Jurnal Syukur Hari ini @ Alhamdulillah

Sebelum tidur, saya nak tulis satu entry lagi tentang syukur hari ni.. Ambil nasihat Dr Muhaya..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sebab telah menolong berikan kesembuhan kepada anakku, Ahmad Naim..

Naim dah tiga hari demam panas sebenarnya. Hati mama mana yang tak risau kalau demam anaknya tak kebah-kebah. Hari Selasa, kemuncaknya susu pun Naim tak nak minum dan dia tak aktif macam biasa, monyok je...

Sejak balik dari kampung hari Ahad yang lalu, Naim mula panas badan, selsema dan batuk. Memang pakej la sakitnya kali ni. Batuk cepat je hilang, hari semalam dah tak dengar Naim batuk, tapi yang buat saya risau ialah panas badan yang tak berkurangan pun walaupun diberikan ubat dan antibiotik. Setiap kali tuam dengan tuala sejuk pun tak banyak berkurangan panas badannya.

Petang semalam akhirnya kami bawa Naim ke klinik buat kali kedua. Doktor bagi Naim ubat yang dimasukkan ke punggung sebab suhu badan Naim tinggi sangat. Selain itu, antibiotik juga ditukar sebab disyaki Naim ada alahan antibiotik sebab badannya naik ruam dan dia kena berak banyak kali sedangkan sepanjang sehari Selasa tu dia cuma makan kentang goreng sikit dan susu tak habis sebotol pun.. Air kosong pun sikit je dia minum.

Nampaknya ubat yang dimasukkan ke bontotnya dengan kombinasi antibiotik baru ni berkesan. Saya juga bagi Naim minum air kelapa untuk sejukkan badan dan bacakan banyak doa Nabi Nuh sambil usap kepala dia, terutamanya waktu letakkan tuala sejuk ke kepala dia..Alhamdulillah, Demam Naim makin kebah dan menjelang malam ni aktif betul dia. Main macam-macam dan badan banyak berpeluh..Siap minta kentang goreng dan pisang lagi.. Rela mamanya goreng kentang ni dua kali sebab Naim nak makan.

Semoga anak-anak kesayangan mama akan sentiasa sihat..

Comments

  1. Alhamdulillah, anak sihat baru kita pun senang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, anak meragam kita tak senang hati, rela kalau kita yg ganti sakit..

      Delete
  2. Salam Sis. Jangan risau2, bagi makan ubat. Semoga cepat sembuh.

    Saya nak invite semua reader untuk menyertai 1st Giveaway Blog Qashmere

    Banyak hadiah-hadiah menarik menanti. Cepat jangan lepaskan peluang.

    Take Care

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bagi ubatnya td walaupun tgk demam mcm dah kebah..sj berjaga2

      Delete
  3. syukur alhamdulillah..
    moga si kecil trus aktif lps ni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. baru lega sikit Mamanya kan.
    Demam nak pandai la tu.. (copy paste kata2 my MIL).

    ReplyDelete
  5. wah sempat lg menulis sebelum zzz

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh ye naim....acik tau Naim anak yang kuat....Anak lelaki mesti 'gagah'.. :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... lega kan bila ank dah sihat...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..naim dah sihat..
    adam tu masih batuk2 & kadang2 muntah lagi..
    memang kita risaukan bila anak2 tak sihat

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts