Donut, buku dan gunting
Naim ni penggemar donut. Dulu dan sekarang, kalau kena masanya memang boleh dia habiskan dua biji donut. Macam masa kami ke rumah Kak Ja minggu lalu, Mak ciknya dan kakak-kakak sepupu tawarkan macam-macam makanan tapi Naim tak nak makan, tengok-tengok Abang Chik balik dengan donut Big Apple. Saya ingatkan memang diorang nak makan donut. Rupanya ibunya yang menyuruh beli sebab Naim tak nak makan apa-apa, sambil tu dia menjawab, " Naim makan donut je,". Sabar jelah si Naim ni.
Naim juga masih lagi dengan minat membaca buku Noddy yang dah berlanjutan beberapa minggu. Boleh tahan juga si Naim ni. Nak tak nak mama dan papalah yang kena jadi tukang cerita. Mama dah hafal nampaknya, bolehje cerita tanpa tengok perkataan yang ada. Kena marahla dengan Naim. Bukan dia tak tengok apa kita buat ni. Dituduhnya mama baca tipu pulak. Bila saya nak pujuk, saya cakapla yang, "Mama dah tahu cerita ni pasal apa Naim". Macam faham alasan tu, Naim pula cakap, " Bagus mama, good".
Layankan sahajalah.
Gunting dan hasil guntingan Naim. Mula dapat gunting ni, dia tak pandai pun nak menggunting. Lepas diberikan tunjuk ajar, Naim mula pandai nak menggunting. Lama- lama sikit, makin cepat dia potong bahan yang ada. Daripada bahan besar dah pandai carikkan menjadi bahan yang halus-halus. Jangan ditahan-tahan masa dia nak buat, dah beberapa hari tak la dia gian nak buat acara menggunting lagi.
Semalam nampaknya dia mula gunting buku Noddy yang dia tak nak baca. Bila ditegur, jawabnya , " Naim tak baca ni. Tak best,".
akak pun suka donut!lagi2 donut big apple tu AN!
ReplyDeletealahai Naim..hati2 nt abis kain bj mamanya digunting sama..
La....mana donutnya ingatkan ada hehe...
ReplyDeleteKalau nak buat sendiri mcm tak berbaloi pulakkan AN...Naim 2 ketul mama 2 ketul Papa 2 ketul Nazef seketul alahai....berapa cawan tepung nak menyukat tu hehe...Beli jer senang J Co ke Big apple ke...sedap banget! hehe
Baik baik lepas ni takut ada jean baru depa yg kena gunting pulak...
peel Angry Bird dulu masa kecik suka menggunting jean....huhu...dah lah baru beli
Ha jangan la gunting kain baju pulak. Kena pantau kan. Mana tahu lepas ni mula beralih kepada kain baju pulak
Deletemmg fanatik sungguh nam dengan donut..meh dtg rumah anty nti anty buatkan..:)
ReplyDeletemmg bagus ajar anak guna gunting.latih kordinasi tangan naim.biar senang nti sekolah takde la terkial2 nak menggunting macam aiman.salah ibu sbb dulu2 kuang aktiviti menggunting..semak rumah!hehe..
alahai rosak buku kalau digunting naim..mahal kan beli..hehe
Haha.. tak dapat nk nolong la.. mmg semak rumah kami kebelakangan ni. Asyik nak baca dan gunting je. Setakat ni tak banyak dia gunting buku.. tapi dia macam tahu fokus...dia mula gunting ikut shape tau.. seronok juga saya tengok..
Deleterajin dan pandai naim..
ReplyDeleteBudak² kat rumah ni pon asyik nak donut je... Naik muak la plak menengok diorang makan. Buku² Noddy tu masih intact or dah berkecai digunting? Budak² sedang membesar ni memang ada je jawapan & banyak betul akalnya kan?... hehehe
ReplyDeleteHaha.. buku noddy ni banyak sangat. Naim ni dia gunting buku aktiviti.. buku yang ada cerita nampaknya setakat ni selamat lagi.. haha..
Deletebudak sekarang berani mencuba...
ReplyDeletehttp://adna2029.blogspot.com/2014/05/mini-giveaway-kcolly-by-syiera-firdaus.html
Mcm2 si naim ni.
ReplyDeleteamboi...makan donut ajer yer. hehehe
ReplyDeleteNi kalau saya datang rumah, jawabnya memang dapat donut jugalah ya :)
ReplyDeleteBukan Naim aje, AN...Mommy yang ini tak reti guna gunting tu. Kalau yang tajam berkilat tu memanglah terrer sikit. Pernah belikan si Abang tapi sebab Mommy pun sengal, Mommy bagi gunting kecil yang tumpul sikit hujung. Mommy kan super freaking Mom. Nak ajar anak tapi takut.
Part menggunting selain daripada kertas ni takda pengalaman lagi. Dah baru anak pegang gunting, emaknya dah lari pecut 100m. Memang tak dapatlah Abang nak bereksperimen dengan alat yang dipanggil 'gunting' ni. La ni kena tengokkan si Adik pulak. Yang ni lain macam sikit perangai. Kenalah fikir cara nak memperkenalkan gunting dan kegunaannya kepada si kecil nih nanti!