Power bank memudahkan kita

Assalamualaikum semua... apa khabar?
Masuk kerja tiga hari ni memang sibuk betul. Balik semalam saya terasa macam nak demam je.
apa taknya, dah la pergi awal sebab mengadakan kelas tambahan untuk murid,
waktu lain pulak kena buat macam-macam sampai tak ada langsung mana nak rehat.
Apa lagi masa untuk pam susu, sehingga petang semalam baju saya pun dah basah
kerana breast dah bengkak..
Mujur juga baju tu cepat kering , taklah
malu masuk ke kelas..
 
 
Di tengah kesibukan ni,  sampai terlupa
nak cas telefon.
Mujur juga ada power bank.
Benda ni memang memudahkan kita,
untuk cas telefon kini boleh di mana sahaja, tak perlu berada di
tempat yang ada elektrik pun dan tempoh cas juga lebih singkat bila
menggunakan power bank ni.
Untuk sekali cas penuh, power bank ni dapat mengecas sehingga 4-6 kali
telefon bimbit, bergantung kepada jumlah kuasa yang ada pada power bank yang digunakan.
 
untuk pengetahuan korang, power bank ni didatangkan dengan
beberapa jenis kabel, lagi mahal harganya, lagi banyak jenis USB kabel yang korang dapat..
nak guna untuk pelbagai jenis smartphone pun boleh...
 
Jadi, dapatkan power bank ni untuk memudahkan kita di waktu sibuk.
 
power bank

Comments

  1. semua brand smartphone boleh guna?atau untuk brand tertentu je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya hampir semua brand boleh guna..ada beberapa jenis kabel yg diberi, kalau lagi mahal, lagi byk jenis kabel yg didapati...

      Delete
  2. Eh, mana nak dpt power bank ni? Mmg ade jual ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. fara, kat kedai it dah banyak jual skrg.. rate dalam RM 60 ke atas, mcm2 jenis boleh jumpa, ikut power yang ada..

      Delete
    2. Tumpang promosi kat sini..

      Jika berminat roger MJ ;)

      Delete
  3. ada jual ya.. ? boleh beli ni

    ReplyDelete
  4. saya xpnh tau pun psl power bank.. mklumlah, sy guna hp murah je.. hihi

    ReplyDelete
  5. betul tu aisy akak pun ada satu..tapi kena pastikan sentiasa penuh la powernya...

    hujung tahun ni tentu sibukkan... Sekolah akak pun esok dah ada majlis HAPC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg mcm tak sempat duduk pun skrg kn? Smua nk kena siapkan...

      Delete
  6. akak tak penah tau pun..hehe..
    akak ni mmg kurang bab2 gadget mcm nih..lepas nih kena amik tau jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, mitak en azmi.belikan ni utk akak ye..

      Delete
  7. Wah!. Good news ni utk org yg jenis lupa (malas) nak caj hp mcm I.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sam, kalau tauke mcm u mmg kena ada ni.. Mana tahu nk bt call byk pd pelanggan, kan mudah?

      Delete
  8. tak tau pun pasal power bank...nie 1st time dengar

    ReplyDelete
  9. rasa macam baca iklan lak..
    power bank yerk nama dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mcm iklan? Ada bakat ye.. Saja je kongsi pasal ni dgn korang, bukan bt iklan pun.

      Delete
  10. eh... boleh kakak tak tahu hal ini Aisy. Malunya kakak selalu tertinggal bab gadget baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, benda ni mmg agak baru lagi. Saya pun tahu bila tgk ada kakak yg bli, sblm tu xtahu pun.

      Delete
  11. aah lah akk pun x tahu pasal power bank nieee
    1st time dgr jugak nie ;)

    ReplyDelete
  12. cmni eh power bank..tk pernah guna lagi

    ReplyDelete
  13. tak tahu plak pasal bnda ni ^_^

    ReplyDelete
  14. first time tahu. saiznya macam handphoe jugak ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha btul, saiznya mcm hpone juga..xberat nk bawa pun

      Delete
  15. MJ ada gak power bank ni, memang berguna di saat kecemasan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa berminat nak membeli Power Bank, boleh inform MJ..

      MJ jual dengan kapasiti besar, harga dalam RM 90-RM120



      p/s : Tumpang promosi :D

      Delete
  16. Salam pagi Jumaat Cikgu..

    Singgah bertanya kabar.

    Bermacam2 jenama gajet di pasaran sekarang ni..

    **nokia sabun 99 hEngget masih di simpan. Hahah

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1