Pulut ikan kering

Menu sarapan pagi tadi. 


Orang yang baru berapa kali masak pulut. Masa nak masak tu, saya siap telefon mak di kampung sebab nak tanya berapa banyak air kena masukkan. Kak Long yang menjawab panggilan tolong bagi panduan. Maka, sambil saya mengemas saya biarkan pulut masak di atas dapur. Baunya, semerbak wangi, terus buat rasa lapar.

Dah siap tutup api baru perasan tak bubuh sikit garam. Mulalah rasa berbelah bagi, keliru nak kena bubuh ke tak? Sebab saya baca resepi di google kata kena letakkan sedikit garam. Ah, tak kisahla, kata hati. Terus gorengkan ikan masin yang ada sikit je lagi, sambil tu gaulkan kelapa dengan sedikit garam. Masa tu saya fikir balik, kalau ikan dah masin, kelapa pun letak garam sikit, pastilah pulutnya tak payah ada garam, kan?

Apa lagi, terus letakkan ke atas pinggan. Ambil gambar bukti sekeping. Tak tunggu lama, terus suap ke mulut. Oooo..sedapnya. Saya makan seorang je, suami tak suka. Lagi bagus, boleh makan banyak.. Ada lagi pulut tu, rancangan seterusnya nak buah pulut mangga, ok tak?



Comments

  1. sajer jer tau pepagi buat perut I berkeriuk, huhuu dah la pulut tu kegemaran saya. Bak sini sepinggan. Ala kalau terlupa sedua benda takder hal, sendiri nak makan, pandai2 alter la nnt.

    ReplyDelete
  2. feveret akak juga ni.. tiba2 kecur air liur..

    ReplyDelete
  3. akak xpenah mkn ngan ikn kering cuma gaul ngan kelapa yg dicampur gula dan garam je..
    msk pulut xperlu masukkan garam Nasiha..sedapnya pulut mangga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo jadi dh betullah saya masak kosong je pulut tu. Pandai ..hihi.

      Delete
  4. Nasib baik baca entry ni bila perut dah penuh… feberet saya juga tu.. kalau dulu, beli pulut ni kat warung pagi… nak buat sendiri mmg tak pandai…
    Tapi cantik tekstur pulut AN tu…. Menjadi sgt dah tu :)

    ReplyDelete
  5. wahhhh... sedapnya! tapi, saya suka pulut durian.
    kalau saya, memang bubuh garam sikit. kasi lemak2

    ReplyDelete
  6. assalam AN..acik pun peminat pulut..cuma dirumah acik ni semua suka makan

    ReplyDelete
  7. Saya suka juga pulut tapi tak pernah buat sendiri. Main beli aje kerjanya. Wah siap dengan ikan masin lagi tetiba terliur. Alamak! Baru teringat my niece ada bagi ikan pekasam dok perap dalam peti sejuk lagi nih!

    ReplyDelete
  8. Selalu dengar dan tengok pulut kelapa ikan masin ni kat gerai Kelantan...tp belum teringin nak cuba.... Tunggu teringin betul betul....barulah beli.....buat mungkin tak kot, sebab org yg mungkin makan sorang jer hehe

    ReplyDelete
  9. sedapnya. dah lama tak makan.feveret nik ni

    ReplyDelete
  10. sedap ni Aisy..Ibu masak mcm tu saja..lps dah msk bubuh gula..sedap...atpn bubuh kelapa

    ReplyDelete
  11. teringin nk makan tapi tak berani... sbb baru lps abis pantang kan..

    ReplyDelete
  12. Uish sedapnya. Dah berbulan teringin nk mkn x sempat2 nk buat

    ReplyDelete
  13. Salam AN...Mana pergi ni lama tak nampak? Sibuk ye? Erhhh...mana pergi entri pasal telekung tu? Tetiba takda kat sini, penat scroll ni, AN...

    ReplyDelete
  14. saya kehabisan pulut.huhu
    tadi singgah blog mama jj buat pulut kuning akak pulut ikan masin pulak.alahai.

    last mask pulut tahn lepas.hihi.

    ReplyDelete
  15. AN org kelantan kan..pulut kira macam makanan ruji org kelantan kan..sy klu pulut ikan kering macam tk reti layan sgt..pulut mangga pun.pulut durian ke pulut kuning ke pulut panggang ke suka la.hehe..

    ReplyDelete
  16. uiittt...sedap tu makan pulut,akak suka buat pulut kuning kukus,kalau masak mcm masak nasi tu,harus tak jadi pulut akak...

    pernah try buat pulut mangga tu...jadi la jugak hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts