Selesai salah satu tanggungjawab

Alhamdulillah semalam selamat buat majlis akikah untuk Ahmad Nazif. Duduk melayan kerja-kerja PBS tak sempat nak buat entry ni semalam..Majlis ni sebenarnya gabungan dua orang, Nazif dan Alia, sepupunya. Alang-alang umur lebih kurang sama, kami setuju nak gabungkan majlis ni supaya senang sedara mara nak datang..

Lokasinya di rumah mak mertua, Temoh Perak. Di sini majlis akikah ni meriah betul, ada panggil kumpulan marhaban, dua jam Nazif kat atas bakul sementara siap bacaan oleh kumpulan marhaban ni. Masa Naim dulu pun buat kat sini, tertunggu-tunggu saya bila nak siap marhabannya, maklumlah kat Kelantan tak ada buat gini. Rupanya dua jam baru siap.

Berdua Nazif dan Alia dimasukkan dalam bakul untuk majlis akikah ni.. Sepanjang dua jam Nazif diam je duduk dalam bakul ni tapi dia tak tidur pun, tapi bila bakul ni tak ditarik, terus menangis meraung dia. Sepupunya lak, baik je, tidur sepanjang dua jam tu..


Mamanya ambil peluang masukkan keputusan dalam sistem PBS sementara tunggu majlis marhaban selesai. Kerja tetap kerja, baru senang hati nak bercuti.

Nampak beza besarnya budak lelaki 3 bulan lebih dan budak perempuan 24 hari.. Suka betul Nazif duduk dalam bakul ni. Dah petang pun saya  masukkan lagi dia ke dalam bakul dan tarik perlahan-lahan untuk buat dia diam kat dalam.

Selesai tanggungjawab buat akikah untuk anak kedua ni. Seterusnya kena jaga anak baik-baik sepanjang kehidupan. Ini yang lebih berat bebannya. Semoga anakku Ahmad Nazif ni akan jadi anak yang soleh, sihat, pintar, rajin, cergas dan menghormati orang lain.

Comments

  1. Assalamualaikum Aisy Nasiha,

    Syukur Alhamdulillah....Semoga Ahmad Nazif menjadi anak yang baik...

    ReplyDelete
  2. Amin...
    kalau belah perak, mmg meriah majlis akikah, kan? Bukan main meriah lagi bayi diraikan dgn majlis tu...
    Sempat lagi mama key in markah dlm PBS... mmg cikgu kena byk2 sabar dgn PBS ni...

    ReplyDelete
  3. sempat lg buat keje tu..hehe

    p/s..hari tu lepas makan tu bukan akak tak bayar tp lupa nak hulur duit kat family mentua utk bayar harga makanan..sebenarnya nak share..hehe

    ReplyDelete
  4. a'aa biasa kat perak meriah kan.. ada naik buai.. :-)

    ReplyDelete
  5. berendoi sakan Nazif ye...
    PBS...heheheee..semua orang dok kalut ngn menda alah tu..kan....aduyaiiii... Takpelah..kita ni yang sentiasa menurut perintah...:)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tido dlm buai tuuu...
    Meriah majlis. Kalau kami kat sini hanya buat makan2 kat surau je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Perak mmg macam ni, di Kelantan pun tak buat macam ni,,

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts