Sesekali ke pasar tani

Mujur juga saya merajinkan diri pergi ke pasar tani tadi. Dah lama betul sebenarnya saya tak jejakkan kaki ke pasar tani. Pergi pula sorang-sorang tadi. Lagilah rasa macam dapat membeli belah kat pasar Dongdaemoun. Dapat tengok sayur-sayur segar pun dah buat saya rasa seronok.

Mujur juga ke pasar tani tadi kan.. dapatla saya merasa kuih ni. Semalam nak buat tapi malas, akhirnya dapat juga saya merasa bila beli di pasar tadi.


Masak tengah hari pun istimewa sikit. Dilihamkan oleh komen Okje hari tu, saya masak udang masak tempoyak dengan petai. Huhu.. nak jamu MIL yang ada kat sini hari ni, keeelas kan? sebenarnya saya beli udang ni sebab teringat yang Nazif suka makan udang. Tapi nampaknya orang lain dapat tumpang makan sama. Saya rasa makin tua allergik makanan laut saya dah makin kurang, sejak beberapa tahun ni makin jarang saya terasa gatal-gatal kalau saya makan makanan laut. Mujur juga Nazif bukan jenis sensitif kulitnya..


Comments

  1. wow sedapnya masak tempoyok! :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya udang tempoyak.. Akak suka masuk petai n daun kunyit, feveret anak dara

    ReplyDelete
  3. sedapnya ain masak udang tu...cuma nak tanya nape pasar tu nama macam kat korea...huhu

    ReplyDelete
  4. hahahhaa adoi tergelak pulak, beria nak buat last2 beli jer la kan, pengubat kempunan. aduhhhh sedapnya udang tu.. eh tapi so far rasanya tak pernah lagi saya cuba masak tempoyak ni. nak kena cuba ni.

    ReplyDelete
  5. Masak tempoyak udang...menyelerakan...tetiba lapar balik..petang2..hujan2 macam ni...sejuk...laparrrr..

    ReplyDelete
  6. Udang masak tempoyak? ya Allah bestnya..dah lama tk masak dn makan..kalau buat sahlah sorg2 makan..

    ReplyDelete
  7. nazif boleh gang dgn kak nina la. kalau lauk udang boleh tambah nasi berkali2

    ReplyDelete
  8. eyh..kuih mde tu kak??

    woww... 1st time tahu resepi udang tmpoyak ni.. blh cuba jugak ni. biasa2 ikan patin tempoyak aje

    ReplyDelete
  9. tak pernah akak ke pasar tani..aii sedap nampak udang petai tu...

    ReplyDelete
  10. Kalau pergi pasar tani memang rambang mata dgn sayur-sayur yg fresh. Kakak tapi jarang dpt peluang sejak cuti hujung minggu dah tak sama dgn abang. Nak pergi sendiri memang malaslah Aisy..

    Macam inilah menantu mak sayang masak sedap-sedap:)

    ReplyDelete
  11. Sedapnya tgk lauk awak tu. terliur tgk. Mkn ngan nasik panas sedap tu

    ReplyDelete
  12. Masak tempoyak mmg sedap kan aisy ;)

    ReplyDelete
  13. Saya dengan seafood tak mampu dipisahkan, AN. Kena tarik, kena tendang tetap gak saya selera makan seafood ni apatah lagi udang, apatahlagi ketam, eh, pendekata semualah!

    Bestkan kalau dapat jalan sensorang even ke pasar tani tu. Macam tulah saya rasa. Bebas buat pilihan apa nak dibeli. Minggu ni saya ingat nak ke pasar tani. Siap set jam loceng, alarm handphone bagai nak bangun seawal pagi. Sebaik je tiba pagi Sabtu, boleh tiba nafsu malas meronta. Selamat tinggal ajelah pasar tani!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak semua belasah ......tp sejak dah berkilauan ni takut jugaklah nak makan seafood lebih lebih....

      Mmg menantu mithali ni....dijamunya makanan faveret org Perak...

      Delete
  14. wah..nak buat masak tempoyak la petang ni..:)

    ReplyDelete
  15. err kuih ni bawah dia ubi ek kak? hehe
    perhhh meleleh air lior tgk udang nyummm2

    ReplyDelete
  16. mak ai udang tu tu buat saya lapo lah!
    saya pun tak berapa suka sebenarnya makan makanan laut
    tapi kadang bedal aje sebab tak ada option...hehe

    ReplyDelete
  17. Saya pun jarang masak sea food.. sebab hubby jenis resdung.... Kesian pula dia duk bersin jer bila masak udang.... Skrang mcm Aisyah pula yg bersin pagi2 jika saya masak udang...

    ReplyDelete
  18. kuih talam2 mcm ni mmg lieya tak penah buat aisy...takut sebab tau mesti tak jadi punye heheheeh....tu kalo nak mkn mmg gigih beli je sepotong...lagi pun budak2 ni tak suke kuih manis2 mcm nieh....

    udang tu mmg buat teliur..sedap...pekat likat haaaa...dpt nasi panas2 mmg leh bertambah...

    ReplyDelete
  19. aishhhh... sesedap rasa ke pasar tani. untung la dapat apa yang diidamkan!

    ReplyDelete
  20. sedapnya masak udang ngan petai,tambah dgn tempoyak lg....
    kak nurul pun suka ke pasar tani bila tgk sayur2 semuanya segar.

    ReplyDelete
  21. KY pun sama, dah tua ni semangkin alergik dgn udang..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1