Kenduri daun sup dan daun bawang

Ai semua.. dah makan tengah hari? Makan apa tu? Kami hari ni makan nasi dengan daging merah dan ayam goreng je. Tapi yang istimewanya lauk kami hari ni, dua - duanya penuh dengan hirisan daun sup dan daun bawang. Jangan gelak tau. Habis, stok daun sup dan daun bawang ada banyak sangat lagi. Kalau tak guna membazirlah nanti kan?

Papa N tadi dah gelakkan saya, masa dia tengok pinggan penuh dengan daun sup dan daun bawang. Katanya, apa ni? Lepas saya bagitahu tu, sekali lagi saya kena gelak. "Itulah, beli daun sup daun bawang macam nak kenduri beratus orang makan". Habis, mana saya tahu, bila mak mentua bagitahu saya kena beli daun sup dan daun bawang banyak sikit untuk buat soto, saya ambillah banyak sikit. Tak sangka rupanya banyak sangat. RM 8 saya bayar untuk daun sup, daun bawang, daun ketumbar sikit dan daun pudina juga sikit. Hihi. Pasti korang gelak besar lepas baca ni ya.

Maklumla orang tak biasa beli barang untuk jamu orang ramai makan. Kalau untuk makan dalam rumah kita, lain lah kan, Nas?

Budak dua beradik ni pula seronokla, ais krim yang ditaja oleh Mak Long pun ada lagi 2 bekas, dah dua kali diorang makan pagi ni. Tembikai pun sama. Nazif yang memang suka tembikai, berkali-kali minta tembikai.

Lawa warna tembikai ni kan? Memang manis.. mama Nazif pun suka.

Bertabahla suamiku ya, seminggu ni kita makan daun sup dan daun bawang.. haha.. sampai habis..

Comments

  1. haha...daun sup/bawang bknnya dimakan pun,sbg hiasan ja...
    daun bawang tu boleh buat cucur udang...sbg ganti daun kucai...

    ReplyDelete
  2. hari2 ubah menu yg perlukan daun sup & bawang, bergedil dsb..

    ReplyDelete
  3. Buat cekodok..cucur udang..cepat habisnya nanti tu AN.
    acik memang jarang beli dan guna kedua2 daun tu

    ReplyDelete
  4. Hihi ok pe semua masakan Mst ada hiasan daun sup n bawang

    Aisy tak berani nak
    Pos takut pecah , niaga offline dulu ;)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Buat cucur mewah2 daun sup dan daun bawang, Sedapnya. Simpan daun Dlm double zip lock plastic. Tahun lama tau!

    ReplyDelete
  6. daun sup bleh blend tambah gula ckit or xpyh gula dan minum airnya..kalu nak tapis pun
    bleh..jadi ubt darah tinggi..

    ReplyDelete
  7. Kalau belum dihiris2.... pekata tanam je jadi pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sama macam saya terfikir sebelum ni. Mmg rasa kena tanam tu. Takkan nak potong hiris setiap kali makan.. boleh bau bawang je badan jadinya nanti ....kan?

      Delete
  8. idea yang baik dari Miss Mirrorkan... akakpun der gak selalu berangan nak menanam mcm2 benda di rumahkan.. kalau nak masak kadang guna sikitjerkan... tapi nak beli sikit sesangat cam mahal gak kenanyer..
    nampak sedap tembikaitu merah menyala. ... cuaca panas memang sedap betoi...

    ReplyDelete
  9. hahaha...hari2 masak berhiaskan daun bawang la jawabnya ye...,kalu suruh akak beli pun akak taktau,sbb yg biasa membeli sayur dan ikan tentulah en.azmi...hehehe

    ReplyDelete
  10. akak kalau masak apa2 jer suka letak daun bawang sebagai hiasan..nak2 goreng telur dadar wangi jer bau dier..kat peti ais pon bawang dah mengeluarkan daun bawang tumbuh sendiri gamaknyer hehe..

    ReplyDelete
  11. Okje suka jer daun sup ngan bawang tu....sedap apa! Kata org penawar darah tinggi....
    Yelah sayang kalau tak habiskan.....takkan nak biarkan kering gitu....
    Cubalah tanam kotnya boleh tumbuh tak yah dah beli sepanjang tahun ni! Hehe

    ReplyDelete
  12. daun sup pon daun sup la kak.hihi.
    tembikai mmg sedap.tgh tunggu cik abe blk dri kuantan bwa balik tembikai.fresh dri ladang.hihi.

    ReplyDelete
  13. hehehe kalau byk sngat leh letaklkan dalam menu2 makanan yng lain, buat cucur pun sedap tu !. tak pun cuba tanam, sehari dua ni pun hujan dah mula turun kan !

    ReplyDelete
  14. Kenduri daun sup dan daun bawang seminggu nilah ya! Lagipun takpa AN sebab anak-anak dan suami semua pun boleh aje telan takyah pejam mata daun sup/bawang ni. Kalaulah saya sekeluarga, memang nahas daun sup/bawang ni. Napa tak tapaukan aje sekali buat sedara mara masa kenduri hari tu? Style baru apa...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. best juga tapaukan daun sup. Oranh lain tapaukan lauk ya..dah biasa tu. Tapi tak terfikirkan masa tu. Jenis kalut ginilah..

      Delete
  15. owhhh I suka daun sup, daun bawang papa JJ yang suka, makan ratah gitu jer tak potong tapi celup dalam garam, pelik kan style depa ni.

    Tak cuba tanam ker balance dedaun tu, btw I think by now dah habis la stok semua tu kan.

    ReplyDelete
  16. haha kenduri daun sup n daun bawang..klu sy awal2 mmg dh tolak..tak suka...dr membzir baik habiskan ye..

    sy n aiman pun suka tembikai

    ReplyDelete
  17. haha.. apa kata akak tanam je daun2 tu. nanti xpayah beli dh. kt rumah mak nina try tnam smpai terlebih subur. hehe. sedapnya kalau minum jus tembikai

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts