Ayat seribu makna
Ya, anda tak salah baca dan saya tak salah taip, memang saya nak bercerita pasal ayat seribu makna, bukan ayat seribu dinar.
Sebaris ayat yang kita sebut, kita tulis atau kita sebarkan boleh ditafsirkan dalam macam-macam cara menjadi banyak maksud terpulang kepada orang yang menerima maklumat tersebut.
Niat tak menghalalkan cara, jadi seelok-seeloknya dan sepatutnya kita berfikir panjang sebelum cakap sesuatu, sebelum komen pada sesuatu dan sebelum bertindak pada sesuatu.
Bagi yang berfikir panjang pasti takkan telan bulat-bulat dan terus buat andaian sendiri pada sesuatu perkara. Contoh CiK MD dan PK dalam entry saya yang lepas, diorang tak biasa dengan istilah roti jantan, diorang bertanya apa bendanya tu. Bagus la korang. Sel-sel otak masih berkembang nampaknya. Minum susu apa? Haha, melawak je.
Tapi dalam melawak tu ada mesej yang saya nak sampaikan di sini. Kalau kita tanya dan minta penjelasan, maka kita takkan tersalah anggap tentang sesuatu. Memang ada benda yang dirasakan tak kena pada justifikasi kita tapi dengan alasan dan penjelasan yang baik kita akan boleh terima hakikat sebenarnya. Ada orang cara macam itu, contohnya suka melawak, kita mungkin anggap dia tak serius. Kalau berhadapan dengan orang yang cakap dalam keadaan kalut pun mungkin sebahagian maklumat tak sampai dengan jelas. Jadi, lain pula tafsiran kita.
Apa pun, pendek kata kena fikir panjang sebelum kita buat sesuatu.
p/s: Papa N selalu kata saya jenis bercakap tak habis, saya pulak balas, ini namanya HOTS(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), takleh macam generasi lalu mengajar dengan kaedah berpusatkan guru saja, kena bagi anak-anak berfikir dan buat penaakulan sendiri. haha, pandai jawab ya, dengan suami pun nak berKBAT..padahal masa selalu mencemburui, kadang kala nak sembang pasal hal-hal penting kena bagi mesej je..
p/s: Papa N selalu kata saya jenis bercakap tak habis, saya pulak balas, ini namanya HOTS(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), takleh macam generasi lalu mengajar dengan kaedah berpusatkan guru saja, kena bagi anak-anak berfikir dan buat penaakulan sendiri. haha, pandai jawab ya, dengan suami pun nak berKBAT..padahal masa selalu mencemburui, kadang kala nak sembang pasal hal-hal penting kena bagi mesej je..
Bila baca entri kali ini memang rasa macam baca entri hasil nukilan seorang guru BMlah, AN ^_^ Ini mesti rasa tercabar dengan cara YY menulis dengan penuh tertib tatabahasa. Hahaha...
ReplyDeleteSerious! Saya memang tak pernah dengar roti jantan. Baru cerita pasal jantan betina dari sudut pandangan HD yang bahasa rasminya bukan BM. Saya sendiri pun dok fikir jantan betina ni lebih sesuai untuk haiwan. Tetiba ada juga guna kat roti! Sejak bila roti ni ada jantina.... Hahaha....
Saya minum susu Anlene sebab dah tua. Makanya mungkin sebab itu sel otak berkembang pesat lagi sampai sekarang dan tak jadi tua sangat :)
Haha.. jadi biasanya saya tulis macam cikgu pjk ke? Haha.. ni puji ke perli ni?
DeleteKebetulan ni, kalau rasa tercabar tu dalam beberapa entry lepas, yang ada ayat senget untuk perkataan bukan BM atau sinkope. Yang kali ni luahan hati saya je, tak sangka ada yang perasan macam ni..huhu..
Istilah famili Tapah tu. Saya pun tak tahu macam mana roti tu jadi namanya jantan..kang marah Pak Gardenia nanti..
Hahaha....pujianlah tu. Selalunya takda perkataan bombastik macam justifikasi, penaakulan, ayat pun ooooiii...kalau ini karangan SPM dan saya cikgu penanda kertas, saya terus senyum bagi A je. Malas nak fikir panjang ^_^
DeleteHaha.. kalau pujian kena berterima kasih.. Terima kasih ya.MD.. dapat A lagi tu, tak sangka ni.. boleh memohon jadi penanda kertas SPM ni..
Deletebetul tu aisy...kadang2 apa yg nak kita sampaikan disalahtafsir bagi orang yg membaca dan mendengar..susah juga mcm tu, kadang2 kita pula yg tersalah tafsir..hahaha
ReplyDeleteterima kasih..inshaAllah, akak tak apa2, sedih sikit2 je
Semoga ceria sokmo k.. insyaAllah akan jadi baik semuanya
Deletesetiap manusia tu berbeza dan sudah pastinya
ReplyDeletecara seseorang untuk absorb sesuatu message juga berbeza
saya setuju sangat dengan entry ni, sep sikit sebab kita
berkongsi pendapat yang sama melibatkan hal begini =)
saya baru tahu AN ni cikgu rupanya
lepas ni saya nak gunakan gelaran cikgulah pada AN
anyway kalau membaca entry saya, ada sebarang kesalahan
boleh tolong tegur tak cikgu AN
saya masih lagi lemah bab penggunaan tatabahasa =)
Alahai.. saya bukannya hebat pun.. nampaknya YY lagi pandai daripada saya ni. Segan saya nak menegur..
Deletetu la ingt ayat sribu dinar td!
ReplyDeletemaka bila bc n3 kena paham betul2 bru komen..ritu lg nak tanya roti jantan tu camno..hok tino jate pun ada ko?
akak telan jus kismis,kurma,madu je xminum susu coz nak muntah bila telan susu..
Roti Tino tak ada.. haha.. Kelakar pulok kalau dipanggil roti tino
DeleteKakak tertinggal N3 yg sebut istilah roti jantan itu Aisy.. Sebenarnya kakak pun tak pernah tahu istilah itu. Kalau pokok jantan betina di Johor ni ada juga org sebut. Tapi roti atau kuih-muih tak ada lagi... apa pun memang betul sesekali kena ada KBAT buat semua kita. Beruntungnya kalau rajin bw banyak ilmu dpt ditimba..
ReplyDeletehaha bahasa aras tinggi ni kira LD3, CLO3 dah ni hihi
ReplyDeleteya betul tu
ReplyDeletebaru nak tanya pasai roti jantan.
sy cma ingt akak salah taip aje maybe kopi jantan kata saya. hihi
seribu satu makna..betul2..seribu satu nada pun boleh juga..hebat cikgu bm nih..mesti papa naim tercengang..nnt ajar dia ithink,vle frog,sekolah abad 21 dan gelombang2 dlm bidang pendidikan.tak pun terus ajar pbs.haha
ReplyDeletesaya ni kadang tu tak phm tp segan nak tanya ...hehe
ReplyDeleteku sangka kan ayat seribu dinar tadi....
ReplyDeletewalau sy jarang minum susu tp sel2 otak masih berkembang,makanan utk otak bukan hanya pada susu AN.haha gurau je..
ReplyDeletemmg betul klu nak buat sesuatu kena fikir panjang.terutama dlm hal percakapan..kadang2 org salah tafsir,kadang2 kita yg gagal menyampaikan maklumat,kadang2 kita sendiri bercakap sesuatu pastu menyesal.terlajak kata buruk padahnya,klu perahu bley lagi undur..bak kata pepatah kan AN..pepatah pun terbalik...:)
Haha.. siap berpepatah lagi.. hebat2 PK..
Deleteakak pun nak tanya juga roti jantan tu
ReplyDeletetapi tak jadi tanya haha
itulah kata-kata ni kadang-kadang boleh buat tersalah tafsir
so be cool je lah gitu kan ^_^
Mula-mula saya nak tanya juga roti jantan tu apa, tapi saya agak ia adalah "Roti Boy" sebab kebetulan ada kawan update pasal roti boy kat facebook... Tup2 AN pulak cerita pasal roti jantan, agaknya Roti boy lah tu.... Ke roti lain?
ReplyDeleteAlah, jangan ambil hati AN dengan golongan yang sedikit tu... Mungkin dia tak baca habis pun, sekali terus tinggalkan komen.... Mula lah nak busy body nie, siapalah agaknya yg tinggalkan komen tanpa fikir panjang tu? Patutlah entry hari ni nak sama standard dgn artikel ilmiah... Kalah sinar harian tau...
Saya pula selalu cakap kat haubby yg dia jenis bercakap tak habis... Dia pun cikgu BM, hahaha
Haha.. entry ni bukan terhasil sebab komen ke apa apa dalam blog. Tak ada kena mengena dengan roti jantan tu pun. Saya saja tulis pasal pengalaman dan peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ni. Saja je bagi contoh pasal komen blog, kalau bercerita direct kan lain pulak jadinya.. kan?
DeleteHaha.. spesis cikgu BM memang suka bercakap tak abis ke? Kami ni saja nk bg peluang orang lain cakap lebih...
Salah satu bidang yg berkemahiran menganalisa peringkat tinggi ialah peguam yg mesti ada otak membelit kata orang... mesti pandai pusing... tapi jadi blogger pun kena ada HOTS tu... saya sedang mengasah bakat saya melalui blogging
ReplyDeleteNi yg seram ni kalau cikgu dah berkata kata.... Kata kata penuh ilmu segan ar mak tau. Kata kata mak merapu aje banyak huhu.....
ReplyDeleteBoleh tak okje malas nak pikir pasal anggapan orang AN....OKje nak anggapkan mereka baik ajelah....Kadang tu letih jugakkan nak fikir anggapan orang, so ambik jalan mudah! Pemalas punya orang ni .....hihi....
OKje pun suka cakap separuh separuh haha....selalunya ngan anak anak....yg selalu komplen tentunya TLBD...
first time dgr roti jantan..
ReplyDeleteapa2 pun niat bukan menghalalkan cara..
knor pulak pantang di jolok...mmg tak stoplah..
Kemahiran berfikir aras tinggi..
ReplyDeletebary tahu psl istilah ni.
Lya rsa sgt low bab nk buat ayat terang n jelas. Kdg2 tulis ikut faham kita.. sdgkn org laim faham kut lain..
hihi...well im always loss word...
ReplyDeleteErm... Nanti saya godek2. Nk tau juga roti jantan tu.
ReplyDeleteTapi... Mmg masa nampak tajuk entry tadi tertanya-tanya, ayat seribu dinar ke? :)
roti jantan roti apa tu? hehe..kopi jantan penah dgr..ohhh bila dgr HOTS teringat zaman kerja dulu ...selalu beno bermain dgn KBAT ..HOT ni
ReplyDeleteeh kenapa macam banyak sangat entry saya miss ni... kenapa kenapa kenapa?
ReplyDeletebtw pasal pemahaman ni.... orang yang tak nak faham memang tak kan faham, be it in blogville or real life.