Nasi goreng planta dengan daging cincang

Bestnya nama. Padahal saya masak sesuka hati je untuk sarapan saya pagi ni dan sebahagian buat bekal Papa N ke pejabat. Makanan biasa macam ni pastilah sedap hasilnya, jadi taklah saya rasa malu nak tunjuk kat korang di sini.
Rupa nasi goreng planta dengan daging cincang saya pagi ni.

Cara memasak :
Panaskan dua sudu besar planta. Tumiskan bawang, masukkan daging cincang. Masukkan sos tiram dan sedikit garam. Dah nampak ok, masukkan cili padi ikut kepedasan yang korang nak. Kemudian, masukkan lobak merah, kacau lagi untuk sekejap. Masukkan pula kacang panjang. Kan nampak lawa warna  warni tu. Akhir sekali masukkan nasi. Sebelum tutup api, sila rasa ya. Tadi saya tambahkan sedikit kicap cair untuk seimbangkan rasa pedas dan masin. 

Tengok ya, apa isteri mithali ni bagi pada suami dia pagi ni.
Mula-mula Papa N gelak bila saya tunjukkan beg ni. Dia jenguk tengok kat dalam ada tupperware yang ada nasi goreng, sudu dan sebiji epal hijau. "Beg ni?". Malas saya nak melayan dia. Cepat-cepat saya jawab, "Aa, yang beli kat Daiso hari tu. Mujur tak amik warna pink je," .. haha, pengaruh bento LieyaLatiff la ni. Saya beli beg yang sama sebab tengok entry Lieya. Entah Papa N bawa tu dengan rela ke tak hatinya. Jangan nak ngada eh, lawa tu begnya walaupun harga RM5 je. 

Ok apa kan? Walaupun tengah sibuk, rajin lagi isterinya masakkan bekal yang sedap dan siap bubuh dalam beg lawa lagi. Kalau macam pagi semalam, disebabkan saya risau nak dicerap, terus tak ada sarapan pagi dan apa lagi bekal. Saya suruh Papa N makan di kafe pejabat je. Biasanya bekal Papa , saya letak dalam plastik je, tak lawa kan? Ish.. bertuah badan suami i ni kan.......

Comments

  1. oklertu tak warna pinkkan..
    mesti gembira dia dapat isteri yang prihatin...
    mula2jer rasa tak best lama2 esok satu pejabat ikut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. dah dua bulan lebih Naim sekolah ni, papanya pun tumpang ada bekal...cuma hari ni je mula ada beg ni..

      Delete
  2. hahaha..dia segan la tu kak AN.. rasa mcm bwk beg pompuan aje..kihkihkih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. akak tahu..tu yg cakap mujur tak amik warna pink..

      Delete
  3. hihi..isteri mithali tu!!save bajet..camtu rupanya nasi greng planta ya..kebetulan pulak,pagi ni pun saya msk nasi greng gak tp nasi greng belacan ler,perencah seri aji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali buat sarapan tuk anak..buat lebih sikit utk papanya ...akak masak pun sedap tu..

      Delete
  4. alhamdulillah.kenyang perut ciksuami kan
    kalau suami saya pulak comfirm x bawa beg tu kak.kalau bawa bekal pon mesti disumbatnya dlm beg galas yg dibawa

    akak, sedap nya nasi goreng tu.minggu ni saya tak buat nasi goreng lagi.hihi.tgh cari idea nak buat nasi goreng nama baru plak.hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. betul..tukar3 bahan rasa seronok skit masaknya kan..

      Delete
  5. sedapnya breakfast dia.. huhu... harap2 la husband akak ikhlas membawanya.. mana nak dapat isteri mithali cenggini kan.. hee :D

    ReplyDelete
  6. alamak nampak sedap nasi goreng aisy nie...dah lame tak buat nasi goreng planta tuk budak2 nieh...lieya pun suke nasi goreng planta nieh hehehehee

    tu le aisy seb baik tak amik pink kan...kalo tak lagi tekulat2 laa en laki nak kene bawak gi keje hahaahahahahah....lieya kalo gi daiso mmg naik gile...semua barang rase nak kaut lagi2 lunch beg dgn bekas bekal......geram2 woooo!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kalau tgk blog org, mcm entry lieya haritu baru tahu nak beli brg yg berguna. Sebelum ni kalau masuk, beli ikut suka sebab geramkan kecomellannya..

      Delete
  7. tgk rupa nasi [pun dah tau mesti sedap ni kan !

    ReplyDelete
  8. Bertuah sungguh Papa N dapat isteri mithali macam AN ni. Bukan setakat bekal, buah, sudu garpu siap ngan beg bekal lagi hah. Beritahu kat Papa N, ramai suami di luar sana pasti mencemburuinya kerana ada isteri semithali ini. Saya pun kalau tengok bento Lieya, rasa menggigil tangan nak membentokan untuk Abang sekali. Responsenya aje yang hampa buat Mommy give up nak mencuba.

    Sedap nasi goreng planta tu, AN. Memang boleh cuba untuk memikat hati suami saya pulak. Eh, lupa! Suami saya janji halal aje semua pun dibantai makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Saja je puji diri sdiri, padahal kalau bukan sebab Naim mula sekolah ni, takde saya nak rajin sgt nk bekalkan suami makanan. Alang2 dah buat tuk Naim, sekali lah.. .

      MD cubalah, sedap juga bg kami ni. Utk anak2 kekuarkan dulu, utk mak paknya tambah cili lagi sikit...meletup ...sedap! Angkat bakul sdiri

      Delete
  9. sedapnya ada daging cincang gitu :)

    ReplyDelete
  10. Papa N tu tak mahu kecilkan hati isteri bawa juga. Tambahan pula dia tahu isi dlm beg ada tupperware yg makanannya sedap. nak tinggal sayang mestilah bawa juga Aisy:)

    ReplyDelete
  11. isteri solehah ni...bgi bekal lgi...nmpk sedap aje tuh..bahagia hidup lelaki..

    ReplyDelete
  12. wow..bagus betul!isteri mithali suami soleh..

    ReplyDelete
  13. bagusnya en.Anwar. suami sy tak suka bawa bekal. kalau bawa pon tak nak letak dlm bekas sbb malas nak wak blk bekas tu nanti. kalau letak dlm bekas pakai buang br ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En anwar mana pulak ni Sal eh? Haha.. salah orang kot?

      Kalau bini solehah ni paksa, mestilah suami i bawa.. haha.. lagipun sekali masak utk sarapan Naim

      Delete
    2. aik aik sal!jgn sal..marah en aZwan nnt:)

      Delete
    3. opps. silap nama pulak. hihi sooooooory ya

      Delete
  14. Memang bertuah suami dpt isteri yg rajin mcm Aisy... pasti suami bertambah saaaaayang!.
    Sedap nasi goreng planta tu.. nak buat gak la nt. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  15. Tak pernah buat nasi goreng campur daging cincang tapi OKje tau rasanya pasti sedap sebab ada daging cincang tu...dan yg paling utama masak dgn rasa cintakan....hehe
    OKje ni lagi teruk AN...dahlah tak kerja tp nak masak pagi malas sungguh...tak jadi jadi orang gamaknya hehe.....Papa N gi keje kul bape AN? sempat pulak awak masak yeh....
    Serious cantik bag tu.. presentable ....untung dapat bini cenggini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masak pukul 7 biasanya. Sekali suapkan Naim dlm 7.30 tu. Papa N gi keje kalau awal masa htr Naim, kalau dia nak oergi lewat dlm kul 9 pagi. Jadi kalau saya tak sibuk mmg saya masakla. Naim minta nak makan, sian pulak kalau nak bg dia makan roti nakar je tiap2 hari

      Delete
  16. amboi papa N pun nak berbento jugak ye..bagus AN,isteri solehah lagi.mesti bangga papa N dpt bekal dengan beg cantik cmni..

    nasik goreng cmni mmg sedap..yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. bangga ke tak entahla. Tapi dia bawa tu kira okla.. jahatkan saya? Hihi

      Delete
  17. Rasa mcm dah komen.....
    Belum publish ke sebab orang disana bizi ke?
    Okje tengok pun dah tahu sedap....sebab orang menggoreng tu goreng dengan penuh semangat pagi semalam....kan...kan...

    ReplyDelete
  18. Bag ni? Hihii ada nada risau di situ, Alhamdulillah ada isteri rajin buatkan bekal. Saya ni lately paksa jer papa JJ bawak apa yang ada, dia pun pasrah. Kekadang bawak sardin setin ngan roti sebab saya penat nak masak, kesian dia.

    ReplyDelete
  19. bertuah papa N dapat isteri yg rajin memasak,siap dpt bawa bekal lg, akak sekarang ni buat bekal utk anak2 je, tu pun nugget je hari2 ikut yg anak nak

    ReplyDelete
  20. nampak sedap juga nasi goreng akak ni.. org laki payah nk pakai warna pink. kwn nina ckp nmpk jambuuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1