Welcoming our new family member
Assalamualaikum. Ambil masa lama nak siapkan entry pasal ahli kelima famili kami ni, tetapi saya bertekad nak publishkan juga entry pasal kehadiran bayi ketiga ni. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan kurnian-Nya kepada kami. Tiga anak lelaki yang comel bakal menjadi sumber kegembiraan dan melengkapkan lagi rumah tangga kami. Kelahiran bayi ketiga kami pada 19 September 2016, jam 8.56 pagi menandakan juga kilang dah tutup. Doktor terus buat BTL(ikat peranakan) sekali dengan pembedahan mengeluarkan bayi. Mungkin pengalaman yang biasa atau tak dapat difahami oleh orang yang tidak melaluinya, tapi bagi saya melalui proses pembedahan LCSS ini merupakan satu pengalaman ngeri. Namun, berjaya juga saya tempuhi sebanyak tiga kali. Betullah orang kata, kalau bercakap pasal pengalaman bersalin ni, kita mudah lupa kesakitan yang kita tanggung apabila sahaja kita lihat bayi yang dikandung sembilan bulan tu selamat berada di samping kita, sempurna sifat dan pastinya pada saat tu, kita akan...