Posts

Showing posts from March, 2019

Pengalaman anak pertama bersunat

Image
Ada tiga anak lelaki ni nampaknya tiga kalilah saya akan menempuh detik ke klinik untuk berkhatankan anak ya.  Mulanya tak ada apa-apa perasaan pun sebagai mamanya.  Dari awal tahun dah kami sebutkan pasal berkhatan ni kepada Naim agar dia bersedia mental dan fizikal bila tiba masanya.  Tanyakan kepada suami,  dia jawab,  "zaman sekarang dah canggih,  tak ada apalah,  kejap je nanti". Ok,  tak ada apa kan.  Sebaik sahaja cuti sekolah bermula,  kami ke Langkawi.  Dah bagitahu Naim,  lepas balik dari Langkawi ni abang kena bersunat tau.  Jadi nati abang makanlah apa yang abang nak banyak-banyak sebab nanti masa dah sunat tak boleh makan banyak makanan sampai dah sembuh. Dia pulak pada masa tu,  macam tak ada perasaan pun.  Gembira je sepanjang masa di Langkawi. Dalam perjalanan balik dari Langkawi,  bermula drama si Naim ni.  Tetiba dia menangis meminta simpati mama.  Pada mulanya kami ingat...

MSSM dan cuti sekolah anak-anak

Image
Nampaknya cuti kali ini kami tak ke mana-mana. . Mama kena bertugas untuk MSSM,  ala,  majlis sukan sekolah sekolah Malaysia. . So,  beramai-ramaila kita melepak kat rumah. . Kesian anakanda semua ya.   Tak apalah kan. . Ada hikhmahnya tu.  Lagipun benda berkaitan tugas ni,  takleh kita cakap apa.  Dah namanya makan gaji,  kalau dah kena bertugas tu,  redo ajelah kan..  So,  inilah setakat apa yang menarik boleh dibuat sekitar kawasan rumah.  Bawa anak-anak makan makanan kegemaran diorang.  Tengok kisah keris siamang tunggal.. Kali pertama semua orang fokus sampai rasa macam best sgt kisah ni. .  Kecutkan diri diorang di wet world.  Bolehla ya Ahmads.   Jangan jadi orang yang suka komplen,  sebaliknya jadi orang yang suka bersyukur.  Dapat sikit kita gembira dalat banyak pun kita gembira.  Selagi kita sihat dan bersama keluarga,  itu dah baik sangat. ...

Diet secara sihat

Image
Saya rasa isu diet ni memang tak dapat dipisahkan dengan perempuan..  Kebanyakan perempuan memang rasa gembira kalau badan tak naik berat kalau dah makn banyak kan?  Kalau naik berat tu mula rasa nak diet.  Ada masanya cakap di mulut je lebihnya,  diet ke laut jugak akhirnya.  So,  kat sini saya catatkan kejayaan diet saya yang boleh dikatakan sekali seumur hidup saya ni komited dengan diet bersungguh-sungguh.   Alhamdulillah berjaya turunkan berat badan sikit.  Kiranya impian di tahun 2019 ni salah satunya ialah nak menurunkan berat badan yang naik semasa cuti yang lalu. Apa yang saya amalkan semasa tempoh 14 hari ialah minum banyak air kosong,  sekitar 2.5 L hingga 3.2 L sehari.  Selain tu,  tak minum air manis langsung.  Saya juga hanya makan nasi sekali untuk tengah hari , itu pun dua hari sekali je ambil nasi.  Nasi pun suku aje.   Makanan lain pilih yang dibakar atau sup.. Tidak ambil kuah.  ...

Setahun berlalu

Image
Tarikh last menulis rupanya hampir setahun yang lalu..  Wah,  rupanya masa berlalu cepat sangat.  Pejam celik dah setahun.  Seminggu yang lalu tetiba salah seorang murid saya bertanya ," cikgu , cikgu sekarang dah tak menulis blog ke? " Kemudian saya pulak dengan nada terkejut tanyakan semula kepada murid tu,  "Eh,  macam mana awak tahu cikgu pernah menulis blog?". Dia pun jawab ," masa saya di form 1 cikgu pernah bagitahu saya pasal blog cikgu tu,  dah lupa ya? " So,  nampaknya memori remaja 18 tahun lebih baik daripada orang yang dah akhir 30an ni. . Seharian sibuk dengan pelbagai urusan kadang kala memang rasa masa 24 jam tak cukup untuk buat semua perkara yang sepatutnya. . Bila difikirkan balik,  masa lima tahun berlalu terasa cepat sangat.   Suatu masa dulu murid datang sebagai murid baru tingkatan satu,  sekarang pulak dah jadi lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang. . Cikgu yang dah tua rupanya.  ...