Sekali air bah
Wah tajuk ala-ala sastera gitu.. teringat pada hujung minggu lalu saya ditegur dah lama tak menulis di blog ni, terus kali ni menulis. Haha, macam ramai yang baca blog ni kan? Takpe, prinsip saya kan, jangan kisah sangat apa pendapat orang sebab mereka tak bayar bil kita pun.. jadi asalkan kita gembira dan dan usaha sendiri, apa-apa pun pasti baik-baik sahaja nanti. Meh saya ceritakan pasal tajuk. Saya pilih tajuk air bah tu kerana siang tadi saya membuat pemilihan murid untuk persembahan majlis hari guru. Ha gitu kesan pindah sekolahnya.. selama ni tugas yang dapat buat video, buat montaj, buat buku program, buat slide presentation, buat kerja yang berkaitan IT lah pendek kata. Masuk sekolah ni diberinya AJK Persembahan ke kita wak.. sejarah betul. Lagi-lagi bila diugut kalau tak ada persembahan murid, cikgu AJK yang kena buat persembahan … haha, pasti dibaling telur atau semua lari nanti kalau saya yang nyanyi atau bersajak kat stage tu.. risau rosak majlis jadinya.....