Posts

Hati-hati : Kosmetik tiruan ancam wanita

Membaca petikan akhbar hari ini, saya tak terkejut dengan berita ini. Walaupun saya ni bukan orang suka bermekap, namun kekadang bila melalui premis-premis di pasar malam atau gerai-gerai tak berlogo di sekitar pasaraya (bukan di dalam pasar raya ye), selalu saya meragui ketulinan produk yang dijual. Berita melaporkan bahawa kemungkinan terdapat campuran formula ‘rahsia’, tetapi berbahaya di dalam kandungan produk yang bukan sahaja boleh merosakkan kulit dan wajah, tetapi organ dalaman secara perlahan-lahan. Jangan kerana nak bergaya, melawa dan jimat wang kita kaum wanita menggadaikan kesihatan kita untuk jangka masa akan datang ye...

Tambah anak, confirm ke tak?

Tambah ke tak nak? Kalau saya diberi pilihan tentulah tak nak....Alasan saya tak nak sebab tak larat nak layan ramai sangat, yang ada pun tak berapa cukup mental dan ketahanan fizikal melayannya.. Hehe, ni bukan bercakap pasal anak sendiri. Ni tentang anak murid di sekolah. Realiti yang pihak luar tak tahu, kekurangan guru di kebanyakan sekolah. Di sekolah saya je untuk sesi petang setakat ni kekurangan 3 orang guru. Seorang, kuota ustaz dari awal tahun lagi sememangnya tak ada. Kemudian tengah tahun hari tu, seorang rakan dapat bertukar ke Kuantan, kurang lagi seorang. Seminggu lepas, seorang lagi rakan kami telah dipindahkan ke Subang. Penyelesaian yang terkini yang pihak pentadbiran maklumkan ialah membubarkan 1 kelas yang ada. 10 kelas jadi 9? Abis budak-budak akan dilonggokkan di kelas-kelas yang ada kan? Jadi, nak tak nak bilangan murid yang sekarang di sekitar 31-35 orang sekelas akan bertambah menjadi 37-40 orang. *************************************************...

Aplikasi tuala wanita : Kain

Image
tuala wanita daripada kain Sebelum ni kita tengok produk lain je yang perkembangannya macam ni.. Tukar macam-macam, akhirnya berbalik ke rekaan yang pernah ada dulu..Contoh, beberapa tahun dulu, tudung kain bawal memang cukup popular. Macam-macam gaya pemakaiannya, nak bubuh berapa pin pun tak kisah. Bila datang tudung fesyen sauk(pakai terus) aje, wanita mula beralih ke tudung ni kerana lebih senang menguruskannya dan pelbagai lak warna dan fesyennya. Tapi kita tengok kebelakangan ni, tudung bawal ni dah mula naik lagi kan? makin ramai yang dah mula menggayakan kembali tudung bawal bercetak yang dijual di pasaran kini. Macam tuala wanita ni, dulu masa zaman mak dan nenek semuanya menggunakan kain. Bentuk macam mana kain tu tak tahu la, sebab kita dah membesar dengan memakai tuala wanita pakai buang sebagaimana yang terdapat di pasaran sekarang.. Ni, dalam akhbar hari ni, ada dipaparkan pengusaha tuala wanita jenis kain, tapi dengan pelbagai ciri keselesaan dan manfaat u...

Semua nak, tauke pun leh bangkrap!!

Naim sekarang di fasa semua nak...  Anak sorang je, kalau nak keluar takkan tak bawa ye? Bawa lah, tapi akan ada pula masalah lainnya. Papanya citer, setiap petang bila diambil dari taska, Naim akan tunjukkan gerai pisang goreng yang ada di jalan bertentangan. Sebelum balik dia minta nak pergi taman permainan sebab ada taman permainan di perjalanan balik. Kalau ada orang bermain layang-layang, kena duduk kat luar dulu sebab jiran-jiran selalunya petang-petang akan main layang-layang. Kadang-kadang taknak masuk rumah lagi walaupun dah pukul 7, selagi pakcik-pakcik kat luar tu tak beredar. Kalau bawa dia ke pasar raya, atau kedai runcit di BSP ni pun, mamanya memang kena beribu kali sabar. Macam semalam, Naim mulanya elok je duduk dalam troli Giant tu.. Tapi, bila nampak sabun, "mama, nak sabun.".  Jalan lagi, nampak berus gigi, dia nak berus gigi. Kat tepi tu ada tuala wanita, dia pun tegur, " Mama punya...". tapi yang ni dia tak ambil, hehe, tahu juga rupanya. J...

Kak Pah pun dah, anda bila lagi?

Image
Datuk Sharifah Aini tunjukkan borang pendaftaran sebagai pengundi Kak Pah kita semalam dah daftar.. Awak dah? Saya dah lama daftar.. Kalau belum cepat-cepat laksanakan tugas sebagai warganegara ye... siapa yang awak nak undi nanti tu tak kisah la... yang penting laksanakan tanggungjawab kita.

Mencuba berus gigi colgate slimsoft

Image
Apalah, berus gigi pun nak kecoh? Macam mana tak kecoh, kalau setiap hari gusi berdarah je, siapa boleh tahan, kan? Malah ada masanya ketika tak berus gigi pun gusi ada juga berdarah. Jadi kenalah usahakan sesuatu untuk mengatasi masalah ni. Kebetulan semalam semasa di Giant, tengok-tengok apa yang nak dibeli, ternampak berus gigi ni. Tengok dengan reka bentuk bulunya yang nampak betul-betul halus daripada berus gigi yang pernah saya gunakan, saya pun beli lah. Dah cuba guna pun baru sekejab tadi.. ok, boleh tahan, sesuai dengan gusi mak buyung yang selalu berdarah ni. sebab lembut jadi gusi tak  berdarah lagi.. lega tul tadi..

Lain dulu, lain sekarang

Kebelakangan ini saya sering dilanda sesak nafas. Rasanya dah 3 hari dan hari ini semakin kerap gejala ni. Setakat ini rasanya taklah membimbangkan lagi. Taklah gejala ni mengganggu aktiviti, cuma membuatkan rasa tak selesa dan sedikit risau. Malah saya menyelidik melalui penulisan di beberapa blog lain, semua menyatakan gejala ni normal bagi ibu yang berada di trimester akhir. Ini kerana perut semakin membesar disebabkan  kondisi rahim yang semakin membesar dengan berat badan bayi yang terus bertambah besar dan akibatnya menekan dinding dada atau diafragma si ibu hamil. Nampaknya ini satu lagi pengalaman baru bagi saya. Masa mengandungkan Naim, saya tak pulak mengalami gejala ni. Mungkin juga perut waktu tu tak sebesar sekarang. Masa Naim, 55kg saya dah bersalin. Sekarang di minggu 34 berat dah menghampir 55kg. Ye kot? Ke adik Naim ni besar sikit daripada Naim? Naim lahir 2.7kg, adik tak tahu lah lagi, ada 6 minggu lagi ikut jangkaan. p/s: Apa pun Allah yang le...