Bila budak tembam keluar jalan-jalan

Nazif memang jadi tumpuan orang yang dijumpainya. Setakat sebelum ni, memang ramai yang tegur dia tembam dan geram nak cubit pipi dia. Malah saudara mara yang terdekat memang ramai yang  cubit pipi dia. Adik saya pula berkali-kali menyatakan Nazif dah makin comel, tak seperti yang dia lihat masa dalam pantang dulu..

Antara pengalaman yang melucukan sepanjang minggu lepas ialah semasa saya ke pasar di Pasir Mas, ada seorang makcik tegur yang Nazif ni tu'buh. Suami saya yang berasal dari Perak ni beriya-iya menyoal apa maksud kata-kata makcik tu. Gelak je saya sepanjang perjalanan balik. Kalau istilah tu'buh di Kelantan ni maksudnya badan bayi yang tembam atau berisi..

tengok jelah pipi dan lengan Nazif tu

Pernah juga bila saya bagi tahu yang Nazif ni usianya baru 3 bulan lebih, ramai yang buat terkejut. Ada yang tanya samaada Nazif dah diberi makan bubur. Katanya dah macam budak lima bulan. Dengan badannya yang berisi serta nampak keras, dia memang nampak matang dari usia sebenarnya. Pernah saya rasa nak je tipu, kalau orang tanya, nak cakap yang Nazif ni dah lima bulan. Namun saya ambil perkara ni dari aspek yang positif. Bak kata akakku, Kak Ja, anak akan sihat kalau ibu jaga pemakanan dan senang hati.

Lagipun apa nak risau, dia tembam pun sebab mimum susu je. Bukannya saya ada bagi dia makan yang bukan-bukan lagi.. Mana tahu bila Nazif dah mula jalan nanti dia akan kurus lak.

Comments

  1. sy paham mksud tuboh sbb trg pun pggil tuboh gak.. hihi

    a'aa kan, sy tgk ada je baby yg minum susu ibu ni tuboh.. tp org sellau duk sgka kalu bbay tuboh je, dah bg makan or bg susu fm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg tak tahan tu... ramai yg sangka budak tuboh ni tak cukup dgn susu je..padahal usia 3 bln tak sesuai lg bagi makanan

      Delete
  2. salam..bambamnyeeeeee
    kalau ibu mkn benda berkhasiat anak2 sure bambam.anak2 LM smua bambam masa kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, mmg bambam pun.. harapnya dapatla myusukan nazif ni dengan baik..

      Delete
  3. mmg bambam..yg penting nazif sihat..mcm anak buah akak le,minum susu mak dia je tp sihat bukan main,tp bila dah mula jalan & lasak dia kurus lak

    p/s...belajar buat blog yg simple je diorg ajar..hihi

    ReplyDelete
  4. first time akak dgr perkataan tu'buh..arwah bapa akak dulu pong asal Pasir Mas..hehe
    meme tu'buh lah budok ni..come sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana kg arwah ayh akak tu? Kot kenal
      .

      Delete
  5. bayi kalau minum susu je memang betubuh.nanti dah start lasak susut la sikit badan nya.asal jangan gemuk sampai besar sudah la..kesian nanti nak sekolah kawan2 ejek..

    ReplyDelete
  6. hahaha, jenuh la makcik tu nak explain tu'buh... lagi satu kena cakap, atap utk baby yg berat... yg tu pun saya baru jer tahu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..atap pun guna jg untuk baby.. Bgus jg nur, tahu byk istilah kelate.

      Delete
  7. Wah Nazif...memang bam bam yer...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1