Cabaran bersiar-siar dengan anak kecil

Assalamualaikum.
 Sebenarnya saya tak berapa ada ilham nak menulis. Dengan kepala berat dan hingus yang meleleh ni, terasa nak baring aje. Ni semua hasil seminggu bersiar-siar..

Dengan cuaca yang tak menentu di tempat-tempat yang berbeza, kami satu keluarga balik sini dengan selsema. Ni cabaran yang utama kita kena hadapi bila bawa anak-anak keluar. Seminggu meronda sana sini, bila balik rumah, diri sendiri dan anak-anak demam, tak syoklah kan? Tapi apa nak buat, penyakit datang kita usaha dengan berubat je lah.

Cabaran yang kedua, bila nak bercuti dengan anak kecil ni, barangan yang kena dibawa memang banyak. Aritu, sepupu suami saya tegur barangan kami macam nak balik kampung sebulan.. Kami gelak je sambil cakap dengan dia, " nati dah ada anak u tahulah macam mana keadaannya". Apa taknya, baju budak kena banyak, takut kotor. Tambah lagi pampers, carrier, makanan dan mainan diorang, memang lebih separuh kereta terisi barangan untuk anak je.

Lagi, bawa anak bermakna memang kena awasi diorang sepanjang masa. Lagi-lagi musim cuti sekolah ni, kat mana-mana pun memang ramai orang. Budak sebaya Naim memang tak duduk diam, mama dan papanya memang tak senang duduk untuk kawal dia. Payah le mak ayah nak makan suap-suap bila macam ni.

Lagi, kalau anak korang nakal macam Naim ni, kenalah buat muka tebal bila keluar macam ni. Masa makan dia buang sudu garfu dan makanan ke bawah. Kalau tak kena moodnya, dia menangis. Tu tak ambil kira lagi Nazif dan belum jalan dan nak kena dukung je.. Lagi mencabar bila kedua-duanya buat hal pada masa yang sama.

Apa pun, kalau tak ada kesusahan dan cabaran, takkan kita bergembira kan? Bila difikirkan seronok tentu ada yang merasa lebih baik melancong tanpa bawa anak-anak yang kecil. Tapi bagi saya,  daripada rindukan anak dan risau keadaan mereka, lebih baik bawa diorang bersama walaupun mungkin banyak cabarannya,

Comments

  1. ohoo..dah 2org anak ke? (nampak sgt 1st time dtg sini..hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, cikgu... baru 2 orang setakat ni..
      lain kali datang lagi ye..

      Delete
  2. lagi mencabar kalau xde anak kakkkkkkkkk T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... tak de anak pun mencabar juga ye.. tak da yg 100% senanglah nampaknya..

      Delete
    2. kannnnnnn ;p segala nak mencabarrr aje. ;p

      Delete
  3. a'aa bg saya, xkisah lah byk brg ke ank buat perangai ke.. janji saya g kuar, bwk ank.. kalau xnk bwk ank, sy rs, lbh baik saya pun xpayah kuar... nanti kalu kuar duk susah ati tingat ank.. hih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Gmbira tnpa anak tak lah gembira namanya..

      Delete
  4. memang agak cerewet sikit jadinya kan...banyak perkara yg kita perlu sedia dan bawa bersama...bekalan untuk anank kecil... tu belum kira kalau dia orang renyah dalam perjalanan lagi.... Tapi biasa lah perkara macam tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts