The Liebster Award

peraturan yang ditetapkan:

(1) Buat ucapan apresiasi kepada penaja yang meninggalkan pesanan suruh join The Liebster award tu.
(2) Letakkan link penaja yang glamor tadi dalam blog kita.
(3) Kopipes The Liebster Award  dalam blog kita.
(4) Senaraikan semua rules yang ada (dari 1-9). 
(5) Jawab 11 soalan yang dikemukakan oleh penaja tadi.
(6) Senaraikan 11 fakta rawak tentang diri sendiri.
(7) Calonkan 5-11 blog lain yang akan meneruskan legasi soal-jawab ini. 
(8) Senaraikan 11 soalan baru untuk bloggers yang terpilih untuk turut serta nanti.
(9) Sila maklumkan kepada bloggers yang  terpilih dan letakkan link untuk entri ini.


Terima kasih kepada Okje dan MD yang jemput saya sertai.  Walaupun saya tak tahu sangat pasal Liebster Award ni, hentam sahajalah. Ada udang di sebalik mee ke memang tanda sayang saya, kira terima dengan redha jelah. Dah jiran kiri kanan jemput, takkan tak ikut serta, kan? Nanti kan deme kata saya sombong lak.. malu nak keluar rumah nanti..

Mula-mula nak menjawab 11 soalan cepu platinum yang telah dihantar oleh Cik Puan Seri Hainom Okje :-

[1] Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa?
- alahai, panggillah kita sayang ke, manja ke, eh, kan Okje ada panggil i Adey Manja? Panggil MamaNaimNazif pun kita okjer...jangan panggil yang tak baik sudah...

[2] Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca?
Ini macam soalan angkat bakul sendiri,tapi jawab jugalah. Okje sememangnya dipanggil untuk membaca semua penulisan yang saya buat ni, hihi walaupun banyak meraban juga..kalau sudi....

[3] Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu?
..kita ni jenis tak kisah tak ramai kawan, tapi kawan yang ada perlulah kawan baik... eh itu kebaikan ke? terbalikkan maksudnya ya..

[4] Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?
mudah naik marah.... tapi cepat sejuk

[5]  Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?
haha...takleh tahan nak gelak... kurniaan Allah ni semuanya cantik...syukur apa yang ada.

[6] Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang?
Okje, kitakan nak jumpa OKje dan MD... haha, gelabah membaca, siapa suruh tanya ni?

[7] Peristiwa paling best dalam hidup korang?
paling best? hukum BM ada salah ni.. tapi yang terkesan di hati saya ialah masa yang dihabiskan dengan keluarga. 

[8] Impian korang yang masih belum tercapai?
Ini sama macam Okje dan MD juga, nak ke Mekah.... nak ke New Zealand lepas tu...haha dan pastinya nak lihat anak-anak kesayangan ni jadi orang yang berguna bila besar nanti, itulah hasrat yang paling besar. 

[9] Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?
makanan yang saya tak pandai buat sedap2...

[10] Kalau korang jadi kaya?
Tak nak kerja lagilah, dah kaya buat pe susah payah nak keje hari-hari keluar pagi balik lewat petang..

[11] OKje di mata korang? Nak kritik pun OK... mak OK jer!
Tak ada kot nak kritik... Okje ni kelakar, entrynya sokmo buat Adey Manis gelak, Okje juga romantik, penyayang dan saya paling kagum dengan komitmen OKje semasa menulis komen...rasanya Okje cukup senang dengan keadaan kehidupan yang dijalani sekarang, alhamdulillah kan...


1 soalan cepumas dari MD pulak :

(1) Apakah pendapat you all tentang blog Mummydearie?
Dalam banyak-banyak blog yang saya follow, blog MD ni paling happening dari segi kepanjangan entrynya, kesanggupjawapan semua komennya.... memang kagumla pasal ni


(2) Apakah soalan pertama yang hendak ditanya jika bertemu MD?
amboi, soalan ni macam ada nak ajak jumpa je. Kata pemalu?  

Saya nak tanya berapa umur MD? haha.... sanggup nak jawab?

(3) Antara MD dan anak-anak, siapakah yang kalian nak jumpa kalau diberi peluang?
Dua-dualah, janganlah pisah-pisahkan ...


(4) Sila jelaskan tentang diri kalian dalam 5 perkataan yang paling mudah.
suka senyum, sederhana, protective, penyayang, takleh fikirla yang lain...


(5) Apakah detik yang paling cemas dalam kehidupan kalian? 
Masa mak sakit teruk..ditahan di wad 2 minggu. risau sangat masa tu..


(6) Apakah situasi yang paling memalukan yang pernah dihadapi?
banyak juga rasanya.. malu nak cerita


(7) Apakah yang menyebabkan kalian sanggup membaca entri panjang berjela MD ni?
kandungannya best...tak abis sekali datang lagi 

(8) Di antara ibu bekerja dan sepenuh masa, yang mana paling mudah dan mengapa?
dua-dua pun best dan tak mudah bagi saya. Tak ada yang paling mudah dalam kehidupan ini...

(9) Kalau diberi tiket kapal terbang dan penginapan percuma, ke manakah destinasi pilihan hati?
New Zealand...haha, siapa nak bagi ni... 

(10) Apa perkataan yang selalu diucapkan lepas tu terasa menyesal?
Marah anak di saat saya balik kerja dengan kepenatan..


(11) Melalui pengalaman berborak di alam maya bersama MD, sila jelaskan apa pendapat kalian tentang MD di alam nyata (silalah gunakan kuasa imaginasi yang tinggi tu untuk memikirkan bagaimanakan orangnya si MD ni..) 

ini memang soalan aras tinggi ni.. Saya rasa MD ni jenis peramah, buat sesuatu bersungguh-sungguh. katanya sangat protective dengan anak-anak, percaya tu. Kaki shopping, saya percaya gak yang ni. mesti gaji lima angka tu kan, tak kisah nak shopping sokmo.. haha... and lastly, isteri mithali dan menantu yang baik.... i knew it..


Malas punya pasal, saya copy paste dan edit je entry asal MD.. ampun maaf pinjam ya...
Syarat no 1 hingga 5 dah buat.. yang lain kira halallah ya...

kalau sudi, korang boleh jawab dalam ruangan komen:
i) Kelainan blog MamaNaimNazif ni?
ii) amalan yang membahagiakan diri?
iii) resepi paling sesuai di saat nak cepat?

Comments

  1. ngeeee sengih2 saya baca.. tak banyak nak komen cuma nak bagitau saya seronok pulak baca entry2 liebster award ni, bagus founder dia.

    ReplyDelete
  2. fuhh..byk btol soalan ni di jawab yea.kalau nik kena fikir 4-5 kali jugak nak jwb ni..hihi

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah selesai jugak akhirnya.
    saya hutang 3 ni kak.hadoi.
    jenuh nak memikior

    ReplyDelete
  4. amboi soalan sikit punya byk kan..nak main tag2 tu yg malas.takut tak sempat je..klu versi derhka boleh la kot..tu pun klu ada masa...

    nasib soalan awk 3 je..nti la klu sempat sy buat..hehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha...berjaya juga akhirnya menjawab walaupun kena tag dua kali tu. Ini maksudnya jiran kiri kanan memang suka berjiran dengan cikgu yang seorang nilah :)

    Sebenarnya saya dah baca komen AN kat blog OKje tapi eh takleh jadinya...mesti nak suruh dia jawab juga. Katanya hari-hari menanda buku, maka bagilah peluang cikgu jadi anak murid semula.

    Macamana ek OKje? Apa markah kita nak bagi cikgu ni? Kalau ikutkan peraturan, memang sipi-sipi nak gagal penuh bergaya nih... Hahahaha.... Gurau aje AN, jangan ambil hati pulak kat kita yang kuat meroyan dan gelak nih!

    Sebab saya telah selamat daripada ditag lagi, inilah jawapan soalan AN tu ye :-

    1) Bila blog bercerita perihal anak-anak aje, saya memang tertarik melihatnya. Suka baca blog AN sebab awakkan cikgu :)

    2) Suka 'menabur budi' untuk keluarga kecil saya. Feelingnya rasa teramat indah sekali!

    3) Kalau ada 10 minit di dapur, saya buat olivye lah nampaknya. Kalau tidak, makan roti berulam kaya/butter/jam lah ya suami dan anak-anak :) Itu lebih baik daripada biskut kering dan air milo!

    Thanks again ya, AN kerana dalam kesibukan berkecimpung dalam bidang pendidikan ni, ada masa juga melayan kerenah jiran-jiran yang 'mengong' kadang-kadang. Kita orang ni memang free memanjang walaupun katanya kerja makan gaji. Yang lagi sorang tu lagi teruk, kalau tak merentungkan masakan, for sure dok lepak kat sofa layan sinetron. Opppss...termengumpatlah pulak! Habislah kena hempuk kang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni C+ jer ni MD...hehe.....tak memenuhi standard soklan ni....

      Delete
  6. mmg tgh fenomena liebster award ni kan....all the best aisy....moga ade rezeki yeak....

    ReplyDelete
  7. baru tau pasal award nih..hahaha nampak sgt dah lama tak buka blog,adoi la bizi sgt2 skrg,nak mengarang ayat bercerita kat blog sendiri pun tak sempat ni huhuhu

    ReplyDelete
  8. salam ain..tudia...baru tau sikit sikit pasal ain..ehhe..good luck dear

    ReplyDelete
  9. amboi sempat jugak tu... KA tgh duk fikir2 lagi ni,.. mood bersegmen ni mmg ke laut dalam dah !

    ReplyDelete
  10. Lupa plak nak menjawab soalannya..sy jawab ye...

    i) Kelainan blog MamaNaimNazif ni?
    cerita santai sempoi je tapi gaya cikgu tu tetap ada..:)
    ii) amalan yang membahagiakan diri?
    masak apa2 resepi buat pertama kali.huhu
    iii) resepi paling sesuai di saat nak cepat?
    masak kicap kot..sng potong2 campak je tuang kicap..lagi satu klu nk cepat menu kedai la jawabnya..haha..

    ReplyDelete
  11. byk betol blogger kena tag.. nina pun ada lg 2 tag. hehe. kalau mcm ni nk panggil akak manja le. hehee

    ReplyDelete
  12. Baru sempat datanglah Adey manis....bizi mak tau....basuh baju nu ha....rasanya 10 x mesin kot sejak balik hari Sabtu hari tu....Kurang panas pulak tu 2- 3 hari ni....
    Apa pun terima kasih sebab join....serious okje tak kisah pun kalau awak tak join AN....cuma tahan ajelah kena boikot hehe....eh...idak idak...main main aje....
    Nak jawab soklan cikgu pulak ni....
    1) Kelainan? Kelainannya org yg empunya blog tu lah...hehe... Setiap blog, orangnya kan berbeza so lainlah gaya penulisannya. Suka juga sebab entry awak ni entri ringan ringan, pasal kehidupan seharian, pasal anak anak...tak serabut kepala nak pikir...
    2) Amalan yg membahagiakan diri? ...Tetiba nyayuk AN hehe....Nak kata masak, tidak jugak....sebab tak suka masak....Apa yek......Bahagia kalau dpt reply komen dan kunjung balas kengkawan alamaya...
    3) Resepi paling sesuai kalau nak cepat.....
    Biasanya kalau nak cepat mmg okje tak masak...makan luar jer hehe....Kalau terpaksa masak jugak...rasanya goreng telur mata kerbau ler....goreng ikan bilis, bawang goreng, cili padi....pergh sedap mengalahkan ayam golek tu....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1