Lagi tinggi gaji, lagi besar tanggungjawabnya

Masih lagi berbincang dan berdoa untuk pesawat MH370. Sesungguhnya, semua sangat mengharapkan ada perkhabaran tentang pesawat ini.

Melihatkan paparan tv, saya dan suami pernah menyebutkan besar gaji, tanggungjawab pun besar bila melihatkan para pegawai menjawab pelbagai soalan yang diberikan oleh para wartawan dalam sesi soal jawab media. Nampak berkerut muka diorang tu. Agaknya sejak kes ni, berapa jam sahaja mereka sempat tidur?

Sesungguhnya itulah hakikat kehidupan, diberikan gaji 30k atau lebih, pasti gaji itu datang dengan tanggungjawab yang lebih besar berbanding orang lain yang gaji 5k. Insaf ...... sesungguhnya Allah sentiasa berikan hidayah kepada sesiapa yang ingin berfikir dan menerima.

#p/s : tak jadi mengeluh pasal banyak kerja. Memang tak bermusim, namun pastinya risiko lebih rendah.

Comments

  1. sama sama kita renung renungkan
    slamat pagi akak

    ReplyDelete
  2. betul tu
    besar gaji, besar tanggungjawabnya
    sbb tu dikata 'pangkat diberi bersama tanggungjawab'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah ayat yg saya nak tulis tadi..lupa masukkan pula bila taip sambil mata tgk tv. Haha..

      Delete
  3. hehe...muka masing2 tensen...termasuk pengacara kat tv3 yg bekerja tak kira masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. hari tu sampai 6jam diorang on air.. mmg stress

      Delete
  4. lieya setuju sgt dgn penulisan aisy hari nie...bile kite org bergaji besar seronok...bile tgk org bergaji besar beli itu ini kite jeles...tapi sebenarnya hakikat dari segi tanggungjawab hanye mereka yg tau....

    cite pasal mh370 tu moga2 MH370 di kembalikan pada dlm keadaan baik dan semua warga kapal sihat2 ...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..selagi kita tak mengalami keadaan yg dialami oleh para ketua tu, kita nampak diorang seronok dengan gaji besar je.

      Delete
  5. Betul tu AN..... sesungguhnya....
    semakin besar gaji semakin besar tanggungjawabnya.... Betul .....Okje pun kesian tengok mereka menjawab soalan wartawan.
    Macam okje ni..... senang!, menjawab je lah dengan Papa Zir j..hehee .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. menjawab dengan Papa Zir tu bagus.. dialu-alukan. Tanya mana makan hari ni? Dgn siapa kan?

      Delete
    2. Sebelum makan dah bagi tau....dahlah guna harta benda dia, ditaja lagi hehe....katanya isteri metalic hehe....

      Delete
  6. Betul tu.. Selalunyer yang bos2 akan paling banyak keje.

    ReplyDelete
  7. Aah bersyukur dgn rezeki yg diberi , setiap org tak sama ujian dariNya, hanya mampu berdoa semoga segala nya dipermudahkan oleh Allah

    ReplyDelete
  8. yg penting gj tu halal walau besar or kecik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2... kalau gaji besar ti lagi bagus kan..

      Delete
  9. akak, ada masa meh join ga ni.sy tag akak.esok last day

    http://lobaksusue.blogspot.com/2014/03/2nd-birthday-blog-cahaya-hidupku-12-mac.html

    ReplyDelete
  10. Memang betul tu, AN. Kita tengok bila orang besar gajinya, nampak macam seronok aje tapi yang sebenarnya tanggungjawab lagi besar. Kita bolehlah balik tepat tamat waktu pejabat, ada yang kena bermalam di pejabat menyiapkan kerja. Bila buat perbandingan begitu, memang rasa syukur sangat walaupun kerja tak seperti yang diinginkan kadang-kala.

    Bila tengok big boss DCA tu berkerut muka menjawab soalan berkaitan dengan kehilangan MH370, kita pun boleh faham sebenarnya betapa tertekannya beliau kerana tak mampu memberikan jawapan yang diingini oleh semua pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. dah jadi mcm ni rasa syukur sgt kita ni dapat jumpa ahli keluarga setiap hari dengan mudah..

      bukan wartawan je, kita yg tengok tv ni pun rasa nak marah diorang, terasa macam nak mengelak je drp jawab soalan.... hihi

      Delete
  11. itu la..tak boleh mengeluh pasal kerja atau pasal apapun kan,kdg2 terbuat juga akak ni,bila keje byk rasa mcm nak berenti je..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. samalah kita kak. Ada masalah mulalah fikir yg bukan2..

      Delete
  12. assalam,

    besar periuk, besar kerak nasi...

    ReplyDelete
  13. sapa tanak gaji beso AN..tengok la sekarang ni kuar rumah jer duit, tapi tulah kan dah beso pendapatan beso jugak pengeluaran then tanggung jawab lagi la berpikul- pikul..hehe
    setiap rezeki yang allah berikan pada kita semua harus la di syukuri..

    ReplyDelete
  14. mmg la gaji besar tanggungjawab besar..klu gaji besar tak bertanggungjawab tu namanya makan gaji bute.hehe..syukur gaji sy tak besar, jadi tanggungjawab tak besar,tak byk juga nk kena jawab kt akhirat nti..:)

    ReplyDelete
  15. betul tu..tapi tu lah,kadang-kadang IbuNoey ni geram juga kalau ada certain yang bergaji besar ni dok kerah tenaga org bawahan. bila pikir balik,dorang pun ada tanggungjawab juga nak menjawab kalau ada kesilapan.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1