehendak dia sendiri. Pagi tadi masa saya nak suapkan bijirin dengan susu macam biasa, Naim menggeleng tak nak. Risau juga mulanya. Sebab cikgunya dah bagitahu masa bulan Ramadan ni tiada sarapan disediakan untuk murid 5 tahun sebab diorang nak didik murid belajar berpuasa sekurang-kurangnya untuk 4 jam. Itupun jika murid boleh tahan sehingga pukul 12 tengah hari, kalau tak masih ada makanan akan diberikan kepada murid yang tak berpuasa. Hari ni saya tak sangka Naim nak berpuasa. Masa saya ambil Naim di tadikanya tadi, cikgunya bagitahu yang Naim baru sahaja buka puasa pada jam 5.30 petang. Itu pun minum sedikit air je. Berkali-kali cikgunya tanya dan tawarkan dia makanan, tapi Naim asyik cakap yang dia puasa, tak nak makan. Terkejut saya! Dengan tak bersahur atau tak makan pagi tahan dia puasa sehingga 5.30 petang! Itu pun agaknya...

Fikir fikir fikir

Macam mana semua? Dah ada yang ponteng puasa? Ha, jangan tak mengaku. Kalau sebab yang tak dapat dielakkan tu, kira terpaksalah kan, nak buat macam mana lagi? Lepas ni kenalah ganti ya. Ustazah kata kalau kita fikir positif kita ni orang yang positif. Ustazah juga kata kita ni orang yang baik kalau dapat menerima sesuatu perkara dengan pemikiran yang positif. Ayat-ayat positif nilah yang saya tengah fikir ni. Musim nak tulis ulasan sebelum cetak markah peperiksaan murid. Saya jenis tak salin semula ayat untuk murid. Tu yang berasap kepala duk fikir ayat-ayat positif untuk tulis di ruangan komen ni. Haha, ke sebenarnya tak puas membebel kat dalam kelas, dalam kertas markah pun nak juga lepas gian? Kalau dah kejenya gitu kan, apa boleh buat. Kenalah jalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Kalau kita, sebagai mak ayah, mestilah nak baca komen yang baik walaupun markah anak kita semua E, kan? Contoh je tu. Harapnya semua yang membaca ni, anak-anak korang semua top 10 markah...

Diari Ramadan : Nazif dan terawih

Tajuk kemain ya. Padahal Nazif manalah wajib puasa lagi. Nak asuh pun tak patut lagi. Cukup 3 tahun umur pun belum. Tapi sejak 4 hari di bulan Ramadan ni, si kecil ni banyak mempengaruhi amalan puasa mama dan papanya. Mula-mula pasal terawih. Sejak malam pertama lagi, bila dilihatnya papa bersedia nak ke surau, Nazif mula merengek nak ikut papa. Pada mulanya papa tak nak bawa, alasannya sebab solat ni lama. Bagitahu budak kecil ni, mana dia nak faham solat ni bukan macam solat 5 waktu tu jangka masanya. Jadi, sebab dia nak juga ikut, maka papa bawa juga. Hari pertama dia bertahan sehingga pukul 10 malam, boleh tahan jugakan? Sempat papa datang hantar dia balik sebelum mula sunat witir katanya.. muka Nazif seronok betul masa tu. Malam ketiga dia nak ikut lagi. Kali ni sampai ke akhirnya dia duduk diam dan melihat papa dan jemaah lain bersolat. Balik lewat pun, mukanya gembira je mengatakan 'adik dah solat dengan papa', walaupun dia solat cara dia tak sampai 2 rakaat pun kata pa...

Rezeki 2 Ramadan

Image
Terkejut tengok ada sesuatu di pigeon hole saya masa mula-mula sampai di sekolah tadi. Kot tersalah letak ni. Rasanya saya tak ada pula beli apa-apa kebelakangan ni. Tapi mestilah capai juga untuk pastikan betul bungkusan tu milik saya atau tidak. Bila dah ambil tu, rupanya betul nama saya. Tengok pula nama pengirimnya, ha..kenal sangat Mommy jelita awet muda ni. Rupanya Okje yang hantarkan bungkusan ni. Wah, betul-betul terharu tau.. tak sangka dapat hadiah belum hari jadi. Hadiah Ramadan nampaknya ni.. apa pun gembira sungguh melihat semi instant shawl neeelofa ni. Memang warna sesuai dan mudah nak pakainya. Warna hitam tau.. terima kasih kepada Okje atas ingatan ini. Moga Okje ceria sokmo, dimudahkan urusan dan awet muda sokmo..

Hidup perlukan pengorbanan

Image
Bercakap tentang pengorbanan ni, besar dan luas pengertiannya. kan? Dua hari pertama sekolah, setiap kali perhimpunan sebelum masuk ke kelas, murid-murid diingatkan tentang amalan sepatutnya di bulan puasa nanti. Walaupun dah sekolah menengah, mesti ingatkan supaya tak terjadi kes-kes yang tak diingini nanti. Yang muslim diingatkan supaya buat apa yang sepatutnya. Yang bukan muslim pula diingatkan supaya tak melakukan apa yang tak sepatutnya di hadapan rakan yang berpuasa. Anak-anak yang tak berpuasa ni, ada juga yang bertanya macam mana orang Islam boleh bertahan puasa lama.... Sambil senyum, menerangkan dan menjelaskan seringkas dan moga mereka akan sedikit memahami. Pengorbanan Keimanan Keyakinan pada balasan Allah Sempena bulan mulia ni, saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan pembaca blog ni.. alhamdulillah bertemu lagi kita dengan Ramadan yang penuh berkah ini, insyaAllah, moga Ramadhan kali ni membawa lebih keberkatan dan mengukuhkan keimanan ...

Pecal jawa sebagai bekal hari ni

Assalamualaikum semua.. Bila bercuti lama, mulalah rasa tak rela, tak sedia, tak cukup dan macam-macam lagi. Tiga beranak berkongsi perasaan yang sama nampaknya. Anak-anak pun semalam dan pagi ni kemain meleleh air mata berdrama nak mama jaga kononnya. Pengarah merangkap pelakon utamanya pastilah Ahmad besar. Lokasinya dalam bilik masa nak tidur pukul 12 malam. "Mama, kenapa tak nak jaga kitaorang. Mama dah tak sayang kitaorang ke?" "Kitaorang tak nak pergi sekolah. Kitaorang nak mama yang jaga" Bukan skrip je best tu. Boleh menang award tau, pelakon pembantu, Si Ahmad kecil pulak memang menyokong habis. Sambil mengajuk skrip abangnya, dia tengok abang menangis sambil keluar air mata, dia pun ikut buat yang sama. Siap letak tangan kat bahu abang lagi tu. Macam nak bagi sokongan kepada abang yang tengah menangis ni. Adoi anak-anak. Mama pulak yang tak sampai hati. Sampai ke pagi ni kena pujuk diorang tu supaya memahami cuti mama dah habis. Kalau boleh nak je mam...

Melayankan minat si abang

Image
Bawa Naim ke Sunway Pyramid untuk bergambar dengan Cars, yang dia minat sangat suatu masa dulu. Walaupun sekarang nampak lebih minat Thomas, namun teruja lagi dia nampak pameran tu dari jauh. Tak sabar-sabar turun escalator nak tuju ke tempat pameran ni. Ramai orangnya, tapi dapat pusing keliling tengok Cars bersaiz besar ni, seronok sangat dah dia.. Bila ada minat adalah usaha, kan? Sokong je minat anak asalkan bukan benda tak elok dan memudaratkan. Dapat juga mama tinjau-tinjau barang kat sana.. Apa pun Thomas masih minat utama abang.. 

Seharian dengan Naim

Image
Hari Naim dan Mama.  Hari yang dirancang khas untuk bagi peluang abang bermanja dengan mama. Adik dihantar ke taska supaya mudah mama nak jaga dan bagi perhatian kepada abang je. Kalau ditanya antara anak saya ni, mana yang lebih manja, rasanya kedua-dua pun manja dengan saya. Cuma cara manja antara kedua-duanya lain-lain. Naim ni manja bertempat dan gaya dia meminta manja. Adik pula sememangnya manja sebab dia yang kecil kot. Senang cerita yang adik ni manja beg tangan, ke mana pun wajib nampak muka mama baru dia selesa. Tak berani pergi jauh pun. Saya kalau bawa anak tanpa suami, memang pergi tempat dekat je. Jadi pergi je ke kawasan yang hari-hari lalu masa nak pergi kerja. Saja tak bagitahu Naim ke mana kami nak pergi, sehingga dah nampak bangunannya barulah Naim buat muka teruja. Dia pun biasa pergi tempat ni. Masuk ke Molly Fantasy ni, bagi si abang ni main puas-puas. Memang senyum lebarlah dia sebab tahu tak bawa adik. Bagi je Naim cuba apa yang dia nak ...

Pengalaman perkhemahan yang paling seronok

Dah seminggu saya terfikir nak menulis pasal pengalaman perkhemahan saya ni. Kesnya, bila seorang rakan pergi mendaki gunung dan berkhemah pada masa cuti kali ni. Syok tengok gambar-gambar yang kawan saya tu upload ke whatapp group. Berkhemah kali ni dengan suaminya pulak tu, ai, syok dan ada kelainan sangat kan? Bila kawan yang sama ni, buat satu usul, ajak kawan-kawan lain berkhemah sama, untuk sesi seterusnya, masing-masing mulalah bagi alasan tak rasa nak sertai walaupun pada masa yang sama duk mengimbau pengalaman masa muda belia dulu. Itu yang nak cerita ni. Awal 20an dulu, saya ni sertai juga aktiviti lasak macam mendaki gunung, berakit, berkhemah dan yang _ton tu. Tapi kalau suruh sekarang, jawabnya rela lagi tawaf shopping mall dengan anak-anak, nak masuk hutan tu, mungkin tidaklah kot. Haha, korang? Dalam beberapa kali perkhemahan tu, yang paling saya seronok dan ingati ialah masa perkheman di Gunung Stong. Ha, siapa tahu kat mana Gunung Stong ni? Yang bestnya masa tu iala...

WW: Kek Lapis hantaran perkahwinan yang cantik

Image

Pengaruh sepupu

Image
Disebabkan nak abang-abang sepupu berkawan dengan dia, dua hari ni Naim makan banyak. Alasan dia, nanti Naim cepat besar, baru Naim dapat kawan dengan abang. Apa taknya orang 13, 11 tahun bila dah berkumpul mana nak layan budak 5 tahun ni. Kalau tak ramai, ok je diorang berkawan dengan Naim ni. Ok juga gitu sebab anak saya yang sorang ni memang kebiasaannya cukup susah nak makan kecuali ais krim, buah dan sayur.  Ini pun pengaruh abang sepupu. Diangkut hp mama ke sana sini untuk selfie. Apa taknya, Abang Mirul ke sana sini dengan hp dan monopod.  Macam-macam gaya selfie. Yang ni pula, bukan pengaruh sepupu. Tapi pengaruh papa.. si Ahmad kecil ni sorang pun habis makan telur separuh masak ni macam tu je..

Barakallah Faan Mira

Image
Hujung minggu kami menghadiri kenduri sepupu Papa N. Farhan dan pasangannya, moga panjang jodoh kalian berdua. Kami seronok aja kalau majlis macam ni. Hari ni baru rasa lain macam, sebab dah tergendala lagi rancangan nak menyiapkan kertas peperiksaan murid-murid yang ada lagi dua kelas tu. Semalam tu tak ingat apa pasal kerja ya.hihi Yang seronok sebab ramai anak-beranak macam ni, bila dah berjumpa pelbagai gaya. Macam nak ambil gambar family kat tangga ni, kemain kecohnya semua yang ada. Jurugambar tu dah gelak dan bersidai dulu kat tepi sambil semua ahli keluarga ni bersedia. Mujur ada mak su yang jerit kuat-kuat bagi menyusun semua yang ada. Adik manja ni satu hal. Dah kembali jadi beg tangan, nak mama dukung dia  je dari sana ke sini. Lenguh dik oi, kamu 11kg, boleh jadi sado lengan mama kamu ni. Kali ni diorang ni vantik berbaju Melayu sedondon yang Opahnya buatkan. Sekali sekala abang kecil nak main dengan dia, mama legalah, bolehla lega nak ma...

Buat roket kertas tak mudah rupanya

Image
Dari mana pula Naim ni dapat tahu pasal kapal terbang kertas, beriya dia nak mama buatkan kapalterbang kertas. Masa minta tu pula masa papanya tak ada. Jenuh fikir. Cubaan kali pertama,tak meluncur bila dilemparkan ke atas. Naim dah mula komplen,tak ada angin mama buat, katanya. Adeh. Nak tak nak, saya pun mula ikuti tutorial di youtube. Mak ai, puluhan video yang ada rupanya. Saya pun ikutlah video tu sikit demi sikit kononnya nak buat kapal terbang yang hebat. Susah juga rupanya. Nak siapkan satu kena rewind beberapa kali. Yang tak tahan tu, lama masa mama ambil, bila dah siap, kedua Ahmad ni dah tak minat nak main kapal terbang kertas ni. Diorang dah mula main gunting kertas. Lagi seronok katanya.. alahai, anak.

Diari balik kampung

Image
Agak-agak korang ni tempat apa?  Tak ada hadiah ya.. saja nak suruh korang teka je. Ada tak yang jawab ini kilang dodol dan serunding?  Ha..tak sangka kan? Ada kawan pesan serunding, jadi saya ke tempat ni sebab nak beli serunding yang sedap dan segar.  Korang syokla duk pergi Mitsui kat KLIA2 tu.. saya pulak ke Pasar Wakaf Che Yeh jelah. Rasanya dah tak ingat bila kali terakhir pergi ke pasar ni. Dah besar sangat tempatnya sekarang, dah nak pengsan jalan pun tak habis lagi kawasannya. Mengubati kerinduan kedua Ahmad ni kepada papa, bawalah jalan-jalan. Naim kononnya masuk kedai buku nak beli buku, tapi tengoklah apa yang dia duk pilih tu.  Syok sangat dua Ahmad sebab balik kali ni ada ramai sepupu yang sama ada kat rumah Tok. Ramai kawan, siapa tak seronok, kan?? Tangkap budak-budak (anak-anak saudara) makan magee pada pukul 12.30 malam. Ai, budak-budak tak reti nak tidur. Apa lagi, pau la sikit.. sedap ni makan bila ra...

Merah menawan aper

Image
Hai semua..  Lama tak menulis.. biasalah bila dah cuti ni macam-macam hal nak kena dibuat.  Bercerita pasal warna merah yang menjadi tema sambutan hari guru di sekolah kami tahun ni. Pada mulanya, ramai yang komplen termasuk saya. Merah?? Tak ada konsep lain yang lebih menarik ke?  Hihi.. nampak sangat suka komplen ya. Tapi rupanya merah ni menarik, menawan dan ceria. Tengokla warna warni variasi merah oleh para guru yang ada. Meriah dan tetap menarik di pandangan mata. Cik adik comel ni yang menang undian guru paling penyayang sesi pagi, pun nampak lawa sangat bergaya dengan skirt merah cilinya ni, kan? Bergambar dengan dua murid yang suka mengusik cikgunya. Masa budak berdua ni beriya nak bergambar dengan cikgu, ada kawan yang tegur muka kami bertiga nampak seiras. Yeke?  Kenangan majlis tahun ni.. ehem..paling ceria ke? Alhamdulillah apa pun. Kali kedua dapat menang undian macam ni untuk sambutan hari guru..