Bukan payah nak ambil hati isteri

Assalamualaikum semua.

Untuk kami, cuti sekolah bermula hari ni. Apa taknya, tengah hari semalam, saya menghadiri kenduri anak kawan, jadi kena tinggalkan tiga hero saya 3 jam. Bila dah balik, Papa N masih lagi bekerja (WFH) sampai ke tengah malam. Putus harapan kami nak ke mana-mana. Redho jelah walaupun masak makan malam semalam tu dah gaya orang mengamuk.. hihi, buruk betul perangai.. ish-ish..

Mujur la orang tu, hari ni pandai sikit. Masa saya bersiap-siap nak ke pasar tani, elok je diajak saya pergi sama-sama. Terkejut juga saya, ingatkan suami tak suka ke pasar tani. Ok, dah satu pencapaian tu. Balik dari pasar tani tu saya saja je mengomel sebut pasal Aeon. Terus je dibawa kami ke Jusco. Eh, ini dah bagus, dah boleh senyum lebar si isteri ni.

Sampai kat Aeon tu, ditawarkan saya membeli belah sorang-sorang. Anak-anak diberi peluang bermain kat tempat permainan di Aeon tu. Lagilah rasa seronok masa tu. Tak beli banyak pun, tapi kalau dapat peluang jalan sorang-sorang, tengok barang, dah rasa macam satu nikmat besar pada saya.

Kira sporting habisla Papa N hari ni. Budak berdua ni nak main sepuas hati pun tak kisah. Katanya, "bagi jelah diorang main sampai puas, baru kita balik. Bagi berbaloi RM30 tadi".

Kita mama mak ibu umi ni, kalau anak gembira je, kitalah yang lagi suka kan? Ini belum lagi ke tempat lain, setakat melepak kat Aeon 3 jam pun rasa seronok. 

Ha, nak bagi pesanan sikit kepada suami-suami yang di usia 30an ni, memang la masa ni korang di fasa membina kerjaya, mengukuhkan kedudukan tapi kalau sekali sekala luangkan masa untuk keluarga macam ni, korang juga yang akan lebih rasa gembira bila orang sekeliling bermuka manis. Lagipun, kekayaan dan kesenangan yang dicari untuk keluarga juga, kan? 

Bukan berat sebelah tau, ini pun ada pesanan buat isteri-isteri solehah yang suaminya di fasa mengukuhkan kerjaya. Kena lebih memahami kesibukan dan peluang yang ada. Kena faham tu maknanya kita kena menyokong suami dengan cuba meringankan tekanan dan juga usahakan untuk give and take. Masa suami sibuk kitalah berperanan lebih, masa kurang sibuk tu, kita bolehla ambil peluang...

P/s: Kalau nak ambil hati isteri lagi, belikan hadiah ya...beg tangan ke, hihi.. suami ku baca tak entry ni?

Comments

  1. Rupanya Papa N tau Aisy merajuk, wah kemain lagi pujuknya..

    ReplyDelete
  2. betul kak.. simple je nak ambik hati isteri kan..
    kdg luangkan masa bersama isteri... memahami isteri pon dh cukup..
    sesekali buat surprise.. mana tak happy kan..

    hidup laki bini mmg kena ada toleransi n saling memahami,,
    tak diakui.. sesekali dpt peluang utk diri sndiri mmg best jugak.. lagi2 nak tinjau puas2 walaupon x membeli. kalo dgn anak2, nak tilik betul2 pon x sempatkan..

    haha.. motip akak y last skali?? nk adiah ye?? hehe
    husb akak tau x akak ada blog? kalo tau..lmbt laun mesti dia baca punya.. hihi..

    lya ada baucer eaon jusco..rm100.. akak nak tak?
    nk bg free ni.. tp kena cari dulu kat mana simpan.. aritu nk tebus kat eon kuantan xleh.. valid kat eaon jusco je. drp terbiar gitu je..baik bg org.. tp lya cari dulu.. dah lupa letak mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. komen siap nak offer baucer aeon lagi tuh. Tak pe, tak payah susah2.. malu la pulak.

      suami akak tahu je pasal blog ni tapi orangnya makin sibuk, takda dia nak baca blog ni rasanya.. alamatnya beli sendirila nanti, takpun kena direct minta depan2...

      Delete
  3. Salam ain..hehe..nasib papa N x tawar beli emas lagi kalau x apa lg..sambar ja..hehehe...apapun memang seronok tgk ank ank happy kan...g pasar tani ain beli apa kat sana//

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pasar tani beli lauk dan sayur je kak.. buat stok seminggu..

      Kalau emas, saya lagi rela minta duit cash.. bukan apa, mmg jenis tak minat nak pakai barang kemas...

      Delete
  4. Pandai memujuk tu AN.Alhamdulillah..
    Anak2 pun seronok dapat bermain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala macam ni memang seronok acik..masa lain asyik sibuk je

      Delete
  5. haha..part yang last tuh tak tahan tuh..macam bg hint kat husband jer..haha

    ReplyDelete
  6. IbuNoey setuju part yang last seklai..ahaha.....tapi betullah,suami2 kena luangkan masa gak dengan family walau sesibuk manapun..;)

    ReplyDelete
  7. tak susah nak beli jiwa isteri ni kan, cukuplah buat benda2 kecik je...boleh senyum sampai ke telinga seharian dibuatnya..hehehe

    betul tu..isteri kena la bersabar,menghadapi waktu2 susah dan senang bersama suami, inshaAllah setiap kesabaran itu akan membuahkan hasil yg manis akhirnya nanti..

    haa..part yg bagi handbag tu akak suka, meti papa N baca tu,nanti2 mesti dapat handbag baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Payah rasanya dia nak baca ikut time2 sekarang ni kak. Maknanya sendiri belila nanti.. kot ada yang bekenan buka je purse sendiri..

      Delete
  8. Suami mana tak sayang isterinya.....lebih lagi dah lahirkan anak dia hihi...sebab tulah dia ajak round Pasar Tani dengan Jusco tu.... kasi bini puas shopping tanpa gangguan.
    So, beli apa semalam setelah puas membelek?

    Manusia ni sama jer sebenarnya kan AN tak kira suami ke isteri, memasing nakkan perhatian dari pasangan... terutama isteri ler...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sikit2 je beli. Suka bab beli barang anak je..barang sendiri beli seluar sehelai je..

      Mana leh lawan Okje, haha.. dapat hp baru ter..

      Delete
  9. nak beg tangan baru nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak la satu.. orang sebelah i kat sekolah tu tahun ni saja 4 hbeg dia.. i? Satu je...ish...

      Delete
  10. si isteri sangat faham akan penatnya si suami bekerja seharian dimana si isteri mencuba sebaik mungkin untuk meringankan beban, kalau tak tambah pendapapatan isi rumah, kita kurangkan perbelajnaan isi rumah...gitu. tapi kadang2, emosi tak seiring dengan akal... tu yang orang tua kata,,,ikut hati mati... ikut nafsu lesu.. dah kenapa komen I meleret tah kemana hala ni.

    apapun, suka tengok bebudak tu happy nauu muka dapat main yer.

    ReplyDelete
  11. waah dlm sungguh makna tu !rupanya nak hbag baru..!!ckp je la terus terang kat papa ya mama..hihi

    ReplyDelete
  12. Nasib baik Papa N perasan isterinya memasak dengan penuh amukan. Mesti kuat bunyi sudip tu sampai ke ruang tamu. Hahaha.... Okeylah, AN. Terubat juga hatikan. At least dapat masa 'me time' macam ni sesekali dengan suami take over tugas kita, memanglah ohsem. Orang perempuan ni walaupun tak suka shopping, kalau diberi 1 jam suruh jenjalan dalam shopping mall pun boleh jadi asyik bangat gitu.... Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mau dia tak takut, bininya pandai psiko.. mulut tak payah berkata2, tapi mesej sampai.. hihi..

      Itulah, dapat masa sikit utk diri memang rasa bagai burung bebas... tapi kalau lama sangat mula rasa tak senang duduk

      Delete
  13. hehe...saya rasa cam nak sep aje AN pasal entry ni
    tulah kan, bukan susah nak ambil hati isteri ni
    kalau saya takat bawa saya naik kereta pusing satu klang pun saya ok
    janji keluar dari rumah, tak payah beli benda mahal pun tak apa
    tapi klau dibeli memang senyuman sampai ke telinga
    pula tu boleh bertahan sampai berminggu-minggu =)

    senang sangat nak bahagiakan bini ni sebenarnya...hehe

    ReplyDelete
  14. mmg tak susah nak ambil hati isteri,tp org laki ni kebanyakkannya tak suka benda yg remeh,klu boleh nak semua benda jadi mudah..bukannya suka nak susahkan diri jaga anak2 tanpa kita..opss bukan kutuk suami sendiri tau.haha..

    sesekali dpt shopping tanpa anak2 best juga,tp macam sy ni tak berapa pandai sgt jalan sendiri,klu ada teman macam adik, kawan ke best jugaklah..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?