Pengalaman diiring dua pengawal keselamatan

Dasyat tajuk kali ni. Saja nak hilangkan debaran di dada sambil menonton siaran langsung Piala Thomas ni. Adeh, boleh pulak pasukan Jepun naik sikit demi sikit dan macam diorang pula nak menang dua perlawanan ni. Pengulas sukan dalam rumah ni, lagi buat saya berdebar. Bukan tu saja, kawan-kawan dalam whatapps pun beratus-ratus mesej duk bincang pasal perlawanan badminton ni. Semangat nak cuti esok ni semuanya, kan?.. haha.

Ok, kisahnya. Tadi kami ke Sunway Pyramid. Kononnya takut masa cuti sekolah nanti agak sibuk, elok beli baju raya anak-anak awal. Jadi, masa bulan puasa tak payahla nak membeli beriya lagi, sekadar cukupkan mana yang belum ada. Itu ayat Papa N. Saya setuju, memang selalu macam tu. Tak adanya, beli sekali terus cukup. Kadang-kadang kalau beli awal gini, akhirnya tak jadi baju raya, dipakai terus.

Nak dijadikan cerita, tadi masa nak ambil tiket parking tu, Naim beriya nak tekan. Selalunya lepas tekan dia bagi tiket tu kepada Papa N. Hari ni, entah macam mana, bila dah lepas pusing berkali-kali cari parking tu, barulah  papanya bertanya tentang tiket tu. Naim lupa kot tadi. Dia langsung tak nak jawab. Panikla kami. Sesaja nak bayar sebab hilang tiket tu terasa rugilah.

Memang tak jumpa terus, walaupun Papa N mencarinya hampir setengah jam. Redha jelah nak bayar nanti. Ok, jadi pergilah beli apa yang patut.

Masa nak balik, pergilah kami mencari pejabat pengurusan untuk melaporkan kehilangan tiket tu. Masa nak bayar RM20 sebagai denda tu, Papa N senyum, katanya lega tak mahal dendanya. Ingatkan RM50, katanya lagi. Staf yang bertugas tu, tanya macam-macam. No kereta, warna kereta, kereta jenis apa, parking kat mana, masuk pukul berapa dan apa lagi saya lupalah. Ingatkan tu saja. Tiba-tiba dua pengawal keselamatan berbangsa asing datang. Salah seorang tu pegang tiket baru mengajak kami ke tempat parking, katanya diiringi ke sana. Huhu.. seorang jalan di depan kami, seorang jalan kat belakang. Malu pulak rasanya. Kot orang yang tengok masa tu fikir apalah.

Sempat curi ambil gambar mamat myanmar tu dari belakang. Hujan lebat masa kami nak balik tadi. Bagus juga pengurusan Sunway Pyramid ni, hari hujan macam ni pengawal keselamatan bawa beberapa payung dan pinjamkan kepada pelanggan yang nak ke kereta masing-masing. Dalam kes kami, lepas pastikan no kereta sama dengan resit(agaknya) pengawal keselamatan yang mengiringi kami tu tolong bukakan pintu dan masukkan barang ke dalam kereta. Siap tutup lagi pintu saya di masa hujan lebat tu.. huhu.

Barang yang dirancang tak beli banyak pun sebenarnya, alahai....tapi tahu tak? Masa dalam perjalanan balik tadi, dah jumpa tiket parking tu. Kat cermin atas sebelah penumpang depan. Naim selit kat situ rupanya. Alahai, saja nak glamerkan kita ya, Naim..

p/s : Korang dah mula beli baju raya anak-anak ke?

Comments

  1. hahha merasalah macam VVIP kan...mujur kad parking..kalau resit tol..jenuhlah membayor berpuluh2 hengget..

    Semalam beli baju mak je..anak2 lom lagi..ajak pun buat derk je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masa nak naik kereta tu ok je. Saya malu masa diiringi naik tu. Takut orang fikir kita ada buat salah..

      Delete
  2. alahai naim!!ni betulke nak buat bj raya ni AN?tp best gak nt bleh bli lg bj raya b4 ramadhan ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa plannya tak nak banyak keluar. Haha. Tapi tak mencapai objektif pun tadi..

      Delete
  3. Pengalaman sungguh… Merasa la juga diiringi oleh polis…. hihii
    Ok la kalau denda 20… saya pun ingatkan 50

    ReplyDelete
  4. pengalaman yang tidak boleh dilupakan ye AN..
    acik tak beli lagi baju anak2 tapi baju mak dah beli..kot tak nanti..tak de sape nak jahit.
    sejak2 kg dah bertambah ni susah sikit..dulu2 acik beli baju siap je..cantik2 dan murah

    ReplyDelete
  5. oo 20..husband selalu ckp 50.hehe..kitorang kt mydin mall je ptg smlm..pun pengawal keselamatan bg pinjam payung masa hujan lebat tu..smlm jumpa nas,chef zam dan adik ipar kt mydin..

    baju raya blm beli lagi utk my kiddos..utk mak je banyak..ain 2 psg..boboi termasuk abahnya blm lagi.alah org laki senang..

    ReplyDelete
  6. DAPAT MERASA JUGA JADI VVIP YE..ada hikmahnya tu..

    minggu dpn bercdg nak beli baju raya..anak2 semua sudah ada di rumah..sng sikit thn ni..semua berkumpul...dptlh diorg pilih baju sendiri..terutamanya adibah..dh dua thn tak bershopping raya..

    In shaa Allah.

    ReplyDelete
  7. Ni dah rasa alah-alah mak datin gitu, siap dengan bodyguard kiri-kanan :) Mesti meriah maklumlah first time dan bukan semua orang dapat merasanya, AN. Itu yang tak bestnya. Dah siap bayar, dah glamorkan diri tetiba jumpa pulak tiket tu. Simpan buat kenangan ajelah ya.

    Saya pun dah beli baju superheroes berdua. Tinggal baju melayu nanti sebelum puasa saya pergilah kat tempat biasa. Saya dah siap sembunyikan hasil belian, HD pun tak tengok lagi :) Takut kalau digantung dengan baju lain, habis dipakai sebelum raya lagi.

    ReplyDelete
  8. best jugak eh sekali sekala jadi vvip ni
    hehe :)

    ReplyDelete
  9. wah...bukan senang nak kena layan cenggitu kat mall AN.... kalah mak datin tau hehe.....
    OKje pernah jugak hilang tiket, tapi tak kena bayar rasanya sebab baru sekali...lepas ni jaga jaga ajelah hehe....

    Baju Raya? Tak beli satu apa pun....belum terasa lagi nak beli.....alah mcm Okje budak budak pun dah besar...nanti nanti ajelah

    ReplyDelete
  10. huk aloooh... dah pusing cari merata pun, disitu jer diselitnya hihihi, takper nak dijadikan cerita... yer dak.

    ReplyDelete
  11. hihi.. mcm mgiringi org2 vip bershopping dh kan.. siap buka pintu n masukkan brg..

    persiapan raya xdelah sgt dlm keadaan lya.. mujur sblm excident lya ada beli baju asya kat online.. trs fwd ke raya la bju2 tu.. klo btl2 sihat, bln pose ni topup sikit2 je..
    n baju sedondon raya pertama tu, mujur lya ade tmpah baju sebelum eksiden utk mjlis knduri sepupu.. tp x smpat pegi sbb eksiden... huhu.. trs fwd ke raya la.. sbb dlm keadaan ni, mls nk fikir..ckup la dgn apa y ada.

    ReplyDelete
  12. baca tajuk vvip sgt..kelasss cikgu AN..bagus ye layanan camni..naim lepas ni boleh cuba tiba2 hilangkan tiket lg ye klu mahu layanan vvip.haha

    kami biasanya dekat2 nk raya baru buat persiapan baju raya..utk afia dok usha2 gak online.nti nak rembat jua bagai 3 helai sementara tgh murah..baju kurung je nti2 baru beli..utk aiman mmg tak dpt shopping on9 sbb saiznya tu.hihi

    semangat nk raya sgt pun tak guna.taun ni sah2 sy kena duty time raya.huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1