Posts

Showing posts from December, 2015

2015 dan 2016

Image
Assalamualaikum semua. Entry terakhir 2015 nampaknya ni. Bila dah nak habis tahun, rasa cepatnya masa berlalu ye. Bab azam tahun baru pula, tak naklah cakap sebab rasanya azam ni perlu ada setiap hari. Mencapainya juga perlu setiap masa, ikut kesesuaiannya. Kalau beriya buat azam yang spesifik pun, selalunya tak tercapai pun semuanya.  Ramai yang duk tunjuk 9 keping gambar terbaik sepanjang 2015, mehla tengok gambar saya pulak. Sempat saya pilih 9 keping ni sebagai gambar yang saya rasa ada detik-detik indah sepanjang 2015 ni. Kenangan pastinya takkan boleh dibeli dengan wang. Detik manis pasti takkan berulang, namun yang manis-manis didoakan untuk tahun-tahun seterusnya juga.  Akhir sekali, sedikit kata-kata buat renungan semua..  BE GRATEFUL, DONT COMPARE YOUR LIFE TO OTHERS.   YOU ALREADY HAVE WHAT YOU NEED. LOVE YOURSELF. ENJOY EACH MOMENTS. TRY NEW THINGS.  Jadi, doakan semoga 2016 nanti bakal jadi tahun yang membawa kegembiraan kepada kita semua...

Betapa beruntungnya kita lahir sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W

Image
Assalamualaikum semua. Sempena hari Maulidur Rasul, marilah kita banyak berselawat kepada junjungan besar nabi, kekasih Allah yang sangat dimuliakan. Sementara ilmu dan maklumat yang saya dengar sepanjang di bumi Madinah al-Munawarah dan Mekah al-Mukaramah masih lagi segar dalam ingatan saya, ingin saya berkongsi di sini. Semoga menjadi maklumat yang berguna kepada semua yang membaca. Bukan bermaksud sekali pergi menunaikan umrah, ilmu saya dah banyak. Sila bersangka yang baik-baik ya. Tapi entry ini hanya sekadar perkongsian, ilmu-ilmu yang menginsafkan saya dan dengan rendah hatinya saya terasa sangat kekurangan diri ini, kerana betapa lekanya dengan hal keduniaan sebelum ini. Ok, kembali kepada tajuk yang sepatutnya. Betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai umat akhir zaman, iaitu umat kepada Nabi Muhammad S.A.W, penghulu kepada semua nabi yang Allah utuskan untuk membimbing umat manusia ke jalan yang benar iaitu hanya beriman kepada Allah. Terima kasih kepada Ustaz H...

Pengalaman umrah pertamaku

Image
Assalamualaikum. Lama tak menulis di sini. Rasanya tak tahu di mana nak memulakan catatan ini. Tapi saya tulis juga dengan alasan, pengalaman sendiri takkan pernah sama dengan apa yang pernah dibaca dalam buku dan apa yang diceritakan oleh orang lain kepada kita. Alhamdulillah, cuti sekolah kali ni Allah panggil saya menjadi tetamu-Nya. Satu anugerah yang saya sangat syukuri dan memang tak terluah dengan kata-kata akan kegembiraannya. Apa taknya, kisah tentang kota suci Mekah ni saya dah mula tanyakan pada mak saya yang pergi melakukan haji pada usia saya 9 tahun. Pada masa tu, sebagai anak kecil yang ditinggalkan dengan adik yang berusia 7 tahun dan kakak 18 tahun , saya bertanya kepada mak selepas mak ayah balik dengan selamat. Soalan saya pada masa tu, "seronok ke pergi Mekah? Macam mana keadaan di Mekah tu? Apa kita buat di Mekah?". Ingatan saya terimbau kepada soalan-soalan yang saya ajukan masa kecil tu sebaik sahaja saya lihat keadaan di luar semasa bas ...

Anak lelaki ke anak perempuan sama je

Bangun pagi ni, tersenyum lebar Papa N melihat wajah Nazif. Katanya, " Pandai betul adik tolong mama kemas semalam ya, bagus anak papa ni". Orang tu tengah lena tidur pun sebenarnya, saya je yang dengar suami mengomel tu. Senyumla juga mengenangkan kejadian semalam. Betullah kata orang, kalau kita bagi didikan yang betul, insyaAllah anak-anak kita bakal jadi anak yang soleh solehan. Pastinya perjalanan kami masih jauh, tapi mengharap dan berusaha tu insyaAllah. Macam kejadian semalam. Saya sambung lagi mengemas rumah, maklumla bertekad nak kemaskan rumah tanpa panggil orang bantu, memandangkan musim cuti ni. Sesambil jaga anak tu, perlahan-lahanla buat ye. Apa yang nak digaduhkan, bukan ada raja nak singgah ke rumah ni pun. Jimat duit pun ya kalau biat sendiri. Tapi tak disangka, masa saya kemas bilik atas, Nazif beriya-iya nak tolong. Saya kemas yang lain, Nazif yang vakum ketiga-tiga bilik tu. Tak delah hasilnya macam kerja bibik endon upahan tu. Tapi budak 3 tahun ni, sa...

Menikmati hari

Image
Assalamualaikum. Nampaknya cerah dan panas cuaca hari ni. Bagus sangatla tu kan. Dapat keringkan baju banyak yang ada di ampaian tu. Saja nak bagitahu yang semalam hari terakhir saya bertugas mengawas peperiksaan SPM. Wah, seronoknya bila hari ni dapat duduk kat rumah, menikmati hari cuti ni. Sambil buat kerja boleh relax, boleh tengok tv, boleh makan dan pendek kata santaila kan. Ok, tak nak sambung panjang-panjang sebab hari ni misi saya nak kemaskan dapur. Nak sambung keluarkan dan susun semula barang di dalam kabinet dapur. Sebelum tu, meh saya belanja satu gambar di Kota Bharu, tengah hujan lebat masa saya balik ke KB masa tu. Balik dua hari je selepas ke Penang hari tu. Mengejar masa untuk tugas SPM lagi masa tu.