Akhirnya mama tewas

Payah juga rupanya nak lepas susu ya. Rasanya sebab saya dari awal dah berniat nak menyusukan Ahmad Nazif ni selama 2 tahun, cubaan nak hentikan susu dia dalam cuti ni tak berjaya. Baru je cuba sehari, namun dengan kegigihan Nazif melawan, memang tak sampai hati nak bertegas. Jadi Nazif kembali menjadi beg tangan mahal yang dipenuhi barang berharga. Takpe, biarkan dahulu untuk empat bulan lagi... Lepas ni kita fikirkan cara untuk hentikan susu dan Nazif tak menangis meraung macam semalam ya.

Comments

  1. Takda pengalaman menyusukan anak sampai 2 tahun. Tak tahu bagaimana cara terbaik nak menghentikan susu :) Kita ni bila tengok anak aje, kalau tak melawan pun tak sampai hati nak buat sesuatu yang against kehendak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa naim dia tak nak di usia 11 bulan. Yang nazif ni.....

      Delete
  2. akak dulu 4 org,semuanya stop sendiri sblm 2 th...tak perlu cuba mcm2 petua yg org bg...tp dia org suka minum milo sbg ganti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, Naim pun mudah sb dia yang tak nak susu sendiri. Nazif ni yang macam tak boleh berpisah.. lagi2 masa cuti macam ni, asyik selak baju mamanya je walaupun makan pelbagai benda lain

      Delete
  3. salam..
    sian nazif..
    ira pun tak Berjaya hentikan susu aimy..
    da 2 tahun 6 bulan da tu. mmg tak tercapai azam thn ni.
    Betul la.. tak sampai hati tgk dia... tewas juga la akhirnya..
    so layan je la dia... biar dia benti sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau juga.. dah la sekarang Nazif hampir 20 bulab dah pandai cakap suruh saya buka baju masa dia nak menyusu. Kalau lagi besar, ai.. macam manalah

      Delete
  4. all the best AN, saya pun tak reti nak bagi tips. semoga berjaya, takper la selagi dia nak kan, nnt pandai la dia tak nak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya dia cepat la tak nak sendiri...mama dah malas..hihi

      Delete
  5. alahai muncung mulut nazif comel betul..biasalah tu nk cerai susu bukan senang klu dh susu badan..kawan sy kt kmpg siap buat ubat mitak sireh ustazah bacakan doa utk cerai susu..seminggu nak pandang breast pun tak nak..habis jeseminggu sireh tu menetek balik.sabo jer la.hehe

    semoga berjaya AN..benda kena buat perlahan-lahan..bukan boleh on da spot..kesian nazif..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..sebab dia rasa pahit nescafe tu, semalam dia nangis meraung bila nak tido.. dia masih anggap ada rasa pahit wlaupun dia tak hisap pun. Bagi susu botol dia tak nak.. sebelum ni dah biasa bg susu formula masa di taska.. tp kalau di rumah mmg macam itulah dia, tak nak langsung.

      Delete
  6. Nazif belum bersedia lagi kot AN… Tapi dia jenis yg makan mcm2 kan? Cuba offer dia makanan tiap kali dia minta susu… Dalam masa yg sama kena psyco dia cakap yg Nazif dah besar, dah tak boleh minum susu mama…. Tiga2 anak2 saya berjaya dgn kaedah tu… Lama juga ambil masa utk psyco tu, dlm 3 bulan sebelum anak2 masuk 2 tahun :)

    Good luck yer AN :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lojik juga ya.. si kecik ni mcm faham keadaan sekeliling. Try psiko pelan2 ya..

      Delete
  7. xpe Nasiha..hero mmg kalah dulu..!biarkan ler nazif tu,kesian dia..akak xde masalah lak dlu2
    coz anak2 akak stop awal lg menyusu..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah la tu Aisy masih ada rezeki dia..
    Ada org, baby blom sampai setahun dah kering susu.
    Tunggu je sikit masa lg.. tak pun, pe kata bubuh sirap
    kat *****, biar merah mesti dia takut!. Hahaha..

    ReplyDelete
  9. Alahai comelnya Nazif dgn mulut muncung macam tu....
    Tak pe dik..pelan2..anak akak dulu pun macam tu..,mcm2 cara dibuatnya, akhirnya berhenti dgn sndiri....

    ReplyDelete
  10. Dulu SA , okje buh lipstic.....sebab plan nak beradik bila umur 2 tahun..... yg 2 org anak dara tu....lama sikit nenennya ...sampai dah faham le.....berhenti sendiri. Punyalah dah beso masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa Nazif ni rasa pahit nescafe tu, dia mmg tak nak menenen lagi. Tapi maslaah dia nangis tu bila nak tdo malam yang saya tak tahan.. dah lama, dia lalok sua jugalah.. nak buat cam na lagi. Dapat je, terus lena dia.. abis tu canne nak buat?

      Delete
  11. akak takde tips nak bagi sbb 2 hero akak tu memang dlm pantang je menyusu badan sbb dorg taknak,puas dipaksa dorg taknak,akhirnya bg susu formula,laju dorg minum..huhu sedih sgt, yg adelya ni mmg susu badan je, taktau la mcm mana nti,mmg dah niat nak menyusu sampai 2 tahun inshaAllah...

    ReplyDelete
  12. hahahhaa..... susah juga ye. saya pun ada beg tangan mahal sebijik mcm ni!

    ReplyDelete
  13. in shaa Allah smga dipermudahkan hendaknya nanti buat akakd dan nazif.pelan pelan.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1