Jangan tidur lepas subuh kalau nak awet muda!!

Ha, angkat tangan siapa yang nak awet muda? Mesti semua pun nak gitu kan? Nanti takke bangga kalau tetiba terjumpa kawan yang dah lama korang tak jumpa, dia tegur korang tak berubah pun muka sejak dari dulu. Lagi kembang hidung korang tu kalau kawan tu direct cakap, " wei, ko awet mudalah, tak nampak macam 30 tahun pun".. ha, tu satu contoh situasi..

Petua awet muda yang saya nak kongsikan hari ini ialah korang kena bangun awal setiap pagi. Maknanya kena bangun solat subuh awal dan jangan tidur lagi selepas itu untuk kekal awet muda. Kemudian, sebelum solat tu kena bersihkan diri, kena mandi dulu. Sebaiknya mandi pagi ni dengan air biasa, bukan air panas.

Amalan ni bukan sahaja untuk awet muda tapi Allah pun suka korang beribadat dengan diri yang bersih, kan bagus tu. Amalan ni moyang saya yang praktikkan sejak dari muda. Mengikut kata Kak Ja saya, moyang saya ni semasa hayatnya memang kulitnya bersih, lembut macam kulit bayi dan kurang kedut walaupun dia meninggal pun usia dah hampir 90 tahun.

Jadi apa lagi, mulakan dari sekarang.. Jangan ingat hari minggu korang boleh nak membuta sampai ke pukul 12 tengah hari....Lagipun kalau bangun awal ni bagus. Murah rezeki korang nanti.

Comments

  1. as salam

    nabi bangu seblom subuh kan..tp tu lah waktu yg berkat mcm tu berat sangat dugaannya...yang penting jgn tertinggal solat subuh,..insya Allah

    ReplyDelete
  2. mmg mandi sblm solat subuh..kalau tak ,rasa mcm tak puas...rasa kotor ja..

    ReplyDelete
  3. kalu tidur lepas solat subuh pun rezeki xmasuk gak

    ReplyDelete
  4. betul tu..awet muda dgn murah rezeki insyaAllah..
    smlm penat berjalan x sempat nk update hehe..naik cruise tu diskaun dlm rm5 je hehe

    ReplyDelete
  5. Ha'ah... sapa yg tido lepas subuh, muka akan jadi sembab, tak cun!. Lagi satu, elakkan mencuci muka menggunakan cleanser pd waktu pagi utk mengekalkan kelembaban kulit... dah tghhari baru guna cleanser.. insyaallah kekal muda.

    ReplyDelete
  6. terima kasih tips ini.. dah tak boleh buat ni. Rezeki pun boleh jauh jika tidur lepas subuh..

    ReplyDelete
  7. tq for sharing..
    ptt la org2 tua dulu2 sentiasa segar & awet muda kan

    ReplyDelete
  8. alamak??ni la tabiat anak dara...hohoh

    ReplyDelete
  9. siapa yg tak mau awet muda. heheee

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1