Sedang memilih atau memang gitu kemahirannya?

Saya perhatikan Naim boleh menulis dengan  kedua-dua belah tangannya. Baru je saya perasan ni. Agaknya memang dia sedang memilih mana tangan yang lagi selesa atau memang ke Naim ni ada bakat macam mamanya?
Layankan saja Naim tulis ikut mood dia. Ada masa Naim nak guna tangan kanan, tapi masa yang lain Naim nak guna tangan kiri pula. Asalkan dia rajin untuk buat kerja sekolah sudah, kan? Agaknya kerajinan dia ni disebabkan dia rasa bangga dapat pegang pensel sendiri, kot? Masa menulis tu, Naim selalu sebut berulang-ulang ," Teacher tak pegang tangan Naim pun". 

Budak kecil ni pun dah mula tahu pencapaian dia.. Dia seronok siapkan kerja rumah. Seronok dapat pegang dan tulis sendiri. Kita pun samakan, mula dari kosong hingga sekarang.....

Takpe Naim, lama-lama nanti makin pandailah kamu..insya Allah

Comments

  1. Rajin naim buat homework...
    wah, bagusnya Naim dapat guna dua2 tangan.. Boleh pilih mana yg selesa…. kalau penat, boleh gilir2… hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. rajin sangat la.. cuti dah lama, nak abis pun.. tak buat tak patutla. Tu pun pujuk juga, kalau tak, kejap je Naim dah nak main.

      Delete
  2. Wah....kalau Naim boleh guna dua dua tangan ni ...itu petanda Naim seorang budak yg bijak tu AN . .....bukan semua budak mcm tu tau AN ....biarkan aje dia tgh seronok menulis tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..amin.. terima kasih..

      Esok lusa tak tahulah.. dia sekarang ni belasah je guna dua2 tangan..seronok juga kalau tulis dengan dua belah tangan..kan

      Delete
  3. kata org anak umur dua tahun dh boleh tgok dia dominan tgn kanan or kiri..ye2 je kata org..rasanya sy pernah baca berkaitan ni entah lupa kat mana..mmg kemahiran naim kot guna sekali dua tgn..mamanya camni ke?hehe..

    aiman mmg kidal,klu afia belum boleh dipastikan lagi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Itu orang kata. Naim ni, sebelum masuk sekolah, jarang dia nak pegang pensel .. jenis nak main je.jadi tahun ni yang Naim ni banyak pegang pensel dan menulis menconteng sampai dinding rumah pun jadi medan coretannya..

      mama dia pula dulu2 mmg boleh tulis dua belah tangan. Kalau letih kanan, salin dengan tangan kiri. Tapi kiri pasti tulisan tak lawa, tapi bolehla baca lagi. Sekarang dah jarang menulis dengan tangan kiri, sekali sekala guna tu, mak ai, buruk betul jadinya tulisan saya.. hihi.. kena praktis selalu kot..

      Delete
  4. waah..kebolehan luar biasa tu,Nasiha..!nt kalu penat bleh gilir2 tangan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah luar biasa pun.. ni orang malas menyalin sebenarnya..hihi

      Delete
  5. elok guna tgn kanan aje..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah boleh tulis guna dua2 belah tangan
    akak dulu jenuh belajo nak guna tangan kiri :)

    ReplyDelete
  7. insyaa Allah.. bagus juga AN..nanti naim mahir guna kedua2 tangan..

    ReplyDelete
  8. bagus naim ni boleh guna dua2 tangan...
    adam kalu dekat rumah malas dia nak buat homework, terpaksa minta tecer kat taska lak yg suru dia buat keje sekolah,cepat pulak tu dia siapkan,kalu kat rumah berjam2 nak siap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naim pun sama je kak. Ikut mood dia. Kalau rajin tu mmg tak boleh mama atau papa buat kerja lain la, wajib temankan dia baca atau menulis. Kalau dia malas, mood tak elok ke nak main ke, berjam2 pun tak siap juga kerjanya..

      Delete
  9. wah..boleh guna dua2 tangan..hebatnya..zahin macam kanan je..tu pun tak cantik tulisan dia..
    ooh..mama dia pun boleh tulis dua2 tangan?baru tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumla baru tahun ni pandai pegang pensel... hihi.. mamanya tulis tangan kanan je sekarang, dah tak tulis sgt tangan kiri, tulisan jadi buruk dah..

      Delete
  10. Mcm Amni tulis tgn Kanan , TP buat kerja lain tgn kiri ;)

    ReplyDelete
  11. wow u pun boleh guna kedua tangan? Bravo, let Naim use both his hands, kami dulu selalu diarah guna tangan kanan kanan kanan, tak seswai. JJ pun I let her use both hands, mana2 yang dia selesa, up to her.

    Psttt ada sorang chinese gal ni can write with both hands in different language at the same time, still amaze me until now hihihi. u cuba praktis lagi AN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan Nas tu hebat orangnya. Saya tak. Sekadar buat bila letih salin dgn tangan kanan je.. kalau dah tua gini, malas nak praktis lagi.. hihi

      Delete
    2. eh itu bukan kawan saya, nampak video dia in one of amazing human hehehe.

      Delete
  12. owhhh.... aisy pun boleh menulis dua tangan? saya ada kawan yang menulis dua tangan. letih sebelah tangan, dia tukar sebelah lagi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga yang macam ni kan.. kalau dipraktis selalu apa pun boleh jadi kan?

      Delete
  13. waucayalah kak boleh guna keduanya.
    saya tgn kiri tak berapa nk cntik sgt tulisan tu.mcm ular kena palu je kekdahnya.hihi

    ReplyDelete
  14. Baguslah macam tu. Boleh suruh dia pilih tangan mana yang lebih sesuai untuk menulis. Saya ni kidal. Si kecil tu pun kidal. Abang dan HD right hand orangnya. Kita orang satu famili memang gene makpak bagi dua sama rata :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts