Posts

Showing posts from January, 2015

Di kala sibuk

Korang pernah tak mengalami? Bila dalam keadaan sibuk, cari barang tak jumpa? Yang hairannya lepas tu, selalunya bukan pada masa yang sama, benda tu senang-senang je jumpa? Ai...macam terfikir, " Aik, tadi kan dah cari betul-betul? Tak nampak pun?". Ada satu ketika, bukan satu ketika jelah, kalau dalam kes saya, kalau jadi macam tu, saya akan panggil kawan saya, minta kawan carikan benda tu. Memang tak percayakan mata sendiri kalau dah cari bersungguh-sungguh tapi tak jumpa bendanya tu. Semalam macam itulah kesnya, dah la benda ni nak siap dalam masa terdekat, kecohla nak siapkan. Cari bahan sokongan tak jumpa. Aik, mana saya letak? Fail yang ada pula, bila nak masukkan bahan, divider yang dah berlabel tak ada? Pelik bin ajaib? Mulalah saya menggaru kepala, tak gatal ya korang. Dah shampoo pada pagi semalam. Divider hilang? Saya panggil kawan minta tolong carikan bila dah puas belek tak juga nampak bendanya. Alahai, nak menangis dah jadinya. Kawan yang datang tolong cari p...

Kegusaran mama keceriaan Naim

Kalau pagi macam ni, Naim ni sokmo monyok je. Jenis tak menangis dia ni walaupun dibangunkan dalam keadaan layu sangat tuan badannya. Selepas dimandikan biasanya Naim akan termenung menonton tv atau main apa permainan di ipad dalam keadaan sayulah biasanya. Disuakan makanan pun kebanyakan hari Naim tak nak jamah pun. Lagi bagus sebenarnya tu sebab mama dia takla kena masak di awal pagi macam tahun lepas. Pagi ni, macam biasa nampak Naim dalam mood monyok je.. saya cuba bersembang, Naim jawab sepatah je. Tanya lagi dijawabnya dengan anggukan sahaja. Masa saya kemaskan baju yang hendak dibawa tadi, tiba-tiba berubah reaksi Naim. Mimik wajahnya jadi ceria dan gembira dengan tiba-tiba. Kesnya, masa saya masukkan baju ke dalam beg Naim, saya berpesan yang setiap hari Naim wajib bawa balik spendernya yang berjumlah tiga yang saya letakkan ke dalam   begnya. Saya tambah lagi, " Ni spender Naim dah banyak hilang, kesianla papa. Abis duit papa kena beli spender Naim yang baharu". Me...

Sabtu untuk anak-anak

Image
Kesibukan juga salah satu dugaan Allah pada kita. Bila sibuk, kita biasanya memang agak gagal menguruskan masa dengan baik. Malah mungkin mengakibatkan insan lain di sekeliling kita merasa kesannya. Bawa dua Ahmad ke Taman Botani Shah Alam. Makan ais krim sebelum masuk. Keterujaan Ahmad Nazif menaiki bas buat kali pertama. Sempat jerit auamm auamm auamm beberapa kali sepanjang perjalanan ke Rumah Empat Musim. Mujur budak kecil, orang sekeliling senyum gelak je melihatkan telatah comelnya.  Walaupun sejuk tapi tiga beranak ni asyik bergurau je masa kat dalam rumah empat musim ni.  Kalau anak seronok macam ni, mak ayah lagilah rasa tenang hati kan? Setiap kali ke replika rumah ni, Naim Nazif memberikan salam. Sampaikan ada remaja kat sebelah yang ada pada masa tu pun tegur kawannya, " Ha, tengok budak kecil pun tahu nak bagi salam, cutela diorang".  Gembira mendengarnya masa tu... Seterusnya kami menjenguk galeri pendidikan. Ba...

Terinspirasi dengan mereka

Assalamualaikum semua. Dah lewat begini, dua Ahmad kesayangan ni masih lagi ligat bermain. Nazif terutamanya tak berhenti nak mengomel, berceloteh itu sini. Maka apa lagi, mamanya pun tak dapatlah nak lena juga. Kecualilah pada malam yang memang saya penat sangat, tak kisah bising pun dapat juga tidur tak ingat dunia. Hari Jumaat lepas kisahnya, saya tidur di sofa depan tv pada jam 9 malam lagi, lepas dikejutkan saya sambung tidur di dalam bilik sehingga pukul 4 pagi. Masa itulah mengucap panjang bila sedar baju tak tukar, mandi pun belum dan memang belum solat Isyak masa tu. Adoi.. Kerja punya pasal ya. Tapi, dalam kesibukan minggu lepas dan minggu ni, saya sedikit sebanyak dapat inspirasi untuk menjadi ibu yang hebat. Masa saya menghantar peserta ke pertandingan boling MSSD, salah seorang murid saya mendapat perhatian ramai. Rupanya murid ni pernah mewakili Selangor untuk pertandingan bawah 12 tahun. Kini dah masuk sekolah menengah, ramai menantikan prestasi beliau. Rupanya, ibu ba...

Sedekahkan bacaan Al Fatihah

Image
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، Assalamualaikum semua.. Dah lama saya tak menulis disebabkan kesibukan yang melanda, hari ni nak tak nak saya nak tulis juga memandangkan sahabat saya Zila baru sahaja kehilangan bondanya pada malam semalam. Beberapa mesej saya titipkan buat sahabat saya ni agar beliau tabah menerima kehilangan bonda tersayang ni. Memandangkan urusan jenazah belum selesai, rasanya beliau tak lapang dan tak bersedia untuk berbual jika menerima panggilan. Namun, saya pasti ramai yang ada di samping Zilla di kampung, untuk sama-sama tabah menerima berita ini. InsyaAllah arwah di sana, bakal ditempatkan di kalangan orang-orang yabg beriman.  Mari kita sama-sama sedekahkan bacaan Al Fatihah kepada arwah ibu Zilla..

Magnum Cafe Malaysia

Image
Petang tadi kami ke Midvalley, nak merasa aiskrim di Magnum Cafe. Dah tahu orang beratur panjang, tapi pergi juga. Memang ramai pun, dari jauh dah dapat tengok barisan yang panjang. Namun, gagah berdiri dan bersabar 45minit tadi sebelum dapat merasa ais krimnya.. Dah sampai depan ni mula rasa gembira ssbab macam dah dekat nak dapat ais krimnya. Sampai depan ni, Naim dan Nazif mulalah buat-buat tak tahan. Kalau boleh nak capai je ais krim tu. Alahai..sabar sikit lagi anak ya.. Akhirnya.. beli tiga je untuk makan empat beranak.  Yang ni yang budak baru baik demam punya. Tapi dia makan banyak buang benda-benda kata atas tu.. Paling sedap pastilah bila tengok Nazif makan. Comot pasti tapi gaya makannya macam sedap sangat ais krimnya. Bagi penggemar aiskrim pasti sedap kan? 

Sekali sekala nak manja lebih

Image
Kisahnya semalam, Naim tidak ke sekolah. Anakanda saya ni demam. Pagi Jumaat tu dari pukul 4 pagi panas sangat badannya. Kami terus bagi ubat namun pagi tu nampak Naim agak tak larat jadi kami putuskan Naim rehat je kat rumah. Masa saya nak ke sekolah pada tengah hari tu, Naim merengek nak mengikut ke sekolah. Puas dipujuk taknak juga dia mengalah. Maka, saya bawalah juga Naim ke sekolah dengan Papanya berjanji akan datang ambil semula selepas solat Jumaat. Pagi tu pun sepanjang pagi Naim memang mengikut je ke mana saya pergi. Kalau ke bilik atas, dia naik sama, saya melengkapkan buku rekod di ruang tamu, Naim pun melekat kat tepi. Malah masa saya mandi nak ke sekolah, Naim tunggu saya di depan bilik air. Ai, bila demam manja gitu jadinya. Lepas papanya abis solat, maka datangla ke sekolah ambil dia. Kemain Naim menangis masa tu. Tak nak balik dia. Katanya, nak mama tak nak ikut papa.. ingatkan kesnya habis macam tu saja, rupanya dah balik pun masih lagi Naim menangis. Saya d...

Guna juga akhirnya

Image
Pernah nampak scanner macam ni?  Hari tu saya beli kononnya untuk mudahkan buat soalan ujian atau latih tubi untuk murid-murid. Scanner jenis canggih setakat yang pernah saya jumpa ni. Canggih bagi saya bukan apa, sebabnya scanner ni membolehkan kita menyunting semula dokumen yang telah diimbas tu. Dokumen yang kita imbas akan jadi macam dokumen yang lain, itu yang rasa best sangat. Jadi, golongan macam saya ni memang sukalah gadget macam ni. Memang sangat membantu urusan yang ada.  Yang kelakarnya, semenjak saya beli baru malam ni kali pertama saya guna benda ni. Kononnya nak guna untuk buat soalan tu nampaknya entah bila akan sampai masanya. Malam ni pun saya guna untuk scan sijil kelahiran Naim kerana dah beberapa kali diingatkan oleh cikgunya supaya menyerahkan salinan sijil kelahiran. Disebabkan tadi rasa malas nak keluar, tiba-tiba saya teringat tentang alat ni yang masih tersimpan rapi di dalam kotaknya.  Berguna juga akhirnya.. mujur juga sebelum ...

Semoga baik-baik semuanya

Image
Assalamualaikum semua.. Pasti ramai yang sibuk menguruskan persekolahan anak-anak pada hari ini. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Pagi-pagi tadi air mata saya dah meleleh. Bukan apa, melelehnya air mata ini kerana terharu dengan panggilan daripda mak saya. Subhanallah, memang ibu terbaik. Saya yang dah tua macam ni, di hari pertama persekolahan tahun baru macam ni, mak saya masih lagi menelefon mengucapkan selamat bagi urusan saya dan berulang kali berpesan kepada saya supaya tidak melupakan doa-doa sebelum memulakan hari dan sebarang pekerjaan yang dilakukan. InsyaAllah akan sentiasa amalkan.. terima kasih mak. Semoga semuanya baik-baik untuk korang semua juga ya. Jangan lupa membaca doa sebelum memulakan pekerjaan korang. Paling tidak, mulakan dengan bismillah...

Apa pendapat korang?

Nak komplen ke tidak kalau masa makan ikan bakar kat bahagian dalam pipi ikan tu korang jumpa mata kail kecil? Ikan jenahak pulak tu. Tadi makan tengah hari kami macam itulah kesnya. Tengah seronok makan ikan bakar sedap, masa tarik bahagian tepinya tu ternampak benda kecil macam mata kail. Tengok betul-betul, memang sah itu mata kail. Masa tu, dah habis separuh ikan kami makan berdua, tinggal nak terbalikkan ikan tu nak makan bahagian sebelah lagi pulak. Jadi masa bayar, kami bagitahu kepada juruwang di kaunter. Bosnya terus datang minta maaf dan bertanya beberapa perkara. Katanya itu memang membuktikan bahawa ikan-ikan yang dijual sememangnya dipancing segar dan bukannya ikan yang diternak di dalam sangkar. Kami pun sama, masa tu ada juga cakap yang mengadu ni bukan sebab apa, supaya pihak restoran lebih beringat dan kes sama tak berulang lagi. Datang lagi? InsyaAllah akan datang lagi. Ini dah memang restoran kegemaran kami sekeluarga sejak beberapa tahun. Makan kat sini pasti bal...

Saksi

Image
Assalamualaikum semua.. Minggu yang cukup sibuk bagi saya, namun kena curi masa menulis sikit kerana adik baik yang rajin touch up sedikit sebanyak benda-benda di blog saya ni. Dah lama sebenarnya, masa awal-awal saya tukar skin blog ni daripada warna hijau hari tu, saya ada bagi e mail minta bantuan Deno , tapi masa tu Deno sibuk dan kemudiannya tak berapa sihat. Ingatkan beliau dah lupa, saya pun tak kisahla, sebab dah masuk musim malas menulis bila kerja yang lain menggunung menanti. Tapi, dua hari lepas Deno kembali membalas email saya dan terus diusik sedikit sebanyak menjadikan lebih kemas. Memang baik hati Deno ni, katanya tak buat banyak pun, jadi dibuat secara percuma.....!!! gembira, terima kasih Deno .. moga sihat selalu ya.. .................................................... . Kerja apa-apa pun di zaman sekarang ni memang banyak melibatkan pelaporan, kan?  Kebetulan masa membincangkan pasal pelaporan kami beberpa hari yang lalu, seorang kawan saya meny...

Bermula baru

Image
Assalamualaikum semua. Dah di hujung hari ketiga di tahun 2015 ni baru nak terhegeh-hegeh nak menulis nampaknya saya ni. Sesungguhnya bencana alam yang menimpa saudara senegara kita baru-baru ni sangat banyak memberi kesan kepada cara saya berfikir. InsyaAllah ada hikmah di atas setiap yang Allah takdirkan, kena yakin tu. Tahun 2015 ni pada mulanya buat saya sangat takut kerana merasakan beban berat yang bakal dipikul. Tapi, bila memikirkan tentang mangsa banjir yang jauh lebih banyak kesusahannya, saya berjaya wujudkan hujah pujuk diri yang mana saya mengharapkan mind set ini bakal membantu saya menempuh tahun ini dengan baik. Harapnya untuk kita semua juga ya. Moga dugaan yang datang sebelum ini menjadikan kita semua insan yang lebih tabah dan bersedia..InsyaAllah. Antara perkara baharu untuk tahun 2015 ni, buku teks sastera baharu untuk tingkatan 1. Dah dua hari saya pegang buku ni, tapi belum habis baca satu bab pun. Haha.. kena kuat semangat juga nampaknya nak habi...