Jeruk kulit cempedak

Hari ni saya belajar buat jeruk kulit cempedak. Biasanya tahu makan buah cempedak dan cempedak goreng je,  hari ni dapat ilmu baru dan pengetahuan baru.

Macam dalam gambar tu, korang kena kupaskan bahagian luar kulit cempedak. Maknanya lepas makan buahnya, kulitnya jangan buang terus. Selepas kupas kulit luar, masukkan kulit cempedak ni dalam mana-mana bekas yang sesuai. Seterusnya masukkan garam dan air masak sehingga menenggelamkan kulit cempedak tadi.

Selepas empat hari, jeruk ni bolehlah digunakan untuk masak lemak cili padi, menggantikan asam.. Tambah lagi, jeruk ni akan buat masakan kita berbau wangi, macam bau cempedak.. Jom cuba.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

  1. nak cubalah tp kulit cempedak tak ada lagi

    ReplyDelete
  2. pestime akak dengar..sedap ker..?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, huhu, lama saya x pergi kat blog kak, saya klik kat link kak comment post saya dulu tp dia x tunjuk blog kak, huhu, sory sangat, BTW, makin cantik blog kak, jeles >_<

    ReplyDelete
  4. bagus ni...rugi tak amik cempedak byk2 masa blk kg semalam

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....

    Woww baru 1st time dengar kulit cempendah boleh buat jeruk tapikan sebenarnya apabila sesuatu buah boleh dimakan maka kulitnya juga boleh dimakan seperti buah manggis dan kulitnya...banyak kelebihan dan kebaikan...ahaks...Terima kasih atas perkongsian ni ye...

    Anyway MYideakini singgah baca, komen & follow blog sini...

    Dijemput untuk join segmen MYideakini....

    Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  6. first time dengar jeruk kulit sempedak..ada pic tak..kongsi la

    ReplyDelete
  7. akak pun pertama kali juga dengar pasal jeruk kulit cempedak ni..menarik jugakdpt gantikan asam ye..

    ReplyDelete
  8. kalau kulit rambai tu tau la....info baru.... pos sini sket nak rasa...heheee..

    kg akak nun kat KARAK the movie..hihihihihi
    iash..! seram plak wat gelak cenggitu.. :)

    ReplyDelete
  9. 1st time dengaq jeruk ni..

    Menarik jugak, tp nak cuba malas..hehee

    ReplyDelete
  10. pestime dgr jeruk ni...selalu dok mkn buah dia jer kulit terus buang hikhikhik

    ReplyDelete
  11. eh, xpnh dgr lg ni... pelik plak rs

    ReplyDelete
  12. first time dgr ada jeruk kulit cempadak.....

    ReplyDelete
  13. First time dgr.. Mana gambarnye? Nk tengok

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts