Read Aloud
Istilah read aloud ni saya belajar dari entry Mama Adam. Kagum betul dengan MA yang memulakan aktiviti ni seawal usia Aleesya setahun. Sebelum tu saya pernah juga sekali sekala buat aktiviti bacaan dengan anak-anak macam ni. Cuma tak tahu istilahnya macam ni untuk aktiviti ni. Asalnya suka-suka je, tak faham kesannya dan tak tahu cara yang sepatutnya. Tak ada ilmu, memang tak patut, kan?
Rasanya saya mula buat aktiviti read aloud ni selepas saya diberitahu kesannya semasa saya sertai ceramah Puan Lina Karim. Betul kata beliau, anak-anak kecil memang sangat kreatif dan sangat pandai berimaginasi. Cuma mama Naim ni sajalah yang agak culas nak buatnya sebagai aktiviti mingguan. Selalunya pun, masa nak buat sesi macam ni, atas inisiatif Naim sendiri. Naim biasanya akan ambil buku dan cakap, " Mama, tanya Naim what is this?". Tengok tu, cikgu kecil mengajar saya?
Sekali sekala buat macam ni, Naim dan Nazif pandai saja nak kaitkan apa yang disebut tu dengan benda yang ada di sekeliling atau perkara yang pernah mereka lakukan. Kebanyakkannya Naimla yang lagi banyak idea, si Adik cuma mengiyakan sahaja kata-kata Naim macam yang Ipin buat.
Cara nak lakukan aktiviti read aloud ni:
1. Tunjukkan gambar, kemudian tanya anak-anak apa bendanya. (Kebanyakan masa saya tanya dalam BI.)
2. Minta diorang sebut selepas saya apa benda tu kuat-kuat, yang selalunya memang anak-anak saya menjerit pun bila nak sebut benda yang ditunjukkan.
3. Eloknya buku yang ada ayat-ayat sikit, jadi boleh minta anak baca bersama, sepatah demi sepatah, bahagian ni cukup seronok sebab diorang nak jerit-jerit masa sebut perkataan tu.
4. Seterusnya fasa kaitkan apa benda tu.
Masa mula-mula kita kena kaitkan, bimbing anak supaya dia tahu benda yang ditunjukkan tu ada ke benda lain yang biasa diorang jumpa atau buat. Setelah beberapa kali buat, saya terkejut dengan hasil kreativiti Naim. Contohnya dalam buku yang kami buat aktiviti ni, ada gambar ayam, masa tu Naim terus sebut 'Abu Ada Ayam AAA'. Maka dengan seronoknya kedua-dua Ahmad ni berlari-lari sambil menyanyi lagi lagu abjad ni. Nampaknya macam mana gambar ayam dikaitkan dengan lagu dan sebutan yang tepat?
5. Paling penting jangan paksa anak. Setakat 5 ke 6 gambar je kami biasa buat untuk satu sesi, nasib baik sikit dapatla sebuah buku, itu masa Naim rajin dan boleh fokus serta mood Adik pun tengah elok. Kalau tak, setakat 5 gambar je. Itu pun saya selalu puji ,' Wah, Naim good". Seronokla dia, tapi sian pada si Adik tak sempat nak sebut, Abang dah sebut dulu. Tak apalah peniruan juga satu fasa pembelajaran. Tak gitu, kawan-kawan? Kenalah bagi Nazif pula peluang sebut, bila dia sebut seakan-akan bunyinya dia pun dapat "Adik good". Siap high five lagi lepas tu. Layankan jelah asalkan anak seronok dan ada belajar sesuatu. Nak mengajar macam cikgu di sekolah dah sah-sah budak-budak tak berapa nak mengikut. Kalau main-main macam ni, diorang mungkin ingat ini tengah main-main tapi sebenarnya secara tak langsung ada belajar sesuatu.
bagus ni...akak pun baru je nak bermula, itu la baca kat blog mama adam tu banyak info yg boleh kita dapat kan,terus rasa bersemangat nak praktikkan utk anak2
ReplyDeletehehe..dah cam upin ipin dah naim n nazif ni!
ReplyDeleteOo camtu rupanya nak ajar budak2..lupa dah camner ngajar ank kecik2 dlu!
Ha.. kena beranak lagi atau kena tahu juga utk ajar cucu nanti..
Deletelieya pun gune kan method ni mase ajar dayyan...start usia die 9 bulan.... skrang dah besar 4 tahun kene belajar pegang pensel plak lah hehheeheh....teruskan usaha ye aisy sbb setiap usaha dan doa pasti ada ganjarannyer...moga2 anak2 kite menjadi bijak pandai membanggakan kite semua....in sha Allah....
ReplyDeletebagus aisy share info ni, mesti ramai2 kawan kite yg nak tau n ikut cara nieh....
Lagi hebat Lieya ni, mula sejak 9 bulan usia Dayyan.. saya baru je akhir tahun lepas mula. Nazif setahun 2 bln kot masa tu. Ingatkan dia kecil xtahu apa, tapi Pn Lina ingatkan kena mula sejak anak tahu sebut sepatah dua perkataan lagi baru lagi baik kesannya. Sb itu juga kot Nazif ni mmg lagi banyak perbendaharaan katanya berbanding Naim masa di usia 2 tahun.. rasa sayalah..
Deleteohhh kisah ni teringat seorang anak sedara saya yg boleh membaca A sampai Z dan 1 sampai 10 pada usia dia 3 tahun sebab dia selalu dengar kakaknya menjerit2 bila membaca... kami terkejut katak sebab masa tu takder lah istilah belajar pantas ke awal ke gitu...
ReplyDeleteSebab amalan ni juga kot Nazif dah pandai ssbut abc hingga z dlm bahasa baby sejak umo setahun.
Deletethanks..perkongsian yg bagus..bagusnya mama dan anak2..
ReplyDeleteBudak2 seusia ini lebih suka dan enjoy belajar sambil bermain dan menyanyi...
ReplyDeleteDah semula jadi tahap umur begini masih banyak bermain...
nak buat kat Qhalif le.. ^_^
ReplyDeleteSaya suka dgn entry hari ni... Kena dengar cara menyampaikan.... Kaedah mcm ni lah yg cikgu2 kat sini guna utk mengajar.... Tu yang anak2 seronok pegi sekolah.... Langsung tak rasa kena belajar.... Macam main2 jer... Tu masa mula2 dulu, bila tanya anak2 belajar apa kat sekolah hari ni... Mereka jawab, Tak belajar pun.... main2 jer.... hahaha, main pun mainlah asal mereke seronok pegi sekolah :)
ReplyDeleteKalau AN nak perkenal phonics in English kat Naim, boleh tgk video "Jolly Song" dalam youtube.. Kalau Danish, suka sgt duk ulang nyanyi lagu tu sambil buat aksi....
Bagus sebenarnya luangkan masa dgn anak2 utk aktiviti mcm ni.... Jadi adalah bonding time antara kita dan anak2... Tu yg mereka makin eksaited sbb dapat luang masa dgn mama :)
Bestnya murid kat sana kan? Saya pun bila dapat pendedahan sekali sekala buat dengan anak2.. nk buat selalu budak2 pun ada mood kan..
DeleteSaya dah tengok jolly songs tu. Menarik.. nati nk aplikasikan dengan budak2 ni pula.. thanks banyak2 Nur
MA mmg best kan AN. Bg inspirasi gitu.hehe sy pun ada buat ativiti ni cma xbley sbut read aloud sbb xjerit.pasni kna wat bg aloud.bagus juga method ni.nti bley praktik
ReplyDeletebetul.....my cousin dah boleh membaca masa umur 4 tahun.....5 minit untuk belajar then u can play watever u want......
ReplyDelete"Peniruan adalah proses pembelajaran".. I suka ayat tu.
ReplyDeleteTeringat dulu masa menjawab kertas sejarah tkt 3, gara2 abg2 & kakak2 I suka mengulang2 ayat yg dibelajar kat sekolah.. secara x langsung.. I teringat balik apa yg dorang bualkan secara loud tu. Eh.. lari tajuk ke komen I ni.. u crita psl kanak2.. I crita psl remaja lak.. haha..
Ini bijak namanya.. pandai kaitkan dengan benda yang lain..bagus
Deletekaedah flash cad.. ye knor ajar seawal dr baby lgi.. 4 thun boleh bca dgn lncar skali...
ReplyDeletebuku peter and jane.. yg terbaik..
Abang dulu saya tak ajar tapi si Adik ni ada juga buat aktiviti ni. Saya tengok superheroes kat rumah tu, kalau Abang buat, Adik akan ikut. Contohnya bila hari-hari dengar Abang baca niat puasa, Adik pun hafal sama. Mostly, kalau Abang belajar something new, memang Adik pun kena tempias sama. Adik memang belajar a lot of new things from his beloved Abang. Mereka lebih selesa belajar bersama berbanding dengan Mommynya. Tak seronok mungkin. Tapi bab menjerit-jerit bersama belajar tu pun, biasa dah tengok! Saya pun tak suka memaksa anak-anak dalam membuat sesuatu. Bila tengok Adik belajar sendiri melalui Abangnya, saya rasa seronok pulak. Dah pesan kat Abang jangan diajar Adik yang bukan-bukan sebab Adik suka meniru!
ReplyDeleteberinformasi sungguh entry hari ni
ReplyDeletesaya tak pernah lagi buat benda begitu pada anak-anak saya
tapi saya perasan aisyah lebih cepat dari abang dia
mungkin sebab abang dia suka terjerit2 bila membaca
saya kena praktikkan benda seperti ini juga
terima kaish atas perkongsian ni ye
tima kasih akak berkongsi.
ReplyDeletein shaa Allah blh prektikkan nanti :)
aktiviti yg menyeronokkan tapi kadang2 tak blh nak luang byk masa mengadap anak utk aktiviti gini.
ReplyDeletesyafiq ni cpt jemu, kejap2 lari..bila boring dia mula ambik iqra', boring lagi dia mula nak mewarna..huhu..susahnya saya nk bg dia fokus
Ohhhh nampaknya dah tak sesuai dengan usia anak Okje ni....tunggu cuculah hihi...Tak kuasa den nak jaga cucu....hoho
ReplyDeleteMasa asya kck n blm sekolah dlu lya pom ada jgk buat mcm ni.. lbh kurang la.. tp dlm keadaan santai supaya ank rsa x stress n.enjoy. kdg lya ajar dlm btuk nyanyian.. main belasah je.melodi... tp cara tu lg mudah pickup utk asya.
ReplyDeleteain, entry ni bagus tau .ain bagi cara pada parents yang lain..teacher kat preschool pon memang patut alert benda benda gini...read aloud ! yesszaa
ReplyDeletesaya selalu minta kan kakak jijah bacakan buku untuk tipah... tapi...temberang nyaaaaa tahap dewa tau tipah ni. saya kalau involve sekali, memang bertekak la kami, hmm kena lebih tabah nampaknya.
ReplyDelete