Orang lain diet atkins, saya?

Seronok mendengar khabar pasal aktiviti kokurikulum minggu ni dibatalkan kerana jerebu, saya cepat-cepat sediakan bahan untuk buat capati. Dah berapa lama beli tepung attar ni, rasanya dah sebulan setengah, tapi  buatnya baru sekali.

Entah apa motivasinya pagi ni,  yang pastinya terasa nak makan capati dengan kuah kuzi. Cepat-cepat bancuh tepung atta dengan air suam bergaram. Sementara menunggu tepung tu rehat sebentar, saya sempat tanda buku. Mula rasa berbelah bagi nak buat kuzi ke tak. Buku angkut balik beriya-iya. Sempat tanda sikit je..

Tapi, alang-alang dah siap uli tepung tu, saya buat jugalah. Kuzinya, saya bancuh rempah kuzi yang dah tinggal sikit dengan sos cili dan sos tomato, dagingnya, patty daging kambing yang ada berbaki lagi 2 keping. Tumis dalam pemanggang ajaib dan tinggalkan mereneh sambil saya bakar capati di sebelah. Bila dah siap capati, buka tengok kuzi dah kering...tapi, saya memang suka jenis kuzi kering dan agak pekat macam ni. Kalau nak makan dengan nasi memang lagi sesuai kalau berkuah. Ni nak makan dengan capati, memang sesuailah..

Lain kali nak cuba versi tepung atta tambah tepung gandum pula..kata Kak Ja kalau campur akan lebih lembut hasilnya..

Bawa sebagai bekal ke sekolah sikit. Dah kunyah 3 keping capati, saya terbaca mesej whatsapp lagi, seorang kawan bagitahu berkat diet Atkins, dia dah turun berat sebanyak 3 kg. Gulp... telan air liur kejap.. haha.. capati ni sihat apa? Teruskan bagi yang diet ya. Ada petua kempiskan perut dengan mudah, jangan lupa bagitahu saya ya..

#stillpray4MH370..

Comments

  1. sy x nak kurus.. cuma nak kempis perut je..hi..hi;)
    eh capati tu bakar ke? dah kurang kolestrol tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa..samalah. jomla share cara nk kempiskan perut. Tak makan nasi sehari boleh menggigil rasanya. Tu yg perut tak nak kempis.

      Delete
  2. atkin mmg menjadi bg yg kuat semangat
    tp mcm saya, huhu...
    kempis perut?sy berminat
    #laju2 angkat tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.
      nak join tapi tak kuat semangat..
      tu yang buncit perut waalupun tak gemuk

      Delete
  3. saya tolak batu dan kayu je:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah.. tahu la kurus n kempis je orang tu...

      Delete
  4. Salam.. Hehe capati bkn gemukkan pun kan? Nmpk sedap kuzi tu. area selangor ni xde eh jual rempah tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasar besar dekat rumah LM tu ada jual rasanya. Tapi kalau pasar stadium shah alam hari Ahad pasti ada jual

      Delete
  5. Capati sihat la.. tak berminyak kan, makanan ruji arwah my dad jugak ni everyday mencapati dulu hehehe, tapi my mom mesti gu kan dengan dalca, the best huhuu sedapnya. Errr petua nak kempis perut yer, orang kata kena rajin buat exercise, tapi saya dulu setakat buat kerja umah mop ngemas pun dah boleh kempis dah.

    ReplyDelete
  6. capati mmg sihat..lebih baik diet sihat dr atkins..sy pernah cuba tp mungkin tak ngam dengan diri sendiri..lebih baik diet seimbang,buat senaman..skang dh ada anak kecik tak dpt la nak keluar senam..senam dengan afia je sambil buat keja smbil dukung dia.hehe

    petua kempis perut ni byk..cer google..tinggal rajin dengan tidak je nk buat..:)

    at least pernah jugak AN buat capati ekk..sy tak pernah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. itulah pasal.. tak rajin sebabnya..nak kempis kemain tapi usaha idak..siapalah tu?

      Saya buat baru tiga kali je.m hihi

      Delete
  7. Wah rajinnya bt capati..suka sgt ni, btnya mls...

    ReplyDelete
  8. nak kempiskan perut bgn pagi buat sit up kak.hihi.

    tak pon sambung pakai bengkung sapu limau nipis + kapur
    sy tgk kak ipar masa bpantang buat betul2 skrg ank dh 4 tapi perut maintain je

    ada lagi x capati, nak sikit, boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benkung bagai.. hihi.. malas tu. Penah buat tapi rasa gatal2 pedih, tak tahan.

      Delete
  9. ekoran jerebu banyak aktiviti yg di tangguhkan buat sementara waktu,nak2 melibatkan suka kan AN ?

    rajin tu buat capati..saya baru sekali merasa capati ni bersama ayam tandoori..
    nak diet sesuai banget makan capati because tak berminyak kan..

    ReplyDelete
  10. OKje ada tepung Ata kat dapur tu AN....dah lama beli tp tak berbuat hehe.... .
    Memang teringin nak diet..... tp tak kuat iman...acaner tu hehe...
    Kalau dah makan capati hari hari macam ni....nampak gayanya tambah kuruslah awak lepas ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... jangan la puji melebih.. saya buat kali ketiga ni lepas sebulan.. hihi. Entah bila pulak nak buat lepas ni. Cita2 je lebih.

      Delete
  11. IbuNoey pun ada tgk diet cara Atkins ni.macam best jer.nak ikut juga tapi IbuNoey tak boleh buat dari step pertama sebab tgh breastfeed kan..

    nak kempiskan perut?kena selalu buat sit-up. lagi satu,elakkan makan malam.hehe..itu yg IbuNoey google la.tapi tak buat pun..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis..suami jenis kena makan nasi malam..macam mana isterinya nak tgk je nasi n lauk?

      Delete
  12. Hahaha... lepas wallop tiga capati baru baca whatsapp kengkawan pasal diet, ya? Itu standardlah AN. Kalau baca hal-hal diet ni sebelum makan rasa macam bersalah aje nak makan. Lebih bersalah lagi rasanya kalau takda sapa nak makan makanan yang ada. Untuk elakkan pembaziran kenalah kita juga yang makan walaupun siang malam pagi petang dok komplen kat Hubby camnalah nak susut perut. ...hahahaha....

    Bak kata HD - kalau rasa nak diet sangat, makanlah lepas tengah malam. Tak payah tidur. Selagi hati senang, buat ajelah. Nanti dah tak senang hati, merana kuruslah badan nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah... ganas pulak cara tu.. makan kul 3 pagi dan tak payah tdo ya?

      Betul.. tanda2 senang hati sebenarnya orang yang berisi ni..

      Delete
  13. tak pernah diet akak nih,bedal je apapun.

    sedap la capati tu,tak pernah buat sendiri,teringin la pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kurus je...mmg tak patut diet..nanti tak larat nak dukung anak

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts