Projek mewarna
Salah satu aktiviti yang saya rancangkan untuk masa cuti bersama-sama anakanda saya. Tak sempat apa-apa lagi, diorang dah nampak cat warna dan bekas warna tu. Dalam perjalanan lagi dah beriya-iya Naim dan Nazif nak mewarna, maka petang semalam saya kosongkan ruang tamu untuk bagi ruang untuk kedua-dua anakanda ni berkarya dengan bebasnya..
Yang ini hasil kerja Nazif. Sebenarnya Nazif memang banyak menconteng petang semalam, digoleknya berus ke dalam warna dan digolek pula ke atas kertas A4 ni sesuka hati dia. Siap satu, diminta lagi kertas yang baharu. Bukan kertas je jadi mangsa, lantai dan baju dia pun penuh warna. Namun, kertas inilah yang saya rasa paling lawa hasil tangan dia.
Yang korang tengok di atas dan bawah ini pula hasil kerja Naim. Yang atas tu pada petangnya, dan kat bawah tu pula Naim tekun melakarnya pada masa malam. Budak empat tahun ni, nampak tahu arah tujuan sikit, kan? Naim ambil warna satu persatu, diwarnanya kertas ni ikut gerak hati dia, namun nampak la kat situ tak digolek je berus tu semata-mata. Warna pun taklah bertindih-tindih sebagaimana hasil tangan adiknya.
Yang ni dah gaya lukisan abstrak, kan? Haha, tak kisahlah, asalkan budak berdua ni gembira buat aktiviti. Mama kena mengemop dan sental lantai selepas tu, kira masalah kecil je tu.
seronoklah buat aktiviti macam ni dengan anak2..akak suka juga tapi taktau lah boleh buat ke tidak sebab en.azmi tu bukan suka kalau rumah tu kotor dan bersepah..hehehe
ReplyDeleteHa.. budak2 memang seronok. Mamanya kali pertama cuba kat rumah, naim beriya puji, katanya bijak mama.. ini macam teacher ajar naim kar school..
Deletebagus2..
ReplyDeletesesekali kita boleh join juga..dgn anak2
Usaha nak pelbagaikan aktiviti kat rumah,,kak.. budak mudah bosan kan?
DeleteBagi peluang puas-puas mereka berkarya tanpa gangguan
ReplyDeletePuas hati mereka Aisy. Apa lagi kalau Aisy simpan/tampal - terasa dihargai pastinya.
Saya memang jenis bagi je diornag ni main. Papa N la yang agak risau pasal lantai kotor..
DeleteHa, kalau ada yang cantik saya nak tampal kat bilik naim.
ada bakat 2 beradik tu AN..budak2 memang suka sangat kalau dapat main warna kan
ReplyDeleteHaha.. nampak ada bakat ke?
Deletextvt yg bagus gak tu AN!
ReplyDeletemama pun bleh exercise kuarkan peluh gak nak kena sental lantai tu..!!!hihi
bakat menconteng yg terpendam hehe...jgn conteng dinding dah la ya..
ReplyDeleteHaha.. itu mengundang kemarahan...
DeleteIkut kata HD kalau nampak anak ada bakat melukis/melakar masa kecil, kena simpan hasil lakarannya. Manalah tau dah besar jadi pelukis terkenal. Berebut orang nak beli hasil lukisan masa kecil pelukis terkenal tu nanti. Hahaha....
ReplyDeletetengok ni tetiba terinagt kat Qalesya.. hari tu tetiba dia cakap nak jadi pelukis pulak dah hahaha .. kalau Qalesya la dibiarkan cam ni dengan muka adik dia sekali dia conteng...
ReplyDeleteKat rumah ni Nazif yang conteng badan..
Deleteaktiviti yg bagus ni aisy.... takde laa tgk tv ajek kan...bagus2....lieya pun dah lame x ajak budak2 buat akvititi gini...teringat plak set kaler water dlm lemari tu...jgn dah masuk angin sudahhh hahaahahaah
ReplyDeletekreatif orangnya anak sis ni nanti :) in sha allah :)
ReplyDeleteaktiviti y sgt menarik..dulu selalu buat xtvt ni dgn asya..
ReplyDeleteselain tu guna cop2, potong bawang, kentang..lg dia org eksited..atau akak blh beli kat mr diy peralatan y mcm cop2 ni.. mmg eksited la dia org
Alhamdulillah cantik karya dorang...anak2 saya dah lepas dah fasa mewarna dgn cat air ni..habis ngan grill2 dicatnya..meja dorang tok sah cakaplah..sekarang ni tak bagi dah pakai cat air..umi dn abah malas nk sental..cuma sekarang anak2 pakai A4 paper yg dibeli 1 rim tu..lps tu bg lah dorang lukis dan warna dengan colour pencil..lagipun kertas tu jimat kan..bagi ikut yg dorang minta..sb setakat ni kalau beli kertas lukisan tu 5 minit dorang habis..kan mahal..hehe
ReplyDeleteeh ada kan budak mat salleh tu karya macam ni la kot, dapat beribu jual ttau. doenst matter la at least kita let them explore and try it all kan.
ReplyDeleteBagus aktiviti macam ni yg boleh mengembangkan daya imaginasi dan fine motor skill anak2... Biasalah tu... mula2 mereka lukis gambar yg abstrak, lepas ni boleh la lukis gambar mama dan papa pula...Yang terbaik tu, boleh tampal kat dinding.... Tunjukkan yg kita hargai hasil kreativiti mereka :)
ReplyDeleteAN, carilah satu "wipe clean messy mat".... jadi tak perlu nak sental lantai tiap kali anak2 berkarya.... lap jer benda alah tu....
Ooo.. nati saya usahakan beli benda ni..bagus juga ya.. mak diorang ni bukan la rajin mana nk menyental selalu
DeleteWalaupun conteng2 tapi cantik.
ReplyDeleteBoleh jual ni. Hehe..
drshikinzainal.blogspot.com
Budak budak kalau bab kaler kaler ni mmg suka....tambah lagi mama bagi traffic light hihi...mmg jalan sokmo haha.....
ReplyDeleteTapi ......mmg betul betul anak cikgu ni hihi....aktiviti masa lapang pun yg berfaedah!
boleh la simpan buat kenangan.. hasil kerja nina masa umur2 baya nazif naim tak simpan pun. habis dibuang
ReplyDeleteSimpan buat kenangan mcm yg MIL sy buat.. Segala contengan/hasil tgn cucu dia simpan.
ReplyDeletesaya bercadang juga nak guna water color ni
ReplyDeletetapi saya bimbang jadi lain
pensel warna biasa pun jadi lain...hehe