Deme selerak, deme kemas

Malam ni saya rasa seronok dan ceria walaupun rumah kami kini berselerak sangat. Rasanya baru pagi tadi saya kemaskan hasil seni anak-anak yang memenuhi ruang tamu kami. Malam ni dah kembali meriah keadaannya.

Masa saya sampai petang tadi, rumah ni kosong. Papa N bawa anak-anak keluar mengambil barang di pejabat pos. Pukul 8.35 baru hero-hero saya ni balik. Rasa lama betul menunggu kepulangan diorang tu. Macam sunyi sangat rumah ni masa tu.

Bila sampai je hero-hero ni mulalah menyepahkan buku-buku dan mainan. Ditaburnya pensel sebekas. Sambil kelaparan tu, Nazif makan banyak nasi yang saya suap. Naim pula macam biasalah, cuma nak makan ayam goreng dan timun. Nasi cuma dua suap dia nak telan.

Eh, tak sangka betullah. Malam ni, rumah ni kemas tanpa saya kemas. Papa N pun tak mengemas. Sambil saya mula menulis entry ni tadi, saya suruh Nazif kemas. Saja je sebenarnya. Tak sangka pula dua beradik ni tiba-tiba rajin dan bersungguh-sungguh mengemas. Dah kembali bersih ruang tamu ni. Pensel yang bertaburan tu dikutip bersama-sama. Buku Noddy pun dikutip bersama-sama. Semua yang dilantai dipungah masuk ke dalam bilik stor. Entah macam mana keadaan stor tu sekarang. Tapi pastinya ruang tamu ni dah bersih jadinya.. haha..kagum tul.

Yang lagi kelakar bila dah siap kemas ni, berkali-kali pula Nazif datang cium saya. Lagi saya puji dia good boy, lagi banyak kali mama dapat kiss.. Alhamdulillah..

Comments

  1. Alhamdulillah..seronok baca..teringat masa anak2 kecik dulu

    ReplyDelete
  2. wah, pandai budak berdua tu kemas…
    Saya yang baca pun tumpang terharu… Dah makin besar pun budak berdua tu :)
    Kalau stail kat sini, cikgu akan beri sticker bila tolong mengemas lepas main… Mungkin boleh apply juga kat budak2 tu… Lain kali tak perlu suruh dah, mereka tahu sendiri utk kemas mainan bagi dapatkan sticker :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.
    next time kena buat mcm ni je..
    ank ank blh buat sebenarnya kan..

    selamat bercuti, dan merehatkan diri :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... pandai dorang ni tau.

    ReplyDelete
  5. untung anak2 pandai kemas..anak2 saya tau sepah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam tu first time budak berdua tu mengemas... hari ni disuruh, buat juga tapi tak sekemas semalam...

      Delete
  6. alolo..sweet sgt nazif ni. dah pandai kemas pulak tu.

    ReplyDelete
  7. firas kalau cium mama, mesti cium dengan dahi....huhuhu...katanya mulut dia busuk sebab tak gosok gigi hohoho

    ReplyDelete
  8. untung mama dpt anak2 rajin..pandai plak mengemas..keadaan dlm stor lantaklah apa jadi yg penting kembang kempis hidung mama tgok ruang tamu kemas kan..merah la pipi mama kena cium berungkali.:)

    ReplyDelete
  9. hehe...tu tandanya ank2 dah makin dewasa..

    ReplyDelete
  10. So sweetkan kalau anak-anak bujang kita pandai mengemas nih! Feeling happy gila. Kalau nak lebih kisses, memang pujilah mereka melambung tinggi-tinggi :) Anak-anak saya ikut mood. Ada masa kena jerit halilintar, baru kemas. Ada masa sendiri pandai kemas elok-elok. Lain-lain masa lebih banyak tak dikemasnya lebih-lebih lagi si kecil tu... macam jealous aje saya tengok kalau dia selerakkan dan kita kemas. For sure nak selerakkan semula. Geram memanglah geram tapi dah tak naik tangan lagi dah lepas insiden dengan Abang tempohari :)

    ReplyDelete
  11. wah bagus naim dan nazif ye,dah bole tolong mengemas

    ReplyDelete
  12. baguslah mcm tu... !

    ReplyDelete
  13. seronoknya baca kisah ain dan anak anak..duk imagine kalau lah kak intan da ada anak bestnya..hehe,

    ReplyDelete
  14. Ehehe.. Saya paling suka mintak ank kemas. Kejap je dah siap sbb diorang kan tenaga byk berbanding ummi

    ReplyDelete
  15. untung akak.. naim dgn nazif pandai kemas. nina dlu rajin menyepah. hehehe. semoga sihat rajin tu tetap ada smpai dewasa.

    ReplyDelete
  16. Wah senanglah dah ada 2 org anak bujang yg boleh diharap....Mama dah boleh rehatlah lepas nikan sambil tanda buku hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1