S.e.d.e.r.h.a.n.a

Semalam saya buat kira-kira pasal sesuatu. Memikirkan nak lengkapkan bilik Naim tujuan utamanya. Mendapat ilham daripada sebuah IG sebenarnya. Mulalah saya mencongak, nak berapa.. Tengok bilik sendiri tapi agak-agak untuk bilik Naim..

Dalam IG diorang letak ukuran dalam meter. Saya tanyalah Papa N, kalau ukuran meter ni berapa jadinya dalam kaki. Sebabnya sebelum tu saya tanya lebar bilik tu. Papa N jawab dalam ukuran kaki masa tu. Rasanya Papa N pun tak tahu, atau dia memang malas nak layan.. boleh selamba je jawab, " Cer tengok kat google".

Eleh, orang nak manja mengada sikit pun tak nak tolong. Akhirnya gunalah hp, dapatkan khidmat google. La, kejap je dan tak payah nak susah hati lagi ....selesai masalah..tak payah nak sedih makan hati.

Baru nak mengada lebih sikit. Teringat perbualan dengan seseorang yang bekas suaminya memang jenis tak tolong dan dia jenis yang berdikari. Rakan ni nasihatkan kena banyak harapkan suami supaya suami lebih rasa tanggungjawabnya kepada keluarga. Rasanya apa sahaja pun, jawapannya ialah kena sederhana. Pengalaman yang muda dan yang berusia mungkin tak sama. Tapi kita usahakanlah untuk yang terbaik di samping doa dan jaga kelakuan kita sendiri. Balasan Allah tu tak siapa yang tahu.

Comments

  1. en google mmg byk membantu dizmn skrg kan AN...jgn salah sangka lak maybe cik abg penat tu...bwk byk2 bersabar ya AN..waah,nak wat make over bilik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. dia mmg mcm tu.. dah faham dah..

      rancangnya macam tulah kak.. tp tgk la bila kami ada masa nak buatnya.. kemas harian pun ada masanya tak buat. Ni nak rancang bilik baru pulak.. mmg kena plan btl2

      Delete
  2. Ni yg mula menyebok nak tau ni AN hehe...nak pasang wall paper ke? hehe...
    Betul tu AN...lelaki ni kadang tu bila semua kita boleh buat sendiri mereka pun lepas tangan hehe tapi kalau yg senang senang tu apa salahnya buat sendirikan kot nanti dia yg rasa bangga dengan isteri dia sebab pandai berdikari hehe...
    Papa N mesti sebok tu kalau tidak mesti dai tolong....hilang akal apa bini mintak tolong buat tak layan hehe....Tapi AN sama je kalau dah namanya lelaki bila dtg angin kus kus hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Haha.. pandai Okje teka.
      Mujur benda kecik je kan.. malas nak panjang cerita..selesai sudah halnya tu...

      Delete
    3. Jangan lupa tau tunjuk hasil wall paper tu....mesti cantikkan...

      Delete
  3. hamboi!tertarik dengan komen sepatutnya sesuatu yang difikir sesuai..

    Betul2..dan kalau buat sesuatu jangan mengungkit in syaa allah besar pahalanya nanti:)Salam Saiyidul Ayyam

    ReplyDelete
  4. assalam AN..pengalaman yang berusia macam acik ni..dulu ada jiran/kawan yang sangat berdikari..tak mau harapkan suami katanya....
    akhirnya..dia kata..kita ni janganlah terlalu bedikari..kena juga harap minta tolong suami katanya..acik pun tak tau kenapa dan tak bertanya..
    kalau acik pulak..selalu sangat kawan2 kata..ko untung..acik jawab..yang untuk ko nampak..yang rentung?hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Acik. Kalau orang lain mmg tgk sikit je. Hakikat sebenarnya kita je yg tahu dan faham..

      Delete
  5. Sebenarnya bukan tak nak tolong sebab yg ditanya tu simple sangat. Cuma mungkin bukan Aisy buka bidang jadi kenalah google. Kalau macam kakak ni hari-hari dok mengira/mengukur (walau cuma di kertas) ianya melekat ingat. Bila dan google terus ingat kan sampai bila-bila. Pandai tak papa N.

    Dah congak semua tu projeknya bila nak mula. Kakak nak juga tengok hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. cuti sekolah nanti kot mula..dah mula nak tanda exm ni tak leh nak lama2 buat kerja lain

      Delete
  6. Sbb dia tahu.... isterinya bijak... that's why dia malas nak jawab. Relaxss... jgn kecewa Dik Non. Kalau I lagi suka mendeko ikut mood I sendiri, ukur sendiri, panjat sendiri. Seronok tau!. Alih2 siap dan dia akan terkejut. Tp itu dulu la.. sejak pindah rumah sendiri, mmg byk berbincang dgn en suami sbb takut tak memenuhi piawaian matanya.


    ReplyDelete
  7. Salam Ukhuwah Aisy,

    Memang kena bersederhana selalu AN.. kekadang suami tu penat tapi bila kita buat sendiri tak jadi sibuk pulak, kenapa tak tanya dia... adoiii betul juga komen OKJE tu angin kus kus dan mari ehe :)

    Akak follow u #346 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
  8. hehehe.. ta nak komen.. musti give n take .. itu jer rahsia.. hihihi..

    ReplyDelete
  9. Ada benda yg kita kena mintak kerjasama suami ada yg kita kena buat sendiri tnpa terlalu bergantung pada suami..ada baik dan ada tidak..kalau terlalu bergantung pd suami sampaikan nk bayar bil pun tk reti susah gakkan..tp kalau semua benda kita nk kena buat sendiri naik lemak pulak suami hehe

    ReplyDelete
  10. mmg segalanya mudah dengan en google..nk apa tanya je..selesai masalah.beli apa tu utk bilik naim?hehe..

    ReplyDelete
  11. nasib ada pakcik goggle kan..

    ReplyDelete
  12. Setakat ni husben membntu bab2 mengira sbb dia mmg suka mengira sdgkan akak ni x.

    ReplyDelete
  13. Btul la tu... sekali sekala nak bermanja jugakan AN! :-) tapi zaman skang mmg semua di hujung jari...

    ReplyDelete
  14. depa ni memang tau, blurrr tapi comel hehehee. tapi selalu ego lelaki ni cair bila kita minta dorang tolong walau kita boleh buat sesuatu tu, tapi kalau hal remeh temeh mmg dorang bo layan.

    ReplyDelete
  15. Sebenarnya dah banyak juga yang saya saksikan. Suami ni kalau kita terlalu berdikari pun, dia rasa macam dirinya tak diperlukan. Orang lelaki sukar nak ucapkan dengan kata-kata, makanya susah juga untuk kita mentafsir apa mahu sebenarnya. Kalau silap taksiran, 'bergurau kasar' pulak nanti :)

    Nak buat deco-deco ala Eric ke ni? Nanti silalah tunjuk hasil kreatif nya ya!

    ReplyDelete
  16. ish3 klu akak...en.azmi yg akak suruh semak dlm google..hahahha, nasib la dpt isteri yg pemalas mcm akak ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?