Kalau dekat i dah lega dah

Di saat hujan ni, teringat perbualan saya dengan kakak petang semalam dan pagi tadi. Kakak saya yang baru kematian suami ni, katanya rumah terasa sunyi. Katanya lagi, kalau dekat nak je beliau minta jaga anak-anak saya, moga keceriaan anak-anak kecil ni bakal memeriahkan rumah beliau.

Maklum jelah, ada anak remaja ni, pasti dah pandai buat hal sendiri. Menghadap internet, baca buku, buat kerja sekolah atau apa-apalah ya. Tak perlu nak ibu jaga macam menjaga anak kecil seusia Naim dan Nazif ni.

Kesian dan simpati dalam masa yang sama. Akak saya ni, sepanjang perkahwinan dia dia memang tidur berbantalkan lengan arwah suaminya. Jadi, memang pasti rasa kehilangan yang amat sangat bila dah tiada orangnya. Itu yang dalam hati saya bermonolog, kalau dekat adik pun dan hantar je budak berdua ni ke sana. Lagi-lagi si Adik ni yang memang tak diam pun. Ada saja dia nak menyanyi atau bertanya apa-apa ikut suka hati dia..

"Ibu, nanti mama kita dah habis buat kerja, mama kita bawa kita pergi ke rumah ibu ya? Ibu jangan sedih-sedih tau"... - Nazif

Comments

  1. aduhhh mesti sunyi sangat kan, sama macam my mom la, sekarang anak2 semua bwa arah masing2, tu yang dia pun bosan jer kat umah.

    ReplyDelete
  2. Alahai, pandai pula si Nazif tinggalkan pesanan yang buat aunty pun tersentuh sama...
    Tapi betul lah, dalam keadaan sekarang kakak AN sangat memerlukan sokongan dari saudara terdekat...Biar hilang sikit "kesit" tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kesit tu maksudnya sunyi.. ayat istilah ore kelate...

      Delete
    2. ooo...rindu rupanya
      kalau dalam bahasa jawa, kangen =)

      Delete
  3. mcmmanalh klu kita nti kehilangan seseorng, mcmmna nak dpt redha itu..
    semoga kakak ipar tabah mgharungi semua tu dn redha ats ketentuan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan..sehingga kita mengalaminya sendiri kita cuma dapat beranggapan dan bersimpati..

      Delete
  4. Sayu pula baca. Takziah untuk kakak Aisy ya..

    Salam kenal dari kak yus ◕‿◕

    ReplyDelete
  5. Ketinggalan acik AN..salam takziah

    ReplyDelete
  6. moga kehadiran nazif dapat mengubat kesunyian ibu...
    sedih plok... dapat memahami perasaan tu walaupon hanya y merasainya tahu betapa sakitnya menanggung... moga kakak akak terus tabah n kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya tak ada masa kami nak ke sana minggu ni..ada keje sekolah lagi.. mgu depan akak nak balik kg

      Delete
  7. Kesian kat kakak..pandai nazif bg pesanan..moga kakak terus tabah dengan ujian ini

    ReplyDelete
  8. comel nazif tu..pandai buat pesanan utk ibu ye...mesti sejuk hati ibu bila baca tu..

    itulah kan..kesian kakak aisy tu,moga beliau tabah menghadapi ujian ini,kalau dekat boleh saja ibu menjaga nazif tu kan,buat hilang sunyi

    ReplyDelete
  9. Saya doakan semoga kakak awak diberi kekuatan menghadapi ujian kehilangan suami tu..Moa dia tabah...Betul tu, anak anak kecil sebenarnya menceriakan rumah, walaupun kita selalu rasa stress bila mereka bising berlari lari menangis bergaduh..hihihih..tapi bila anak anak dah besar, kita rasa kehilangan..

    ReplyDelete
  10. semoga kakak sis tabah ye :) allah uji tanda Dia sayang :)

    ReplyDelete
  11. pandainya nazif ni..minum susu apa ya?hihi..

    mmg la kalu baru2 ni kehilangan org tersayang amat2 dirasai kesunyian..bleh dekatkan diri dgn bercucuk tanam,layan kuliah2 agama kat tv or menjahit.

    mmg lega la kalu akak AN tu dekat,bleh jg ank2 AN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. nazif kan kemain susah nak cerai susu badan sampai kena buh getah bakawali kak... sekarang dia minum susu murah je, dugro..

      itulah, anak2 akak saya kata ibunya tak berapa boleh tidur malam, banyak solat hajat..

      Delete
  12. Kesian kakak AN, kan. Yalah, kalau ada budak-budak kat rumah meriah sikit rumah yang sunyi sepi tu. Hati pun terubat dek melayan keletah budak-budak. Hmmm, tak dapat bayangkan macam mana keadaan kakak AN tu tanpa pelengkap dirinya lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..rasa kita faham tapi mungkin tak banyal yang kita faham tentang keadaan dia.. luarannya nampak biasa, kat dalam..

      Delete
  13. sama macam makcik en suami yang juga kematian suami
    dah lah anak dia semua lelaki,
    biasa budak lelaki ni kurang sikit ambil berat pasal parents dia
    berbanding budak perempuan

    pandailah nazif, apapun saya doakan semoga kakaka AN tabah
    sampaikan salam saya pada dia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti saya sampaikan kepada akak saya salam YY ni ya..

      Delete
  14. Salam takziah buat kakak AN ye..

    Salam kenal..


    ReplyDelete
  15. Masyaallah romantiknya pasangan kakak dan abang awak AN ...sampai berbantalkan lengan....Memang terasalah kehilangannya kalau cenggitu. Takutnya nak menghadapi cenggitu.

    Yelah ..... betul jugak, kalau sebok ngan budak budak boleh gak hilang rasa sunyi tu

    ReplyDelete
  16. aduhai... sayu sebak dgr pesanan nazif tu.
    sekian lama idup bersama, bila da takde sgt rindu la...
    rindu bermusuh dgn sunyi!

    ReplyDelete
  17. alahai mmg rasa kesunyian tu pasti bila ada kehilangan.semoga kakak AN terus tabah menjalini hari2 mendatang.kalaulah dekat kan..mesti ceria jadinya dengan kerenah dua ahmad.

    kata2 nazif tu touching..:)

    ReplyDelete
  18. takziah buat kakak akak.. memang sunyi la hidup dia. kena hantar budak2 ni baru meriah sikit

    ReplyDelete
  19. Takziah buat kakak kak AN.. Sy ni hubby tak ada sekejap pun rasa rindu, apatah lagi kalau selama lamanya.. Semoga Allah terus berikan kekuatan pada kakak kak AN.. Amiin

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1