Teman bergaduh, teman mengadu


Geng baju hijau..
Nampaknya anak dan bapak sama-sama pakai baju berwarna hijau hari ni.

Kami masih lagi dalam mood sedih kerana kematian arwah abang ipar. Namun, mengenangkan nasihat kakak saya pasal menghargai suami sementara masih ada suami, gigih saya pergi ke seksyen 18 hari ni untuk membelikan kek sempena hari jadi suami. Kira kami buat sikit sambutan di samping niat utama nak menggembirakan dua budak kecil yang sememangnya cukup seronok nak makan buah-buahan yang ada kat atas kek ni. 

Sekadar kek kecil, namun ketiga-tiga hero saya ni tersenyum seronok bila makan kek tadi. Entah mungkin disebabkan diorang rasa lapar kot, masa kami makan kek pada pukul 7.15 malam tadi. 

Memang sedih mengenangkan kakak saya yang kini dah kehilangan tempat bermanja, bergantung. Doa sahajalah yang dapat dikirimkan buat arwah di sana. 

Sempena hari jadi hero tempat bermanja saya, tempat bergaduh juga ni, saya berdoa semoga kesudahan antara kami juga baik. Semoga di saat akhir kehidupan kami, hubungan antara kami.masih baik dan semoga tiada penyesalan yang perlu dikenangkan.

Comments

  1. Salam takziah buat abang ipar AN.... Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang soleh....
    Insaf juga bila baca entry ni... Betul sgt AN... kena hargai suami selagi dia ada di sisi... Entah sampai bila kita dapat berbakti kepadanya.... Saya pun berharap, tiada penyesalan di akhir hari di antara kami.... Insya Allah, semoga semuanya berakhir baik2 aja...

    ReplyDelete
  2. Takziah atas kehilangan... tu la kan kalau boleh tak nak fikir pasal benda2 macam ni, tapi nak tak nak kena terima juga one day will come, sooo sementara itu kita hargai lah satu sama lain masa duk ada ni.
    Selamat ulang tahun untuk teman bermanja u ni :D

    ReplyDelete
  3. salam aisy.. takziah diatas pemergian abg ipar..

    betul tu..cuba lakukan apa yg terbaik selagi boleh,gembirakan org disekeliling kita selagi kita mampu, lebih2 lagi mereka yg rapat dgn kita, kerana kita tidak tahu siapa dulu yg akan dijemput Ilahi,kalau tidak mereka pasti kita...tentu saja kita inginkan kenangan yg indah2 sahaja bersama mereka kan...

    ReplyDelete
  4. Salam takziah di atas pemergian abg ipar,semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan tergolong org2 yg beriman.
    Slmt ulangtahun kelahiran buat suami aisy,semoga pjg umur dan murah rezeki.

    ReplyDelete
  5. Innalillah... Salam takziah dari kakak ye Aisy.. begitulah peratuan hidup sampai masa Izrael dtg menjemput - kita pun akan menyusul yg entah bila.

    Happy birthday for the hero tempat sebantal/sebumbung Aisy. Moga rahmat Allah sentiasa melimpah demi kelangsungan hidup yg bahagia..

    ReplyDelete
  6. terharu pun ada bila bc n3 ini...maklum kita manusia yg xsempurna,sama2 saling lengkap melengkapi antara suami isteri..selamat harijd wat hero AN tercinta ya.eh,yg keberapa ya?

    ReplyDelete
  7. Takziah cikgu. Moga arwah ditempatkan dikalangan yg beriman.

    ReplyDelete
  8. wahh..happy birthday en azwan..moga diberkatiNYA

    ReplyDelete
  9. Takziah utk kakak aisy ... Dah happy birthday untuk suami aisy ... Semoga kakak aisy terus tabah , semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman

    ReplyDelete
  10. takziah ye AN..pasti turut terasa kesedihan yg amat sgt bila kakak sendiri hilang org tersayang..

    happy besday utk papa 2 Ahmad..nmpk sedap keknya..patut pun anak2 makan byk..:)

    ReplyDelete
  11. inna lillaahi wa inna ilai hirojiun
    happy birthday utk semua buah hti aish

    bertabahlh hndaknya

    ReplyDelete
  12. takziah buat kakak AN di atas kehilangan tempat bergantung
    kita yang masih ada, harus enjoy sentiap moment bersama mereka
    seolah tiada lagi esok untuk kita
    macam AN katakan, tak ada apa lagi untuk diralatkan

    anyway happy belated birthday buat suami AN

    ReplyDelete
  13. alfatihah dan salam takziah
    selamat hari lahir buat suami akak.

    ReplyDelete
  14. Hepy Bezday buat cik abe baju hijau dan berkaca mata tu.....hihi...
    Itulah...... sementara masih ada hargailah si dia moga tiada penyesalan di kemudian hari.
    Moga kakak awak tabah yer AN....bukan mudah nak menerima kehilangan org tersayang

    ReplyDelete
  15. Moga bahagia jd milik kalian hingga ke akhir hayat.. Amin:)

    ReplyDelete
  16. amin..
    nmpk seronok n ceria hero2 akak potong kek..
    sedikit sebanyak mesti rsa terharu kan...
    salam takziah.. smoga "kakak" akak semakin baik n redha sekarang

    ReplyDelete
  17. Kita ni selalu macam tu kan. Bila ada depan mata, tak menghargai, bila tiada, mulalah dikenang-kenang. Saya kalau tak nampak suami, tak senang duduk. Rindulah kononnya, AN. Bila ada, pantang silap cakap sikit je mulalah nak ajak bertikam lidah. Seronok gak gaduh-gaduh manja selalu.

    Anyway, happy belated birthday buat bff AN. Semoga kalian akan kekal bahagia selamanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1