Sepagi dengan abang

Hari ni adik je dihantar ke taska. Kononnya pagi tadi Papa N tak sempat, saya pula malas nak keluar, jadi Naim tak dihantar ke tadikanya. Naim ni bila dia bangun, mula bertanya adiknya kat mana. Katanya nak bergaduh dengan adik. Gelak saya mendengar tu. Dia ni faham tak apa maksud gaduh tu?

Sambil cari mood nak menanda, saya suapkan nasi untuk Naim. Jenis payah makan ni, kalau disuap lebih la sikit nasi yang masuk mulut. Selain tu, umpan dengan tembikai merah yang Naim cukup suka. Sedap, katanya, minta tambah pula pagi ni. Seronoklah hati bila tengok Naim berselera makan.

Lepas tu macam mood Naim ok, dapatla saya menanda tanpa gangguan, rasanya siaplah 10 skrip jawapan. Naim mula menyelongkar peti sejuk. Dia makan ais krim. Habis comot bajunya.

Kemudian saya ajak Naim ke kedai. Beli kerepek ubi dan kacang dal. Dalam kereta lagi Naim minta buka dan terus makan kerepek tu. Perut kenyang hati pun senang. Dapatla mamanya tanda tanpa gangguan lagi sikit.

Ni Naim dah mula minta mama bacakan buku untuk dia, layankan sahajalah.. buku terbaru yang Naim minat sekarang ni ialah buku Boni.. salah satu set buku yang saya beli di kedai buku murah di Shah Alam hari tu. Naim suka sangat kisah beruang berebut ikan ni, dah beratus kali baca pun tak bosan lagi nampaknya. Kalau angin baik, Naim pula jadi tukang cerita. Mama jadi tukang dengar.

Comments

  1. oh cuti..

    sikit rasa jeles..
    mm

    ReplyDelete
  2. Rajin betul naim..beza sangat ngan abang zahin..hihi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah rajin sangat., rajin suruh mama dia baca, tak nak mama dia buat kerja lain// lagi3 klau edit blog, haha..lagi dia nak mama dia bacakan buku

      Delete
  3. Kalau dah minat lama2 nanti dia boleh baca sendiri kan AN

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, harapnya cepatla dapat baca. huruf dia dah kenal tapi tahu baca apa yang cikgunya ajar je..

      Delete
  4. Dia dah hafal.. Blh cerita semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jenis menghafal si Naim ni.. dia tahu cerita lepas dibacakan dua tiga kali, mulalah nak jadi story teller

      Delete
  5. xpe layankan je AN...satu masa nt saat menyuap nasi kemulut ank2 akn kita rindui bila depa dah dewasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula.. saya pun selalu fikir gitu.

      Delete
  6. dah cuti sekolah ni, seronok la duduk di rumah dgn anak2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. memang seronok masa cuti ni.. kalau boleh nk cuti panjanh selalu

      Delete
  7. Layankan ajelah si Naim tu, kalau dia tengah suka baca buku Boni walaupun kita yg kena bacakan banyak kali hehe.....
    Dah cukup baik kalau dah dapat luakkan buku yg nak kena tanda tu AN...
    Tetiba teringin nak tengok AN mengajar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang saya tulis yang membuatkan Okje nak tengok saya mengajar ni? Eh bedebor ni jadinya. Murid yang pandai macam Okje ni, soal saya macam3 kan...hihi

      Delete
  8. Dah cuti ni bolehlah melayan keletah Naim & Nazif. Kerja sekolah tu cuti kan panjang, nanti-nanti boleh tanda :)

    So, bila nak balik kampung ni? Mesti tak sabar-sabar tu. Teruja nak balik, semua urusan pun boleh beres dengan cepatkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak balik mlm dah. Itu pasal bereskan 2 kelas tadi dan bereskan soal mendobi kain kotor. Lega...tinggal 4 kelas lagi tak abis tanda...ada dateline nak kena kejar tau.. bukan boleh bagi cekgu2 cuti tenang.

      Delete
  9. amboi pandai ckp nak gaduh dengan adik.boleh tahan kuat nyakat juga naim ni ye.hehe

    cuti sekolah tp kerjab menanda tak cuti..kesian cikgu2,naim suka dengan buku dah besar rahmat AN,bacalah walau sejuta kali,janji anak suka..:)

    ReplyDelete
  10. ahahaha.. nk gaduh dgn adik tu yg tak tahan. jgn buli sudah. naim cukup suka kalau akak layan dia lebih.. lepas ni akak dengar dia story kisah lain pula :)

    ReplyDelete
  11. kuat nyakat ye naim ni.. hihi..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1