Ubi kayu sira
Program pagi tadi, kami membersihkan tanah di laman depan rumah ni. Padahal kecil je, tapi alhamdulillah setakat ni dapatlah juga hasilnya. Kononnya nak buat tanam semula nak jadikan kawasan tu nampak kemas memandangkan pokok ubi kayu dah merimbun sangat, ada kalanya macam mengganggu masa nak masuk kereta.
Mengali punya mengali, terkejut kami suami isteri melihat ubi kayu membiak dengan jayanya kat bawah tanah tu. Memang patutla ada peribahasa Melayu, "diam-diam ubi berisi". Memang tak sangka betul, banyak ubinya. Paling besar ialah sebesar saiz bayi baru lahir. Lupa nak timbang pula beratnya tadi. Tapi besar nau. Takut pula nak makan, walaupun mak saya kata lembut isinya. Terus saya bagi kepada jiran-jiran berdekatan, sama-sama merasa. Harapnya lembutla ubinya.
Ini pula yang saya masak sendiri. Mulanya nak buat kuih, baru parut sikit dah rasa lenguh tangan, seterusnya saya potong halus, kononnya nak blend supaya hancur, dengan niat di hati nak kukus ubi kayu ni. Pun malas juga. Adoi, orang ke apa ni? Malas tul. Akhirnya rebus gitu je, tengok hujan masa tu, rasa malas pula nak keluar cari kelapa parut. Akhirnya bila nampak dah hampir lembut ubi yang direbus, saya campak sekeping nisae... akhirnya boleh juga dimakan. Nampak kurang menarikla, tapi rasa manis-manis sedap juga. Kalau letak santan ni pasti lagi sedap.. adoi..kenalah rajin sikit untuk siapkan baki ubi tu. Ada yang nak ke? Meh la ambil kat sini?
sedapnyaa...dulu selalu arwah moyang buat.time musim hujan sedap makan woo
ReplyDeleteakak suka ubi kayu yg tak empuk...yg pejal2 gitu...
ReplyDeleteUbi kayu ni.. ada jenis jgk..ada yg x empuk2 rebus mcm na pun..
ReplyDeleteSedp jgk ubi ujan2 ni.
selalu makan ubi rebus je..tak penah lg makan ubi kayu sira ni..mcmna nak buat sira tu..first time tau..hihi..
ReplyDeletenak gelak je bila baca entry ninak nak ayat "orang ke apa ni.."
ReplyDeletetgk je la sy ni.ubi kayu berangin kan..
buat kepek pon sedap kak.lenguh le nak menyagatnya..ihi
ubi sira pun jadi lah.... Hahaha, kalau malas tu kira bukan orang lah yer... bagus juga cakap macam tu supaya lebih rajin.... saya pun kena rajin biar jadi orang.... sejuk2 ni asyik rasa malas jer.... huhuhu
ReplyDeleteklu org thai msk gitulh... dgn air gula.. bila nk hidang letak sikit sntan yg dh dimasak dgn sdikit grm...
ReplyDeletesdp lmk2 krim gitu
hahahha. saya kalau malas, goreng aje. sedap makan ubi kayu goreng panas2. kalo rajin, memang sedap la dpt makan kuih!!!
ReplyDeletex berapa nal dekat la nak mengetuk rumah kasi salam nak merasa ubi kayu hasil tanaman mama tu. hihihi.
Allahdulillah, rezeki berbudi kepada tanah. SAya kurang gemar ubi nya, tapi pucuk dia... setiap hari makan pucuk ubi celur cicah budu pun saya sanggup hahahaa.
ReplyDeleteKalau bunda panggil ni penjan ubi kayu...kalu letak santan dah jadi pengat ubi kayu...
ReplyDeletemain campak2 pun menjadi juga akak.. nampak sedap dimakan time hujan
ReplyDeletesedapnya... dh lma x mkn camni
ReplyDeletesedapnya..dah lama tak makan ubi kayu sira, mintak sikit..hehehe
ReplyDeleteemmmm sedapp tu!xpenah lg akak mkn ubi kayu sebegini...nak rasa ckit!!!
ReplyDeleteOrg pantai timur suka buat camni kan? Dulu praktikal ada kwn tu rajin sungguh buat sira pisang, sira ubi. Kami tukang mkn je. Hehe
ReplyDeleteSaya ni dahlah malas berbudi pada tanah, bagi free pun malas nak buat apa-apa. Memang kaki membeli je taunya, AN. Dah lama tak makan ubi bersira begini. Teruslah rasa terliur. Hari tu gi Naili's ada juga ubi rebus (sampai RM6 tak silap) tapi sebab jiwa makan saya tak on malam tu, tidaklah saya order ^_^
ReplyDeletealahai saya nak juga tapi boleh anta tak?
ReplyDeletesaya pun malas ni...hehe
p/s-pasal tak boleh komen tu, saya kurang pasti
tapi saya tak buat apa-apa, nak buat camne ye
masak gaya gini..feveret orang rumah KY..
ReplyDelete