Posts

Showing posts from June, 2016

Jom jayakan program Satu Jam bersama Al-Quran

Image
Assalamualaikum semua.. Bagi yang dah tahu atau belum tahu pasal program ni, marilah kita sama-sama sertai Program Malaysia Ngaji ini. Nak sertainya tak susah, esok pada jam 12- 1 petang, kita luangkan masa untuk mengaji atau istilahnya bersama Al-Quran. Program ni diwar-war supaya seluruh negara dapat mengaji Al-Quran pada masa yang sama untuk satu jam. Moga ramai yang menyertainya..

Ziarah luar semasa di Mekah

Image
Kali pertama naskah ayat-ayat suci Al Quran dibukukan dengan tulisan tangan.  Tiang dalam Kaabah Gambaran keadaan dalam Kaabah. Salam Nuzul Quran buat semua. Moga Allah berikan keberkatan rezeki dan usia untuk kita semua ke Tanah Sucinya berkali-kali lagi.. tengok gambar lama ni, rindu sangat nak ke sana lagi.

Untung baik dengan tauke!!

Image
Assalamualaikum semua. Masa cepat berlalu, dah sampai 14 Ramadan kita ni. Rasa baru je mula sahur di kampung hari tu. Al kisahnya saya nak beli rempeyek. Ada ke patut, order baru-baru ni aje? Dah agak mesti tempahan dah penuh, tapi sengaja mencuba nasib sebab order kali ni termasuk sekali yang terfikir nak bagi orang sempena raya dan juga ada yang kawan pesan. Kawan kat sekolah, Kak Thina dah berkali-kali tanya pasal rempeyek ni. Ai, dia ni kalahkan orang yang puasa pulak, tak sabar-sabar nak makan rempeyek dia. Haha, belakang dia je saya cakap ni, depan dia pastilah tak cakap apa-apa melainkan minta akak tu bersabar tunggu dapatnya rempeyek tu. Jadi, hikmah jadi pelanggan sejak dua tahun yang lalu, maka walaupun Knor dah tutup tempahan, Knor tetap juga buatkan 8 botol untuk adiknya ni.. haha, sila jeles ye. Rempeyek Knor ni sedap. Kalau tak tak adalah saya, kawan dan ahli keluarga beli berulang- ulang kali. Dah sampai ke Penang, Kelantan dan seluruh Lembah Klang atas edaran ...

Dapat juga kad raya untuk tahun 2016

Image
Haha.. sekali sekala dapat kad raya memang rasa gembira betulla. Sebab memang dah jarang orang buat. Kalau kita dapat kad raya tu, memang rasa diri ini diingati sangat. Terima kasih buat Cik Yana yang sudi bagi saya kad juga.. tengok ada orang dah up entry pasal kad dia, mana aci ni. Kena gak tunjuk yang saya pun dapat kad raya. Satu pun jadila. Terima kasih YY  atas ingatan ni. Selamat hari raya buat awak dan keluarga juga. Nati upkan entry pakai baju raya sedondon ye, YY.

Serba sederhana

Image
Assalamualaikum semua. Dah selesai Ramadan ketiga nampaknya kita ye. Dua hari pertama seronok sangat sebab kami berpuasa di kampung. Bila sebut berpuasa di kampung, pastinya menu berbuka dan bersahur cukup meriah. Bila dah balik ke rumah sendiri, mulala menggaru kepala nak memikir apa menu yang nak dimasak untuk berbuka. Tanya Papa N, katanya masak aje yang simple-simple. Aduh, itu bukan menu bang oi, jawapan tak membantu langsung. Kang si bini minta dibawa makan kat hotel baru tahu!. Mesej pula kakak dan kawan yang berdekatan. Dapatla juga tahu menu diorang, tapi di hati sendiri tak berkenan pulak. Kebetulan masa tengah fikir tu, saya terbaca semula mesej seorang rakan yang mengkhabarkan berita kematiaj arwah bapanya tengah malam 1 Ramadan. Maka, timbulla keinsafan di situ. Lega dua hari yang lalu dapat makan dengan ibu ayah kat kampung. Moga Allah panjangkan usia ibu ayah saya. Maka dengan penuh keinsafan,saya masaklah ikutla hati, masak dengan bahan yang dibawa dari kampung diga...