Niat lain jadi lain

Niat di hati nak buat agar-agar yang dua lapisan macam ni untuk potluck kat sekolah hari ni. Tapi, tahu apa jadi? Hasilnya dapat satu jenis je. Kecewa betul saya. Bukan sekali buat, dua kali tu. Kedua-duanya pun dapat hasil yang sama.

Agar-agar dalam gambar di atas tu, yang saya buat untuk kenduri hari Sabtu lalu. Walaupun tu kali pertama seumur hidup saya ni buat agar-agar jenis ni, alhamdulillah menjadi macam tu. Lega saya sebab masa buat tu, memang banyak berdoa semoga menjadi, nak dijamu kepada tetamu yang datang. Kali ni pun nak bagi orang makan juga, tapi bila kali kedua ni, pandai-pandai sendiri, lainlah pula hasilnya.

Saya agak, kali ni tak jadi dua lapisan sebab saya masukkan serbuk agar-agar awal. Masa nak didihkan air tu terus letak air dengan serbuk agar-agar, sedangkan kali pertama saya buat Sabtu lalu, saya didihkan air dan gula melaka dulu. 

Takpe, ambil pengajaran. Lain kali buat lagi dengan kaedah yang sepatutnya.

P/s : Jangan kalut, rasanya itu penyebab utama lupa apa yang sepatutnya. Semalam, di kelas ada satu peristiwa yang buat saya tersinggung. Seorang murid dengan cara cakap yang biadap kata saya tak bincangkan lagi soalan latihan masa cuti tahun baru cina sedangkan cuti kali ni bakal diberi latihan yang lain. Saya masa dengar tu, lebih kepada rasa terkejut, disebabkan kebelakangan ni banyak kes lupa, saya ingat saya lupa bincangkan. Tapi dalam hati sedikit pelik, sebab memang menjadi kebiasaan saya akan membincangkan latihan masa cuti. Tapi saya duduk dulu, bertenang dan tanya murid lain kemudiannya. Lepas disahkan oleh murid lain yang saya dah bincangkan latihan itu, barulah saya mula terasa nak marah. Ai, budak sekarang ni, biadap betul! Perempuan pulak tu. Terus saya panggil dia dan suruh dia semak dengan kawan lain kalau asyik tak datang ke sekolah pada hari yang sepatutnya. ish..janganlah belajar biadap sejak remaja..

Comments

  1. sedaplah agar-agar tu tp akak tak pernah try buat lg sbb takut tak menjadi,nampak mcm senang je nak dibuat tp nak jadi dua lapis tu mcm susah pulak,sampai skrg tak terbuat-buat lagi

    ReplyDelete
  2. Assallam AN.berani betul murid sekarang ni..
    Alhamdulillah hero acik masa sekolah disukai cik gu..kerana rajinnya dia.membantu

    ReplyDelete
  3. Saya suka agar2 ni tapi yang pandan tu, faveret habis. My mom buat macam senang jer tapi saya sendiri tak pernah buat lagi, tak yakin. Tapi kalau dapat satu jenis yang berkrim tu jer saya lagi suka la kot hehehee.

    Sentap kan kecik2 biadap, ini in my class ramai jugak orang tua2 yang kurang ajar ngan cikgu mentang2 la cikgu baik. Berbulu jer tengok cara depa ni tau.

    ReplyDelete
  4. owh rpnya kna ikut kaedah yg spttnya ya..tq share Aisy mntau satu hr nk buat..blm prnh try buat agar2 dua lapis mcm ni Aisy..

    ReplyDelete
  5. Dapnyer..tringin nak buat.mentua saya selalu buat xjd gak.tp telan jela sbb sedap...kikikiki.

    ReplyDelete
  6. Ni faveret PIL ni tau AN....lama tak buat dah....Buat agar agar ni kalau tak kena caranya mmg tak boleh jadi 2 lapis tau....ada org kata lepas buh santan tu kena cepat cepat tutup api....entahlah....
    Hish bebudak sekarang ni mmg semakin berani dgn cikgu merekakan.... Kena buat rekod tu AN....takut nanti sesedap rasa je mereka tuduh cikgu lum discuss......

    ReplyDelete
  7. wah, beledo kegemaran saya tu…. nyum nyum…
    Saya pernah juga buat jadi satu lapis jer, tapi sbb saya lebihkan santan kononnya nak lebihkan lemak… hasilnya, hanya ada sikit bahagian yg clear…
    budak zaman skrang mmg terlebih outspoken…. Tapi dengan cara yg tak kena… jangan ambil hati sgt…. tegur elok2… lain kali semak dgn kawan dulu, baru datang tanya kita….

    ReplyDelete
  8. eh ada yang lagi berani..terus jumpa pengetua..ni kes budak sesi pagi la..haihh!kita dulu nak angkat muka pun tak berani kalau dengan cikgu apatah lagi pengetua..kita dulu sangt hormatkan cikgu kan

    ReplyDelete
  9. sy pernah dua tga kali juga buat agar2 macam ni,,so far menjadi la..MIL sy mmg suka agar2 ni tau..

    klu ye pun tak bincang lg cakap dengan cikgu tak perlu la biadap.apa salahnya cakap baik2.ni dah la biadap,sendiri salah plak tu..kan dah malu sendiri..

    ReplyDelete
  10. percubaan buat agar kena byk praktis bru jd mahir kan.. zmn skolah dulu nk ckp biadap dgn cikgu pun payah. skrg mcm2 hal, salah sendri tak dtg skolah. cikgu pula kena. sabar byk2 ye akak

    ReplyDelete
  11. Takpa, boleh cuba buat lagi kemudian sampailah berjaya jadi dua lapisan ye! Ni tengah cuti sekolah ni bolehlah mencuba lagi, AN.

    Kalau dulu nampak cikgu memang hormat habis. Tak berani nak melawan cakap. Cikgu salah potong markah pun dok fikir 18kali patut bertemu muka ke tidak ni nak menegakkan keadilan kononnya. Budak-budak sekarang lain macam sikit. Hormat pada guru pun dah semakin kurang. Takut apalagi...tak heran mereka ni kot!

    ReplyDelete
  12. sedap la agar agar tu kak. xpa nanti buat lg.jgn kalut hihi.kalau kalut mmg mcm tu la gayanya. saya kadang kadsng cm tu gak.

    baru ni masak nasi lemak utk 88 bungkus
    skali sambal pulak terkureng.hadussss. so, terpaksa catu.huhu. pengajarannya jgn kelam kabut kan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?