Posts

Jagalah hatinya sementara masih ada masa

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah. Semoga ceria hari korang. Saya tengok antara carian di blog saya ni ialah bagaimana nak menjaga hati orang.   Ya juga kan? Memang kita kena fikir fikirkan hal ni. Kita ni hidup bermasyarakat, bukan kera sumbang yang hidup dalam gua atau dalam hutan Royal Belum tu. Jadi, apa sahaja yang kita buat kenala sesuai dengan persekitaran dan agama kita ni. Jangan nak melebih atau berkurang sangat, memang akan nampak pelik nanti. Sudahnya kita juga yang akan susah nak buat urusan harian nanti. Kalau bab hubungan keluarga ni, mudah ceritanya kita jagalah hati insan-insan yang ada di samping kita ni sementara masih ada masa.. manalah tahu esok lusa dah keadaan tak macam sekarang. Mungkin kita yang akan lebih dahulu meninggalkan mereka, dan mungkin juga mereka yang terlebih dahulu akan tinggalkan kita. Kuasa Allah semuanya, rahsia Maha Besar takkan kita tahu bila dan siapa. Jangan sampai esok dah tiba masanya kita menye...

Ubah suai ikut keadaan semasa.

Image
Assalamualaikum semua. Ikutkan hati terasa tak ada idea nak menulis ni. Tapi memikirkan para silent readers blog suam-suam kuku ni, mehla tulis sesuatu. Moga silent readers yang nak belajar tu dapat motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh dan yang sedang nak pam susu tu moga penuhla botol korang sesambil baca entry saya hari ni. Haha, kemain ya intro padahal para silent readers yang saya tahu ni bukan ramai pun, kawan-kawan dan juga anak-anak buah saya je pun. Poyo kan? Haha, asalkan ada seorang yang baca pun dah rasa gembira sangat tau!! Eh, alang-alang teringat pasal pembaca ni, rasanya saya kena tambahkan entry pasal tajuk dalam buku teks BM ni. Bukan apa sebenarnya, sejak beberapa minggu lalu saya dapati ramai pembaca buka tajuk ini dan ini. Bila saya periksa, rupanya ada satu blog akademik yang dah meletakkan link notanya ke blog saya ni. Mulanya saya macam rasa tak puas hati, macam orang curi hasil kerja kita pulak rasanya. Contoh soalan yang ada tu, semua soalan yang s...

10 wasiat Rasulullah kepada anakandanya Saidatina Fatimah Az-Zahra

1 . Darjat " Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu." 2. Khidmat " Ya fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah". 3. Mencuci "Ya Fatimah, seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaiaan seribu orang yang telanjang." 4. Reda suami " Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah." 5. Jiran " Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak membe...

Pendorong nak belajar bahasa ketiga

Image
Ni dia si comel berdua yang makin banyak kepandaian dan sel otak berkembang masa demi masa. Bukan boleh sembang hal-hal penting depan mereka, lagi-lagi perbincangan yang patut dirahsiakan, mulalah diorang berdua ni nak menyampuk. Terfikir nak belajar bahasa lain untuk elakkan budak berdua ni faham perbincangan mak ayah, tapi macam malas pulak. Bukan benda mudah tu, hihi alasan banyak aje! Jadi, meh la kita wordless... amik je hp, tulis la mesej dan baca. Setakat ni Nazif dan Naim tak minat pun nak menyibuk kalau mama dan papa baca mesej.

Tetiba suka Qu Puteh

Image
Assalamualaikum semua... Semoga ceria, sihat dan selamat semuanya di pagi Isnin yang berkat ini. Pastikan korang minum air dengan banyak ya, dah masuk musim panas ni! Ok, sebagaimana tajuk, hari ni saya nak tulis pasal Datuk Seri Vida. Huhuhu.. satu masa dulu cukup saya tak berkenan pasal trademark muah muah muah Datuk Seri Dr Vida ni. Terasa macam peniaga yang saja nak cari glamer je. Tapi, sejak heboh isu penajaan TRW ni, tetiba pendangan saya terhadap Datuk Seri Hasmiza Othman ni berubah. Huh.. betul kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Asalnya saya mencari maklumat pasal penajaan pasukan TRW. Setelah mengkaji pasal Datuk Seri Vida ni barulah saya berubah fikiran. Bukan saya minat sangat kepada bola sepak atau pasukan TRW sebenarnya. Semangat kenegerian tu memang ada, cuma saya takla fanatik sangat. Tercetusnya minat ni bila rasa kelainan memikirkan peniaga kosmetik nak menaja pasukan bola sepak dengan syarat pun agak luar biasa  tu. Tak kisahla apa pandangan orang lain, ...

Sahut cabaran buat kerja lebih daripada 1

Image
Assalamualaikum semua. Dah sampai hari Sabtu rupanya? Haha, kemain sibuk seminggu pertama mula kerja ni tak sempat nak rasa Monday blues nampaknya. Haha, itu saya, insan lemah yang sentiasa rasa masa mencemburui dan komitmen untuk tugas hakiki pun rasa tak berapa nak sempurna buatnya. Kagum saya dengan rakan-rakan yang cekal dan bersemangat tinggi. Dengan kesibukan kerja, diorang ada anak kecil beberapa orang nak diuruskan, suami lagi nak dilayan, rumah nak kemas, sempat lagi diorang ni melakukan kerja sampingan seperti mengajar tuisyen, berniaga produk kesihatan, meniaga roti atau kek, dan ada juga yang ambil upah menjahit baju!! Apa yang saya ceritakan ni, kisah rakan-rakan yang berjaya menguruskan kehidupan mereka dengan baik la.. janganla pula berfikiran negatif kata diorang kat sekolah tak ajar anak orang betul-betul. Kalau nak tahu, insan yang saya sebut buat kerja sampingan ni, kebanyakannya penerima anugerah cemerlang tau! Kagum weh.. saya dengan ada dua Ahmad ni, rasanya ker...

Setiap benda baik itu dakwah

Image
Suka saya dengar kata-kata Nora Ariffin dalam rancangan MHI tadi. Katanya "setiap benda yang baik itu dakwah" . Alhamdulillah, moga apa yang kita buat dan rancangkan semuanya yang baik-baik sahaja. Buat renungan bersama : TAZKIRAH RINGKAS Seorg pemuda lalu disebuah negeri.. Kekecohan sdg berlaku.. Lalu si pemuda pergi menyiasaat.. Rupanya mereka dlm prosess melantik raja.. Yg peliknya.. Seorang pun x sanggup mjadi raja atau pemerintah negara tersebut.. Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah... Sesiapa yg dilantik menjadi raja atau pemerintah.. Dia akan dibuang negara di padang tandus slps 10 tahun memerintah😯 Pemuda tadi mengangkat tangan.. "saya sanggup!" Maka dia dilantik menjadi raja /pemerintah negara itu. Org ramai mgatakan pemuda ini bodoh.. Hilang akal.. Tamak pangkat.. dsbginya.😰 Pd tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah.. Dia mghntar Org utk meninjau tanah tandus yg bakal dia dibuang slps 10 tahun nanti...