Kerana berita MH 370, Papa N makan maggi

Tumpang simpati dan gelisah sambil mendoakan keselamatan para penumpang pesawat MH 370, kami sepanjang petang dan malam ni memang tak banyak tinggalkan tv. Semata-mata nak dengar perkembangan terbaru kes.  Petang tadi, masa temankan anak-anak main kat garaj, saya tengok jiran sebelah yang kerja pramugara MAS ni baru nak keluar dengan uniformnya. Terus rasa sayu, semoga perjalanannya selamat ya.

Kalau dalam WhatApps, memang macam-macamlah beritanya. Dah diumumkan supaya kita jangan membuat sebarang spekulasi sehingga diumumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa. Jadi, eloklah kita tak tambahkan kesedihan dan kerisauan para keluarga yang terlibat. Alahai, dah 20 jam ni, tak terbayang perasaan keluarga yang terlibat tu.

Malam ni pula, Papa N kata tak payah masak, dia makan maggi pun tak apa. Boleh tengok berita pasal kehilangan pesawat tu, alasannya. Seronoklah saya dengar, maknanya tak payah masak lauk untuk malam ni. Masak maggi bukan lama pun. Saya dan Nazif habiskan nasi dan lauk tengah hari, manakala Papa N dan Naim makan maggi je.

Mulanya saya tak nak makan maggi, kononnya masak untuk dua beranak ni je. Bila tengok diorang makan macam sedap je, saya pun makan juga sikit. Padahal bahan tak seberapa, saya letak telur, lobak merah, kobis dan beberapa helai daun limau purut, tapi sedap je rasa maggi ni. Agaknya sebab dah lama tak makan ni.

#p/s: gambar maggi sedap tak disiarkan sebagai menghormati kerisauan para keluarga penumpang yang terlibat.

Comments

  1. pg td masa tgh tunggu paper ke 2. mkcik wassap dlm group pasal insiden ni terus rasa nk balik rumah tgk berita, sayu tgk muka2 family yg tunggu di airport tu. walaupun harapan tipis harap dpt la diorang jumpa bangkai pesawat tu. al-fatihah buat semua mangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blm ada berita lagi yg sah.... kita doakan dulu ya

      Delete
  2. semua pakakt risau kan AN,semoga depa semua ditemui selamat..kita doakan yg baik2..sng tak payah msk.makan megi pun sodap

    ReplyDelete
  3. Sedih la dgr berita tu, sampai hilang mood nak nyoping arini.

    ReplyDelete
  4. #PrayForMH370
    buat spekulasi, simpan sendiri2 sudah.. sibuk canang sana sini, buat apa.. kalau ahli keluarga mngsa baca, tak fikir ke hati dorang camne.. isk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ni dik? KALAU NAK MEROYAN PUN BACA LA DULU APA YG TERTULIS DALAM ENTRY NI..

      Delete
    2. kita sama2 doakan mereka semua berkeadaan baik, aamiin..

      Delete
  5. Salam aisy.

    Smga urusan mencari & menyelamat mangsa berjalan lancar.

    Sekali sekala mkn megi best jgk kan..

    ReplyDelete
  6. Semoga mereka semua selamat..sama2 kita berdoa....

    ReplyDelete
  7. tu la kan.sama sama kita doakan.smga misi mencari dan menyelamat ini dipermudahkan olehNya

    ReplyDelete
  8. Betul tu AN....... memang OKje pun duduk depan TV je ni ha...dengar berita!
    Khusyuk dengar penerangan/ soal jawab dengan bekas Ketua Pilot tukan.... banyak experience dia tu....banyak yg kita tahu dpd dia punya info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kagum dgn penerangan beliau kan.. macam penuh ilmu di dada

      Delete
  9. Moga mereka yg terlibat selamat.. Amin

    Mkn maggie sesekali mmg sedap

    ReplyDelete
  10. Tetiba I pun terasa nak makan megi ni ha. Kat sini pun whole day jugak dorang buat liputan berita kehilangan pesaawat tersebut, pray for them is all we can do.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia mmg jadi popular sebab kes ni kan. Mana je semua duk bincangkan hal ini.

      Delete
  11. semoga dapat perkhabaran yg melegakan hati dr operasi mencari dan menyelamat ini..

    risau jugak bila taktau apa keadaannya kan

    ReplyDelete
  12. Ke gambar maggi tak sempat snap sebab sedap sangat sampai terlupa nih?

    Pray for MH370 juga. Dah lama sangat rasanya. Tak terbayang resah gelisah keluarga yang menunggu berita. Kita yang mendengar aje pun dah naik resah dan sayu hati ni apatah lagi mereka yang menanti entah bila akan ketahuan khabarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish...sebab sedih tau...tak sampai hati nak tunjukkan makanan sebab orang lain bersedih.

      itulah..dah 4 hari ni

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts