Fasa banyak mengajuk

Nazif di saat hampir 20 bulan usia ni memang banyak betul mulutnya. Pok pek pok pek tak berhenti. Sama ada dia mengajuk apa yang orang sekelilingnya cakap, Nazif juga bercakap sendiri seolah-olah membaca bila dia pegang sesuatu. Kelakar pun ada.

Bila kita bercakap, samaada cakap dengan orang lain atau memang cakap dengan dia, Nazif akan mengajuk perkataan yang akhir. Ada masanya masa dia lalu depan tv, ayat dalam tv pun turut sama diajuknya. Papanya bercakap di telefon, dia yang duduk kat tepi mengajuk banyak patah perkataan yang disebut oleh papanya. Jadi, sambil sembang, Papa N sambil gelakkan Nazif ni.

Kalau orang lain tengah sibuk, ada masanya dia membebel sorang-sorang. Macam menyanyi pun ada. Dia tengok papa, mama dan abang, maka Nazif sebut berulang kali mama papa dan aban.

Comments

  1. Dia tgh belajar byk perkara tu.. comel jerkan..

    ReplyDelete
  2. besar2 nanti mesti petah berkata2..peramah..:)

    ReplyDelete
  3. alololo.... aban pun confirm happy kan. Tengah mulut bertih ah, tapi kelakar kan, suka tengok dorang time ni.

    ReplyDelete
  4. umur baya nazif mmg suka mengajuk perkataan yg last kita cakap..waktu ni la dia nak mengembangkan kemahiran berbahasa disambing praktis mengingat..kita pun kena cakap elok2..mmg kelakar dan best je dengar budak baru belajar nak bercakap kan..:)

    ReplyDelete
  5. Mindanya tgh berkembang. Ni kalau ajar dia ABC mesti dh bleh hafal.

    ReplyDelete
  6. Kejapnya Nazif dah besar… Lepas ni siap la bila dah pandai lawan mulut dgn si abang… lagi meriah la rumah :)

    ReplyDelete
  7. Suka tengok mereka mengajuk cakap. Comel sangat rasanya. Nanti bila dah pandai cakap mulalah lagi tenat kita dibuatnya. Apa-apa pun memang comel waktu usia beginikan, AN.

    ReplyDelete
  8. Wah...Nazif dah pandai cakap ni.....nampak gayanya....mama pun dah boleh buat langkah seterusnyalah......hehe...
    Takkan nak tunggu Nazif pandai panggil baby kot hehe...

    ReplyDelete
  9. Br nk blajar bercakap jd mcm burung. Suka layan ank umur camni. Tp bila dah jd umur enam thn mcm
    Qila asik berceloteh letih lak sy nk layan

    ReplyDelete
  10. sel sel otak tgh berkembang tu.

    ReplyDelete
  11. mesti comel nazif ni dok ajuk cakap org kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts