Posts

Showing posts from January, 2020

Ayahandaku sentiasa dalam kenangan

Saya tak tahu dari mana nak mula menulis. Terutama bila nak menulis tentang ayah yang dah tak ada. Apa pun sebagai umat Islam, saya yakin Allah dah buat semuanya tepat pada masanya, tak lewat seminit atau tak juga cepat walau seminit. Terima kasih Allah kerana telah memberi kami sekeluarga masa bersama arwah ayah sehingga akhir tahun 2019. Detik 5.43 pm hari Selasa 31/12/2019 rasanya akan jadi saat yang akan saya kenang sampai bila-bila. Detik di mana mendapat panggilan daripada Kak Bi tentang pemergian ayahanda kami yang sememangnya sakit terlantar sejak awal Disember yang lalu. Siapa menyangka dan tak siapa menduga detik tu jadi tarikh pengakhiran. Mengikut cerita kakak yang sememangnya ada bersama dengan ayah, beberapa minit sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir, ada beberapa orang saudara kami datang melawat ayah kami. Sebenarnya sejak setengah bulan yang lalu, hampir setiap hari ada saudara atau jiran yang datang melawat arwah untuk bertanya khabar. Semasa saudara yang dat...