Ambo selsema weh..

Pagi semalam, kuat betul selsema saya. Kejap lap, diam-diam kejap lagi lap. Lap air mata, air hidung dan mujur tak ada air meleleh keluar dari mulut sekali. Memandai je sebut pasal air mulut tu. Mana ada selsema macam tu sekali kan? Hihi..

Kisahnya pagi-pagi Ahad kami laki bini bangun awal. Saya sempat siapkan nasi goreng dan roti jantan  buat santapan tetamu yang ada kat rumah. Lepas tu terus kami ke PJ, angkutla dua Ahmad ni yang marah dikejutkan awal. Pandai je Naim jawab, "Hari ni tak sekolah, Naim nak tidur".

Dah konsert tadika Naim, takkan nak tinggal Naim kat rumah? Kan tak lojik tu. Jadi, tahankan jelah dia buat suara-suara merengek masa dalam perjalanan pagi semalam. Masa tu pun saya dah beberapa kali keluarkan tisu untuk lap hingus. Selsema katakan..

Masuk je ke Dewan Sivik tu, cikgunya segera uruskan Naim yang memang tak nak masuk pun. Lega..selamatlah tu kata hati saya. Masa tu tak selsema teruk lagi.

Masa masuk dan duduk kat dalam dewan tu mulalah fasa selsema teruk saya. Tak sangka betul hati saya ni.. hihi.. masa budak budak baca doa, saya dah mula terharu, selsemala masa tu. Budak-budak buat persembahan pun meleleh lagi air mata air hidung semua. Tak henti-henti. Tengok anak sendiri berlakon sebagai pemandu dengan gaya malu-malu sampai streng kat depan, kawan-kawan yang lain sebagai kereta jauh ke belakang, pun saya menangis sambil gelak. Pendek kata dari pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari tu memang keje mengelap air mata dan air hidung sajalah..

Akhir sekali masa Naim naik pentas untuk ambil hadiah dapat nombor satu, adoi...tak tahan tu. Sedih, terharu, bangga, tak sangka, eh semua pun ada masa tu. Walaupun yang mengajar dan pantau Naim belajar ialah papanya, saya entahla..selsema teruk betul semalam tu..

Comments

  1. Tahniah Naim dapat nombor satu..nanti minta hadiah besar ngan mama..kalau tak minta pun mama bagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Naim blm pandai minta, papanya beriya nak bgi hadiah.. kononnya terharu naim dapat macam tu.. kelakar tull

      Delete
  2. Huish...dpt bygkan kesengsaraan bila dpt selesema teruk. Pnh kena mcm ni. Hidung pun rasa gatal yang amat. Eeeee!

    ReplyDelete
  3. tahniah...kumpul piala lagi ye,...

    ReplyDelete
  4. tahniah anak comel..semoga terus cemerlang dalam akademik ya..

    ReplyDelete
  5. Tahniah Naim sayang... auntie bangga sama.
    Kakak faham sangat apa yg Aisy rasakan sebab dulu kakak pun macam tu. Tapi bila dah tiap-tiap tahun dah mula berkurang. Cuma masa anak periksa ada rasa sakit perut sampai sekarang tak hilang lagi...

    Selsema yg tak sihat bercampur-aduk dgn selsema gembira semalam tu Aisy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kzakie.. harap2 bolehla berterusan cemerlang lagi bila dah makin besar

      Delete
  6. waah tahniah naim!!!kena bg hadiah ni AN..HEHE

    Mmg kalu flu susah nak stop..tp org ckp bangun kul 2 or 3 pg pastu mandi..terus ilang flu tu..wallahuaklam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kali pertama saya dengar petua macam ni. Sejuk tu nak mandi kul 2 pagi? Tak nakkkkk

      Delete
  7. wah..tahniah ahmad naim, teruskan belajar rajin2 ye

    oh..selsema ye,akak pun baru lepas selsema, sama la ari hidung & airmata sama laju mengalir,ini selsema dah abis sambung dengan batuk2 pulak ni...

    semoga aisy cepat sihat ye, selsema ni bukan apa buat badan rasa lemah dan tak bermaya je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau selsema ni saya menyampah nal kena bertisu..dan lemah masa nak tidur sebab terasa hidung tersumbat.. lemas bila baring

      Delete
  8. Alhamdulillah, tahniah Naim
    tak sia-sia mama dia terharu selsema hihi
    ^_^

    ReplyDelete
  9. Ini kira sama naiklah air mata kegembiraan dengan air rongga hidung keluar bersama bersatu yek. Hahaha....

    Serius, AN. Saya yang tak selsema masa anak ada graduation day pun boleh merah-merah mata dan hidung tau. Rasa terharu yang amat. Susah nak describe kecuali kalau yang pernah melaluinya tu, tahulah kan perasaannya macamana. Itu belum hantar anak pergi sekolah first day lagi. Saya ni merembes segala air tau masa tengok anak pakai baju sekolah. Oh, terharu sungguh. Sampai type komen ni pun mata berair. Memang over!

    ReplyDelete
  10. Eh, eh, lupa nak tanyalah! Roti jantan tu apa dia? First time dengar nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah.. roti jantan xtahu ke? Ala..roti telur je sebenarnya..hihi. entah kenapa keluarga MIL saya panggil nama gtu jadi saya pun terikut..

      Delete
  11. Wahhhhh patutlah mama menangis separuh hari Naim dapat no 1 rupanya..... kalau OKje pun nangis jugak tu haha..... AN dulu masa anak sulung masuk tadika pun okje nangis tau kelakar tak hihi....Gitulah jadi makkan....menangis gembira tengok anak anak berjaya...

    OKje pun baru baik seme jugak ni....biarkan jer tak makan ubat lelama baik sendiri hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah..saya pun malas nak makan ubat, hihi..dengan harapan lama2 akan baik sdiri

      Delete
  12. arghh..katakan tidak kepada selesema.. xbestnyaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  13. Musim selsema nampaknya..saya dan anak2 dah lama tak kena nih..heheh..suami saya kalau musim selsema je mula la dia buat undang2 tak boleh keluar rumah..

    ReplyDelete
  14. Tahniah buat Naim.... Suka tgk a proud face with trophy and present tu....
    Ada hikmahnya tu selsema... Tak de la ketara sgt yg AN duk mengelap air mata/hidung sebab terharu and proud tgk anak dah besar dan berjaya...
    Kena bykkan rehat tu... Semoga selsema tu cepat2 hilang... Insya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Papa N kat sebelah tu berkali kali tenung saya masa saya 'selsema' tu seolah2 nak mengejek saya menangis sebab terharu.. geram nak cubit kat tempat orang ramai tu

      Delete
  15. mmg musim selsema sekarang.cuaca lembab.. lya pon bru je baik selsema..
    haha..leh cover tangisan kan...
    tahniah buat naim.. semoga naim terus berjaya lepas ni.. maintain & tingkatkan lagi ye naim

    ReplyDelete
  16. Roti jantan 2 roti apa ye.hehe

    tahniah buat naim,mama n papanya skali.bijak naim ni ye klu tak xkan bley dpt no 1..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. baru tadika 4 tahun, PK.. bukan apa pun..tapi harap2 dah besar nanti pun dapat la markah penuh gitu lagi..

      Roti telur je bendanya. Sapu soft marjerin, celup dalam telur dan goreng roti dalam kuali non stick.. cicah dengan sos kalau nak bercicah
      . Kalau x silalah santap gitu je..

      Delete
  17. tahniah naim! dapat no 1 tu
    teruskan usaha ye, jauh lagi perjalanan tu

    harap AN pun dah kembali sihat
    saya aritu pun batuk dan selesema
    demam saya okay lagi tapi kalau selesema, surrender!

    first time saya dengar roti jantan =)

    ReplyDelete
  18. selsema blh buat sesakkan napas kan.
    dah sembuh ke kak?

    tahniah naim :)
    terharu mama naim.
    teruskan berusaha ye.

    ReplyDelete
  19. Tahniah naim...dulu dulu kita x tahu apa rasa mak ayah bila tgk anak anak berjaya...sekarang bila ada anak baru kita tau apa rasa yg ayah dan mak kita rasa kan..again, congratz naim!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts