Makin nak cuti makin banyak keje

Biasanya saya kalau nak balik ke kampung sendiri, beberapa hari dah mula kemas barang. Kali ni, nak balik kampung Pasir Mas juga, tapi belum kemas barang satu pun lagi. Kerja banyak weh. Tok dan nok duduk elok pun kalu duk sekolah wei. Berpinar mata ni tengok sambil pikir pasal jadual waktu dan kerja lain.

Selama ni jadi guru pembantu buat jadual waktu, kerja saya tampal dan edarkan jadual yang dah siap je. Pentadbir baru ni, dasar pun lain. Beliau panggil saya supaya terlibat sekali dalam pembinaan jadual waktu baru. Barulah rasa macam alahan mengandung lagi. Haha.. patutla pening ya, macam-macam nak kena fikir masa buat. Mulalah risau, kalau saya jadi ketua(kot-kotla ketua sekarang dapat pindah sekolah), habisla tak masak, tak senyum, tak kemas rumah dan tak buat apa-apa sehingga siap jadual waktu saya.

Kata sibuk ya, sempat pula merepek kat sini. Ok, semoga para ibu yang menanti keputusan SPM anak-anak kesayangan tu akan tersenyum lebar ya nanti. Saya doakan semua berjaya...dengan cemerlang.

Comments

  1. hehe..kan!tak sempat nak duduk

    ReplyDelete
  2. pasni leh cuti puas2 la kak...hihi.

    ReplyDelete
  3. ish..ish...sampai gitu sekali?senyum jgn xsenyum,cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....cita2 je lebih.. saya ni mmg jenis banyak senyum.

      Delete
  4. Oh, nak balik bercuti di kampung ke? Seminggu terus berehat di kampung ke AN?

    Bila nak cuti tetiba kerja banyak memang biasalah tu, AN. Kita pulak bila nak cuti memang mood kerja tu dah merundum. Masa tulah tetiba kerja jadi menimbun minta disiapkan. Tension kadang-kadang. Saya pulak esok hilang dari radar alam maya sbb office saya tutup kerana 'Vernal Equinox Holiday' di Jepun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takla lama, balik beberapa hari je..

      memangkan, di saat nak bercuti ni banyak pula kerja yang dapat. . Otak mulalah rasa payah nak fokus kalau mood cuti dah melanda..

      sslamat bercuti MD

      Delete
  5. gituler kalau dah terpaksa buatkan.. banyak benda nak difikirkan...

    ReplyDelete
  6. Selamat bercuti
    Besar pengorbanan guru2 kita :-)

    ReplyDelete
  7. haah la dah nak cuti sekolah kan,bestnya dapat balik kg, inshaAllah ada rezeki nanti dpt la aisy jadi ketua...hehehe tp jgn tak senyum pulak...senyum je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nak saya jadi ketua. Kalau boleh biar diarah je dgn orang.. kurang beban.

      Delete
  8. Takpa biar sibuk sekarang setel semua, baru la dapat bercuti dengan hati tenang.

    ReplyDelete
  9. bykkn bsbr ya Aisy..

    sy pn rancang blik kg Aisy..dah siap kemas pakaian dlm beg besar..skali ank blik dr skola kata ada kelas tmbhn..kna tunda hr lg ctranya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. tak pe tunda, jangan tak jadi kan?

      Delete
  10. sibuk mcm mana pun, merepek kat blog tu perlu utk hilangkan stress…. lebih kurang terapi jiwa gitu…. yer tak? hihihi

    ReplyDelete
  11. Nampaknya dah dekat nak jadi guru beso tu hehe....
    Banyak sangat kerja ke? Siannya lahai mama Naim Nazif ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mana mungkin petanda dekat nak jadi guru besar kalau dpt keje banyak ni. Guru besar mana buat keje remeh, dia tahu mengarahkan je....
      tak masuk dlm cita2 pun nak jadi pentadbir, saya kalau boleh nak jadi cikgu biasa je...hihi..

      apa pun dah mula cuti. Hooorey

      Delete
  12. sesibuk mana pun blog sempat gak update..baru la namanya sygkan blog..sy ni seminggu terbiar sepi..konon nk bercuti tanpa gangguan la sgt.huhu

    ReplyDelete
  13. kalau jd ketua, itu rezeki tp terpaksa korbankan masa2 yg lain. entah2 blog pun akak dh xjenguk.. huhu.. alhamdulillah thn ni ramai bdk spm cemerlang. kazen sy pun juga.

    ReplyDelete
  14. jangan la sampai la x senyum kak hihi
    kalau ghope tu mmg dah sibuk sgt ler tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts