Diluah mati mak ditelan mati bapak

Saya macam rasa ramai di kalangan rakan saya yang sedang sedih dan tak tenang sekarang ni.. Entah apa sebabnya, di FB banyak kawan saya update status sedih.

Kalau di saat korang sedih atau hati tak tenang, banyakkan berdoa pada Allah dan minta pertolongan daripadaNya. Kalau di saat tak boleh solat, korang boleh je berzikir yang mana mudah, tak semestinya zikir yang panjang pun. Allah ni Maha Pengasih, asalkan kita nak mohon padaNya, insyaAllah masalah kita boleh selesai. Kalau diluah mati mak ditelan mati bapaklah situasinya, diam dan banyak berdoalah penyelesaiannya. Tak mungkin sekelip mata akan dapat selesai masalah bila berzikir atau berdoa tapi ketenangan akan kita dapat.

Seterusnya korang kena pentingkan diri. Di situasi ada krisis korang janganlah sesekali mogok tak makan sebab korang pula yang sakit nanti. Jangan pula nak alih perhatian daripada masalah dengan makan banyak-banyak, tak patut tu. Kalau diri kita terjaga takkan berpanjangan masalah yang kita ada.

Kemudian, di saat kesedihan tu, selalu kenangkan perkara yang lebih buruk korang pernah alami. Macam saya sekarang, bila ada susah sikit selalu saya akan ingatkan diri tentang pengalaman bersalinkan Naim, 23 hari di hospital yang tak mungkin orang lain faham kesengsaraannya.. Bila fikir tentang tu, saya dapat motivasi sendiri bahawa tak ada perkara lain yang saya tak boleh tempuh selepas ni. Kalau korang sebelum ni tak pernah alami pengalaman yang benar-benar menguji diri, mungkin boleh bandingkan pengalaman umat Islam di Palestin yang menderita...

Saya tahu saya bukanlah banyak pengalaman nak berceramah, tapi semoga dapat beri sedikit perkongsian...

Comments

  1. Assalamualaikum Aisy Nasiha,

    Perkongsian yang amat baik...
    Betoi tu Aisy Nasiha..Perbanyakkanlah berzikir pada Allah tak kiralah masa mana pun terutama sekali bila hati kita tak tenang dalam kesusahan.....sentiasalah ingat padaNya..pasti hidup kita akan ceria....

    ReplyDelete
  2. ya betul..di kala bersedih ingatlah padaNYA
    baru2 ni pun sedih yang amat sangat..
    tapi mungkin itu adalah dugaan dari Allah..

    (Aisy komen u x sengaja terdelet sorry ye..sudi jengguk lg)

    ReplyDelete
  3. Kalau kakak sedih kan Aisy, suamilah tempat mengadu. Kalau dah luahkan rasa adalah sedikit ringan. Makan memanglah tak selera dah kata sedih. Tapi itulah macam kata Aisy jgn ikutkan perasaan.. ada yg lebih sedih dari kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain org lain cara. Bgus bgtau suami dulu sb kita tgjwb dia..

      Delete
  4. sy skrg kalau sdih, 1st akan cr hubby dulu cite apa mslh...

    ReplyDelete
  5. salam
    DIA memberi ujian pada hambaNYA yg mampu menghadapi...jika diterima dgn ketabahan,pasti pahala menanti...

    ReplyDelete
  6. selalunyer klu lini sedih atau de masalah susah nk kongsi ngan org lain....selalunyer lini akan diamkan diri, rasa nak tido sepanjang hari..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...dgn sokongan kawan2(walapon tak penah jumpa) akak dpt hilangkan rasa sedih tu..akak biasanya akan sedih sehari dua je..lepas dah lupa semuanya..akak ok balik,taknak fikir masalah lama2..
    ye la sedih..bila selalu disalah anggap oleh org lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. brtul.. sedih lama2 xelok..

      Delete
    2. Elok lah kalau cam tu Lah..jangan sedih lama2 sangat..anggap tu semua ujian hidup..penyeri hidup...warna2 kehidupan...ha apa lagi...:)

      Delete
  8. saya kalau down or rasa sedih ke apa ke, saya akan dengar lagu Dewa - Hadapi Dengan Senyuman..dok ulang la lagu tu lama2..:)

    ReplyDelete
  9. sy kalau ada masalah..sy akan menangis.....sepuasnya
    pastu tido..bangun je..rasa lega..
    anyway..nice info :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1