Yey, cuti!

Apa hal saya bersorak sebab cuti hari ni? Terpaksa saya mohon cuti sebenarnya. Tak tipulah, sebenarnya dalam hati ada sikit rasa seronok sebab tak payah ke sekolah. hihi, normal, kan? Tapi, risau juga cuti ni sebab beban kerja yang kena buat akan pasti bertambah kalau tak datang sehari pun ke sekolah...

Sebab terpaksa ambil cuti hari ni ialah kerana Comel sakit mata. Pihak taskanya tak nak terima dengan alasan takut berjangkit kepada anak anak lain. Jadi, inilah kesannya.

Cakap pasal cuti ni, saya ada kisah dan pengakuan nak dicerita dengan korang. memandangkan ada masa sekarang ni Nazif tengah tidur bolehlah saya update blog sikit, kan? Dah alang alang bercuti hari ni...

Saya ni kalau tak betul betul sakit atau ada hal kecemasan, memang payah nak cuti. Walaupun selalu tensen dengan kerja, walaupun masa mengandung alahan penatnya, tapi memang tak pernah cuti disebabkan sakit sikit je. Malah tahun lepas, masa tengah alahan pun tak pernah saya ambil cuti tau. Cuma pengakuan saya pasal cuti yang saya pernah ambil..........esh korang jangan gelakkan saya tau bila dah baca ni...

Masa tahun pertama saya mula mengajar, saya kena mengajar BM kelas peralihan. Korang bayangkan, mengajar 40 orang anak cina india yang tak lulus BM, bagi saya tugas yang cukup mencabar. Budak budak ni memang tak makan saman walaupun tak pandai BM. Arahan dalam BM pastilah diorang kurang jelas, dalam BI pun lebih kurang sama, saya cubalah cakap mandarin sikit sikit, pun tak jalan juga. Ada suatu hari tu, sebab tak tahan sangat dengan nakal dan karenah diorang yang tak nak dengar langsung saya ajar ni, saya termenangis di kelas tu..... ter ok, bukan saya sengaja...

Malu, memang terasa malu sesangat sebab saya tunjukkan kelemahan sendiri kepada murid. Baliknya dari sekolah hati tu, saya terus pergi ke klinik, minta cuti sambil menangis depan doktor sambil ceritakan kenapa saya nak minta cuti... bila terkenangkan hal tu sekarang ni saya gelakkan diri sendiri, bodoh betul rasanya...

doakan nazif cepat baik ye.. tak larat mama nak cuti lama, nati pening kepala kerja banyak menunggu....

Comments

  1. sepatah dr akak, jeles tau, akakpun nak cuti gak...

    Nota: Moga cepat baik tp kalu sakit mata, mau 5 hari baru baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, jeles ye.. Xpe kak, akak saya bg cuti.. Nak bpe hari cuti tu? haha... Happy always ye, jgn tensen2...

      Thanks kak.. Harapnya cepat baik, tak sanggup nk 5 tguunya..

      Delete
  2. pkerja cemerlang nih..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, akak ni bukan cemerlang pun.. Cuma tak suka cuti saja saja, rasa kesian murid tak da cikgu ajar, n kesian rakan lain ganti kelas... Sebagai mana akak penah mengeluh nak kena ganti kls orang lain, tentu org lain pyn fikir gtu juga.. Kalau kita ada alasan betul, tak pe la.

      Delete
  3. assalam AN..keran sicomel kan..kena la bercuti..harap2 esok dah baik..kot tak ibunya kena sambung cuti lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik, thanks ye..

      dah buat MOU, kalau esok, papanya lak yang kena jaga... hihi

      Delete
  4. salam aisy..akak pun nak cuti jugaklah mcm ni,bosan pula dgn kerja..hehe
    dah lama juga tak bercuti sama la kita jarang cuti,tp tahun ni rasa mcm nak amik cuti banyak2 je..

    moga comel cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Pemenang cuti terbanyak tahun ni confirm boleh jadi milik akak, tiga bulan berturut turut tu...

      Thanks doakan nazif

      Delete
  5. Semoga nazif cepat sembuh.. pengorbanan seorang ibu sgt besar. Bersengkang mata menjaga anak. Akak mingu lepas mcm tu lah jugak, bercuti jaga cik bieha yg chicken pop. Padahal dah nekad tak nk ambik cuti sebab nk kumpul cuti utk bulan puasa nnti. hehehe...Apakan daya, kita hanya merancang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks nealopah.
      Bieha kena chicken pop lagilah kesiankan? Lgi ibunya tak leh buat apa, kena bg lebih tumpuan kpd cik bieha...

      Nak pergi umrah ke bulan puasa ni? Bestnya

      Delete
  6. Tekanannya kena ajar budak peralihan:(

    Baby comel cpt sembuh ye syg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur tahun tu je saya kena ajar peralihan.. Kalau tak entah macam mana jadinya.

      Delete
  7. Get well soonest comel Nazif.

    And no dear, its not bodoh la when u minta cuti tu, in fact I think thats the best thing to do pun. Sakit demam dengan sakit hati, lebih parah sakit hati tau sebab orang tak nampak tapi kita yg menanggung (i take it u sakit di hati masa tu, sorry if am wrong). I dulu selalu kena jadi mentor kepada other kid, sorang jer at a time, pun hampir menangis I explain benda sama ulang2 tapi tak difaham. hahaha tu baru sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks nas..

      Nas ni memang jenis prihatinla, saya rasa setakat ni dah beberapa kali nas komen sesuatu yg orang lain mungkin tak perasan.. Good for u and me.. tensenkan kalau kita ajar orang buat tak faham?

      Komen yang bagus, i really appreaciate that.. Tapi satu je, mungkin salah saya letak frasa bodoh tu di perenggan tu. Sebenarnya saya maksudkan saya rasa bodoh orang dewasa macam saya menangis di hadapan budak2 13 tahun semata mata tak boleh kawal diorang.. Padahal itulah tugas guru... Fizikal guru tak sepatutnya membataskan kawalan kelas..

      Delete
    2. Typo tak sengaja... Mcm ni tak malu.

      Delete
    3. I say from what I understand only, and u did the same to me also.. always :D:D and lucky we can undertsand each others situation through writing ;)

      Its ok, maybe tangisan u masa tu dapat buka hati sorang dua students u that time. U never know the impact. I tau... sebab I pernah buat sorang cikgu menangis, terus I menyesal giler pastu, menyesal yang buat I berubah.. haaaa. Opsss now u know my secret hohoho.

      Delete
    4. ooo budak nakal juga dulu ye? takpe, pengalaman mendidik kita

      Delete
  8. haha..pecah rahsia...syy..eh,cuti gak ke hari ni?orang pun macam nak bersorak semalam doc bagi mc 2 hari..sakit mata juga..esok dah nak kena sekolah..best sangat mc 2 hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo patutla kosong meja sebelah i semalam tu.. Sakit mata ye? Siannya..

      Delete
  9. Ramai org xtau kita yg keja cikgu ni teramatla pyh nak mintak cuti. Nak2 kalau bos pulak yg jenis strict.

    ReplyDelete
  10. tak dapat bayangkan keadaan mengajar macam tu. nik pun takkan mampu ok. kot2 nik lagi teruk.meraung agaknya dalam kelas tu.
    jd cikgu ni kena byk sabar kan.

    ReplyDelete
  11. kadang2 budak kena sakit mata ni kejap je ....cepatlah baik tu,...in sya allah...sekarang ni musim ke AN?

    ReplyDelete
  12. Semoga Nazif cepat baik...
    Besarnya pengorbanan cikgu... Tapi bila baca kisah ni, teringat kat seorang ustazah masa saya sekolah dulu... Masa tu kalau tak silap kami form1 jugak, mmg kelas kami ni nakal sikit... ustazah tu pulak baru mengajar... Ada di antara kawan2 yang terlalu nakal yg membuatkan ustazah tu menangis... tapi kami sebagai pelajar, mmg tak menyalahkan guru dan tak merasakan guru tu "b*d*h"... Lepas tu barulah semua beri kerjasama yg baik kat ustazah tu takut dia menangis lagi, nanti tak berkat pula ilmu yang diajar :)
    Budak2 tu pulak macam mana lepas kejadian tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak nakal, bukan diorang insaf pun... sehari je diorang baik,. hari kedua dah kembali nakal...

      Delete
  13. Hihihihi... kadang2 mmg kita boleh 'ter' macam2 ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?