What a day!
Pilih jalan sendiri
Berfikir cara sendiri
Tapi jangan pernah mengalah untuk diri sendiri...
Sumber : IG siti sarah
Ungkapan yang terbaik untuk motivasi diri hari ini.
Cuti hari pekerja ni korang buat apa? Saya setakat ni melepak dalam rumah je. Dua hari lepas terlalu penat kerja, rasa kalau boleh esok pun nak berehat lagi dan sambung terus ke hari Ahad.
Banyak perkara yang nak ditulis tapi tak berpeluang. Anak-anak pun sepanjang hari ni macam lepaskan geram nak balas dendam bila dua hari yang lepas mamanya sibuk sangat. Bayangkan dua jam pertama Nazif bangun pagi tadi, dia langsung tak nak duduk kat bawah. Sama ada didukung masa saya buat kerja atau masa saya tak buat apa-apa, Nazif duduk kat atas riba saya, macam dah tak ada tempat lain.
Ahmad lagi satu pula, nak mama suapkan makan. Berpuluh kali kena bacakan buku-buku dia sampai dia bosan.
Apa pun kesibukan dan kesukaran yang dihadapi, insya Allah dengan doa, segalanya bakal berakhir dengan baik.
huhu..keje byk tak siap ni..esok meeting lagi..sabar ajelah..dua cute,2 kelas paper 3 tak berusik,1 soalan paper 1 sej,1 minit meeting..(sorry)sekadar check list kat sini..keje oh keje..salam 1 rejab my dear fren..semoga kita bertemu di bulan shaaban dan ramadan..
ReplyDeleteAnak2 nak bermanja tu AN..rindukan ibu dia.
ReplyDeletecuti ni pun acik tak memana..dok je kat rumah
Oh esok you all keja kan...
ReplyDeletekitorang kat Johor straight 3 hari..
tapi tak de ke mana sgt punnn..... jln dekat2 je.
dah mamanya jarang ada kt rumah..hari bekerja tu singkat sgt masa.bila lagi nak manja2..sy kerja mlm..biasalah kan hari buruh pun kerja..:)
ReplyDeleteAnak kecik lg mmg penat sikit sbb mereka nk minta perhatian. Sy ingat masa sy ank dua dulu smpi turun darah 4 bulan sbb sgt letih. Sblm g keke masak dulu pkl 4.30 pg dah bgn, pkl 12 pun x dapat tido lg. mmg letih masa tu.
ReplyDeleteSkrg ni sgt santai smpi gemuk la pulak sy ni. Apa pun.. Moga semuanya lancar ye.
Ohhh bizi rupanya patutlah sunyi sepi....
ReplyDeleteOKje gi melawat PIL, AN.... lepas zohor sampai malam baru balik rumah hehe
Biasalah budak budak layankan ajelah....Untung 2 N dapat mama penyabar...
Cabaran tu, AN. Biasalah, nak bermanja dengan mama. Dah beberapa hari sibuk, kan. Saya cuti hari pekerja, jalan-jalan sedut udara kotor kat Kay El aje. Nak gi jauh-jauh tak reti jalan, sesat aje kerjanya, malaslah.
ReplyDeletedpt luangkan masa bersama ank2 adalah waktu paling berharga AN..
ReplyDeletealala..anak nak bermanja ngan ibu dia..comel jea diorg ni..hehe
ReplyDeleteAnak2 nakkan perhatian.
ReplyDeletedua ahmad nakkan perhatian lettew kak :)
ReplyDeletesaya sibuk ke dobi, mendobi baju. hahaha.
tunggu punya tunggu air non hado.baju bajan dh menggunung..