Bila dah rezeki

Rezeki hari ini.. alhamdulillah.. dipelawa menyertai jamuan kelas untuk salah satu kelas yang saya ajar. Rezeki betul ni, dapat makan percuma hari ni.. Rezeki lagi sebab Nando's hadiahkan cheesecake caramel ni secara percuma kepada cikgu. Sedapnya, makan sorang sikit beramai-ramai.

Rezeki sekali lagi bila pihak Nando's berikan monopod percuma kepada cikgu-cikgu. Walaupun saya ni bukan kaki selfie, tapi benda percuma, siapa tak nak ya? Ambil sahajalah. 

Banyak duit kelas diorang ni rupanya, dah makan ayam, pergi makan aiskrim pun masih lagi setiap sorang bawa balik RM 28. 

Comments

  1. alhamdulillah.... ehh monopod nandos tu comel jugak yer... cer selfie sikit cikgu hehe

    ReplyDelete
  2. huhuhu...bestnye dapat mkn free kan...

    ReplyDelete
  3. sedapnye cheese cake tu.. teliurr dah ni ha..

    ReplyDelete
  4. Jamuan akhir tahun ker cikgu? wahh seronok semua. My adik yang cikgu tu lucky sangat wife beranak time cuti sekolah hihihii. Bukan yang komen kat entry saya temphari.. tapi ha ah betul la Azmi Anuar tu my adik. hehehee bagus u sangat alert :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa.. jamuan akhir tahun ni. Budak tingkatan 1.

      Haa.. dah agak dah cik anuar tu adik MJ..

      Delete
  5. syiok nyer dpt monopod....
    salam perkenalan mama naim dn nazif dr mama aryan dn arfan..hihih

    ReplyDelete
  6. wah..nandos pon ade monopod jgk..hehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya ciskek karamel tu.... Makan pula kongsi ramai-ramai... lagi la bertambah-tambah sedap...
    Untungnya AN... Dapat makan free dan dapar monopod lagi... Kalau tak nak monopod tu, pass ler kat saya.... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. bila nk pass ni? Kos pos je dah lebih mahal drp harga monopod agaknya..

      Delete
  8. Rezeki kan AN..makan2..Aimi dulu sampai cik gu bawak satu kelas pi tidur kat pd bbq katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu agaknya duit kelas diorang ada beberapa ribu tu..

      Delete
  9. Alhamdullilah..rezeki tu..
    Dan dapat eksklusif monopod Nando's :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..rezeki melimpah ruah..pasni blh selfie sokmo lah

    ReplyDelete
  11. Hebat betul jamuannya ye.. Best tu makan free..

    ReplyDelete
  12. waa..bestnyer //jamuan kelas kat luar lagi..
    rezeki ni kak..klo dulu2 jamuan dlm kelas je..

    ReplyDelete
  13. Sedap sedap...untung la ada jamuan cenggitu hehehe.. freeeeee :D

    ReplyDelete
  14. tu la rzeki cecikgu..tahniah la AN.

    ReplyDelete
  15. Wah, untung jadi cikgu! Ni yang saya berkobar-kobar berazam nak jadi cikgu tahun depan. Keh3x. Banyak duit kutipan kelas budak-budak ni. Baki tu boleh pergi menonton wayang lagi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..nak jadi cikgu tahun depan jek? Tahun depan nandid tutup ler.. haha..saja nak dengki.

      Delete
    2. Satu tutup, banyak lagi yang buka. Takkanlah anak-anak murid tak sayangkan cikgunya yang banyak celoteh ni. Ajar sikit, mengajar yang bukan-bukan lagi banyak. Hahaha....

      Cemburulah tu takut title guru mithali kita pegang pulak tahun depan ^_^

      Delete
  16. Untungnya.dah dpt makan free dpt lagi monopod...nak gi Nandoslah hihi..... Taman okje ni ada restoren Nandos ni lama dah bukak tp lum nak try lagi....sedap ke tak AN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya yang baru beberapa kali pergi ni, rasanya ayam yang pedas atau mild pedas tu sedap.. kalau amik yang lain, tak sedap di tekak saya..

      Delete
  17. skali aje aida pernah makan nandos ni.
    but bila tgk monopod ada ayam tu, mcm nak terjah la plak hi i hi hi hi...

    ReplyDelete
  18. seronoknya rezeki cikgu..budak2 sekarang jamuan kemain lagi nandos.kita yg dh tua ni nandos pun tak pernah pegi.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah budak sekarang. Sebenarnya ini pilihan terakhir depa ni, sebelum ni cadangan depa ke tempat yang lagi mahal kat sunway pyramid tu. Akhirnya pilih yang ni sebab confirm halal.. kita dulu duit kelas berapa je kan, diorang punya ni ribu, tu yang nak ke tempat mahal mulanya..

      Delete
  19. alhamdulillah rezeki.. bestnya dapat monopod nando's..

    ReplyDelete
  20. kek tu paling marvelous sekali
    buat lapa pula petang-petang gini

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts