Malaysia negara ke-8 paling bahagia

KOTA KINABALU — Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara, melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara maju lain.
"Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38.
 
Tu yang kosmo paparkan hari ini.. banggalah kita kalau diiktiraf macam ni kan? Tapi setakat mana indeks bahagia ni dinilai ? Apa perkiraan yang diambil kira? Bahagia ke kita kalau ada di kalangan kita yang lebih mengagungkan orang lain daripada keluarga terdekat? Kalau dengan ahli keluarga terdekat, banyak kutukan yang diberi sedangkan untuk orang lain apa sahaja sanggup dibuat, bahagia ke macam tu..

Apa pun semoga Allah merahmati insan-insan yang mengabaikan keluarganya..semoga diorang akan berubah akhirnya. Kita nak Malaysia betul-betul bahagia seperti yang diiktirafkan oleh Indeks Kebahagiaan. Semua kena memainkan peranan masing-masing, bukan sekadar tunjuk menunjuk dan salah menyalahkan sahaja..


Jom tengok foto-foto kebahagiaan..... di majlis akikah Nazif dan Alia.

nazif sempat jeling pada kamera tp tangan tak lepas pegang Alia

Atuk, Pak Long dan Opah Ndak yg masak makanan kenduri


 

Comments

  1. haa tu la, camne dorg nilai ek..

    ReplyDelete
  2. meriahnya..

    sila emailkan nama & alamat sebagaimana entri ini

    http://mimialya1.blogspot.com/2012/11/keputusan-ga-khas-buat-peminat-fridge-2.html

    ReplyDelete
  3. comelnya bebudak tu...

    geram tgk...

    ReplyDelete
  4. Kalau takat carta dari sample yg diambil dari yg mewah-mewah dan tak ada masalah bolehlah dapat rating baik. Cuba buat sample menyeluruh setiap negeri kakak tak yakinlah Aisy..

    ReplyDelete
  5. tangan tak lepasssss tu kakk. ;))

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah
    keamanan inilah yg paling kita nak ;)

    ReplyDelete
  7. hairan kerana masih ramai yg tak menghargai 'kebahagiaan' yg dinikmati...

    ReplyDelete
  8. hairan gak.mcm mana diorg nilai ni.mcm susah skit nak caya sebenarnya.kebahagian blh di nilai yea..huhu

    ReplyDelete
  9. nilai kekeluarga masih kuat di Malaysia kan... alhamdulillah... smoga kbhagiaan trs mjadi milik kt semua

    ReplyDelete
  10. bersyukur dengan kebahagian yg dimiliki skrg.... semoga kita terus peliharanya

    ReplyDelete
  11. insyaAllah..moga kita terus bahagia hendaknya..
    amboi nazif..pegang awek tak lepas ye...cumil2

    ReplyDelete
  12. Amboi nazif ngn alia..sempat lagi pegang2 tangan yer...heeeeee..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1