Nak mudah ke nak anak makan banyak?

Dalam perjalanan balik tadi, Papa N telefon saya. Katanya elok saya beli je makanan untuk makan malam ni. Lebih mudah, ada projek baiki pintu bilik yang rosak, alasannya. Saya mulanya rasa seronokla, tak payah masak.

Masa nak beli tu, rasa tak tahu nak beli apa. Pusing kawasan kedai tu dua kali sambil berfikir menu yang ingin dibeli. Akhirnya saya beli tomyam campur dan nasi berlauk kelantan(macam nasi kukus).

Bila balik tadi, nak suapkan dua Ahmad ni. Naim makan dua suap je nasi dengan kicap dan ayam goreng. Nazif pula rasanya lima suap je dia nak makan. Mulalah saya rasa tak berbaloi, elok saya masak sendiri, walaupun agak ambil masa bila nak masak sambil Nazif dan Naim nak mengadu itu ini, namun sekurang-kurangnya anak-anak akan makan banyak sikit daripada benda yang dibeli. Paling tidak, akan habis sepinggan sayur diorang makan.

Akhirnya dua beradik ni habiskan tembikai dan biskut Munchy paket kecil.

Comments

  1. nampaknya anak anak akak suka makan msakan mama :)
    xpa la next time xpayh beli lg.. kiranya ni permulaan la kan.dh tahu xpa la

    ReplyDelete
  2. Biasanya ank2 ni masak simple pun diorang akn mkn byk klu ibunya yg masak. Tu pengalaman LM lah. Cuma.. Kdg2 rasa sesekali nk beli tp .. Mmg x berbaloi klu ank mkn sikit

    ReplyDelete
  3. kan... tapi kami dulu2 terbalik gedik pulak bosan asyik makan kat umah jer, so sekali sekala terpaksa my mom masak bungkus dalam paper nak bagi feel makan luar muahaha (tak boleh makan luar dulu sebab mahal anak ramai, so ambik feel jer la).

    ReplyDelete
  4. AN..msk sendiri je la lain kali..walau simple at least dr air tgn ibu tu lebih keberkatannya..

    ReplyDelete
  5. masakkan ibu adalah yg terbaik di dunia..

    air tangan ibu..berkat

    ReplyDelete
  6. anak2 lebih sukakan masakan mama dorg nih...mulai hari ni mama kena rajinkan diri memasak walapon kdg2 rasa malas kan

    ReplyDelete
  7. betul la... aida pun sering dlm dilema ni ~ nak senang ke or nak anak makan byk?
    diakui, kalau aida masak, diorang excited nak makan.
    kalau beli ~ mmmmm diorang makan muka boring!!!

    ReplyDelete
  8. mesti masakan mama dia sedap ni..boleh kalau nak beli kat luar.sekali sekala..tapi minta dulu pendapat anak2..tanya diorang nak makan apa.tanya naim lah..hehe

    ReplyDelete
  9. nmpknya naim nazif lg suka air tangan mama..lepas ni nak tak nak walau simple masak je la..beli pun bukan sedap mana..tak terjamin kebersihan pun.ewah2..hehe

    ReplyDelete
  10. Penat sikit pun takpe kan bila tgk anak makan dgn berselera :)

    ReplyDelete
  11. Betul tu, AN. Saya pun kalau dah tak sempat sangat memang nak membeli aje. Tapi itulah masalahnya, tak tahu apa nak dibeli dan anak-anak main cuit-cuit aje. Idaklah kata Mommynya masak sentiasa marbeles sebab juri yang satu tu cerewet amat. Tak berbaloikan kalau fikir-fikir balik. Memang mudah untuk kita tapi anak-anak still tak rasa kenyang. Akhirnya ke dapur juga kita ...

    ReplyDelete
  12. rasanya nina mcm nazif dgn naim la masa kecil.. jarang nk makan habis kalau beli makanan kt kedai. masakan ibu jugak yg sedap :)

    ReplyDelete
  13. Ini namanya mama rajin.....hehe..
    Nape tak belikan lauk yg mereka suka jer......macam sup sayur ke.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1