Cuma pinjaman

Ada anak kecil ni memang detik-detik yang mencabar bagi saya. Mengetahui anak-anak adalah pinjaman daripada Allah, terasa berat beban di bahu. Dapat ke anak-anak yang dilahirkan ni dididik menjadi anak-anak yang soleh?

Bila ibu bapa yang dah semakin bertambah usia selalu tak sihat, saya sering merasa susah hati. Bimbang sesuatu berlaku. Bimbang Allah akan ambil diorang bila-bila masa sahaja. Namun jika itu takdirnya, siapalah saya untuk membantahNya...

Jumaat  menjelang lagi. Semasa masih bersekolah, hari Jumaat ni satu hari yang menakutkan bagi saya. Setiap kali menjelang malam Jumaat, saya berdoa semoga jika esoknya ditakdirkan sebagai hari terakhir, semoga Allah menerima amalan dan taubat saya. Betapa patuhnya saya sebagai remaja kepada pesanan Ayah tentang kedatangan hari Qiamat pada hari Jumaat.

Sesungguhnya apa yang ada pada kita cumalah pinjaman dari Allah yang Maha Kaya..

Comments

  1. betul tu..kdg2 takut akak memikirkannya,tp semua itu pasti berlaku..moga segala amalan kita diterima

    ReplyDelete
  2. betul tu dikkk
    harap2 kita sentiasa di berikan kesempatan dan dpt memperbaiki diri .. aminnnnnn

    ReplyDelete
  3. InsyaALLAH .. moga kita jdi ibu bapa yg dapat memikul amanah ALLAH...dapat menuntun anak2 mengikut syariat dan aturan islam...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1